Showing posts with label rambling. Show all posts
Showing posts with label rambling. Show all posts

Wednesday, 25 January 2017

Wahai siti rohani.

Aku terkena dugaan lagi.

Aku ambil barang stock, satu barang yang memang jenis laris terjual. Aku plan nak push benda ni sebelum Raya Cina. Aku place order, seller ship pada 24 haribulan.
25 haribulan, kurier sampai rumah. Airpak.

Tapi satu je barang keluar dair perut kurier. Tunggu punya tunggu, yang kedua tak ada.


Tengok-tengok, dalam tracking app aku bertulis--
DELIVERED- Siti Rohani Chop and Signed!
Aku ada 3 persoalan:

  1. Siapa Siti Rohani ni, jiran aku ke?
  2. Tersalah rumah ke sebab pukul 2 petang tu aku memang ada di rumah?
  3. Kalau jiran aku, apasal dia ada chop dan sign?
Aku call Airpak. Mula-mula ta layan sebab yang angkat tu budak part time je. Dia tak boleh akses data. Aku contact sender, dia tak reply whatsapp. Aku kemudian call lagi Airpak. Dia kata alamat dan nombor telefon aku betul. Dia ambil nama dan alamat aku lagi untuk submit report dan kemudian minta aku tunggu panggilan seterusnya dari mereka nanti.

Panggilan tu tak datang-datang.

Ah, nampaknya stok barang aku sudah consider loss. Tak apa lah, mesti seorang Siti Rohani tua gemuk hitam sedang gembira melihat barang-barang cool turun depan rumah dia. Mesti dia ingat tu "rezeki". Biasalah orang kita, barang jumpa tengah jalan, barang orang yang dia tak tahu pemilik, terus dia chop sebagai "rezeki". Padahal dia lupa, tu ujian dari Allah untuk tengok sikap amanah dia.


(BTW ingat tak kisah gadis Malaysia yang belajar di Australia tu? Bila dapat unlimited overdraf dari bank seronok beli beg tangan mahal belas-belas biji. Bila bank minta pulangkan duit gelabah nak cabut lari. Ni dah naik turun mahkamah, gelap masa depan).

Apa-apapun, aku beritahu diri aku, tak perlulah sedih sangat. Adat orang meniaga yang pegang stok, mesti ada stok hilang, kena rampas, atau kena khianat. Macam rakan seniaga aku baru-baru ni, barang stok dia diambil hampir 90%, lalu dibakar orang yang sakit hati dengan dia. Tengok gambar whatsapp, menjulang-julang api membakar barang jualan dia.

Gila.
Apalah sangat kan dengan barang stok aku tu.
Bangun semula dan teruskan.

Sunday, 25 December 2016

Yeah right.

Aku dapat komplain macam ni. Hari jumaat sekali, hari Ahad sekali. Dari orang yang sama.

Dua-dua aku rijek. Sebab apa?




Sendiri tak update barang kat mana, tak ambil barang. Ada hati nak complain.

Monday, 14 November 2016

Pagi tadi.

Pagi tadi.

Dalam pukul sembilan, laki aku pergi kerja. Aku dengar bunyi pagar dibuka. Lalu aku pun berfikir; hah, apa kata aku tidur sekejap sampai pukul 10, lepas tu baru aku siap settlekan order hari ini.

Sedang aku lena (tak lena sangat pun lebih kurang tidur-tidur ayam juga), aku terdengar bunyi pintu dibuka.


Kemudian bunyi kuis-kuis. (ah, kucing)

Kemudian bunyi tolak sofa.

Kemudian bunyi geledah.

Aku pasang telinga, dengar pula bunyi org kuis dulang duit syiling atas meja.

Fak, aku fikir dalam kepala, ni mesti pencuri!

Aku terngiang ngiang kisah yang adik aku cetritakan, di mana dia bertembung dengan pencuri di ruang tamu rumahnya.

Aku bangun, cari senjata di tingkat atas. Tak ada.

Cuma ada mainan-mainan anak aku selonggok. Ada rocking horse anak aku. Lebih kurang lebar semeter, plastik keras.

Jadilah. Aku tunggu tepi tangga, nak menyerang.

Tetiba...laki aku yang lalu. Tak ada salam tak ada hai, terus laju masuk bilik menggeladah. Semua dia tunggang. Patah kelambu aku dibuatnya.

Aku perati je.

Dia sedar ke tidak sikit lagi nak kene hempuk dgn aku.

Oh ya, selepas itu aku tanya dia apa yang dia cari. Katanya kunci dan cermin mata. Lepas dia keluar, aku jumpa kunci atas meja (tepi dulang syiling tadi) dan kunci rumah di luar, antara beberapa buah tin cat.

Entahlah labuuuuuuu.

Tuesday, 11 October 2016

Doktor Google

Ya, aku doktor google.

Anak aku tiba-tiba demam yang tersangat panas, 39c ke 40c, pada hari sabtu lalu.
Maka besok paginya, aku ke farmasi membeli suppositori paracetamol, cara penggunaan, dipelajari dengan bantuan google.

Sebab apa? sebab setiap kali anak aku demam sebelum ini, aku ke klinik 24 jam dan jawapan cukup mengecewakan.

"ok je tempreature dia ni. "

"Ala, sihat je."

Kemudian aku dihantar pulang ke rumah. Kalau pujuk lebih sikit, dapat antibiotik.

Isnin, anak aku demam kebah sikit, tapi selera makan masih tak ada, malah kali ini enggan makan. Aku lihat, bintik-bintik mula naik di tangan dan kaki.

Ya, aku doktor google.

Aku tau ni simptom apa.

Aku bawakan ke klinik berdekatan yang ada paeds dan review terbaik dalam FB.

"Ala, tak ada apa pun. Viral fever je ni. Tengok, dah nak sembuh dah tu."

"Betul tak ada apa?" aku minta kepastian. "selera makan dia tak ada. Ni bintik-bintik merah ni apa?

"Tak ada apa..." senyumnya. "by the way suppositori haritu ada lagi?"

Dia hantar aku pulang dengan suppositori empat ringgit yang sama, tapi bil konsultasi tiga puluh lima. Lantak lah, asalkan aku ada opinion daripada orang yang berlesen ternama.

Maklumlah, aku cuma doktor google.

Aku bukan ada apa.

Pagi ini, Selasa, anak aku mula menjerit menggila. Ditunjuk-tunjuk kakinya yang sudah mula kembang biji-biji. Digarunya sampai berdarah, menangis. Masih lagi enggan makan, cuma mahu air, itupun kerana terlalu dahaga. Panas? Masih panas lagi badannya.

Aku tahu ini apa. Malam itu, aku ke doktor kedua. Anak muda. Sekali pandang, dia mengangguk. HMFD, confirm! Aku dihantar pulang dengan antibiotik untuk ulser mulut dan calamine untuk bintik di tangan/kaki. Anak aku mula ceria dan makan.

Aku lega!

Cuma aku kecewa, kerana aku percayakan betul-betul cakap doktor pertama tu.
Kerana, sebaik saja dia khabarkan anak aku sebenarnya dah nak pulih demam, aku dengan gembiranya menjejak pos office hantar barang, menyinggah petronas mengisi minyak, melawati jusco membeli sayur dan ke pergi Secret Recipe makan kek!

Biarpun aku masih dengan perlakuan biasa, mengelap semua peralatan dengan tisu antibakteria, mungkin ada yang tidak kena. Bayangkanlah berapa banyak tempat aku dah jangkitkan dengan HMFD tu.

Kalau benar ada anak-anak kecil orang lain yang terkena, maafkanlah aku.

Aku betul-betul percayakan doktor tu.

Maklumlah dia, doktor universiti dan aku pula,

doktor google.



Wednesday, 5 October 2016

Taknak kerja "sebab mak tak bagi"

Buka instagram, scroll timeline, nampaklah post baru dari ex-coursemate.
Kami aliran sains, tapi banyak betul excoursemate aku yang sudah berniaga.

 Sorang buat seni hiasan kek.
 Sorang buat seni hias pelamin
 sorang jadi fashion designer (aku ingat makwe ni, dulu dressup nak pergi lab macam pergi pavi). Sorang buka kedai western.
 Sorang buka pusat tuisyen.
 Sorang lagi tengah giat cari dropship, jual ubat katanya.
 Yang jadi chef sorang (masuk kursus kat France katanya).
 Yang jadi takafulmen, dua orang dah.

Ada lagi ni, tapi aku lupa dah. Tu belum lagi yang satu sekolah. Berniaga vape ada. Jahit tudung sendiri ada. Buka syarikat bas ada, supply makanan ke sekolah ada. Jadi pelakon? Adaaaaa.

 Kalau nak tahu, masa aku grad 6 tahun dulu, bersepah kerja bidang course kitorang. Masa tu pun ekonomi tengah rancak lagi, company luar negara pun ada offer jobs. Sedap masa tu, kawan aku masuk kampeni yang tauke dia caucasian french. gaji berkepuk balik rumah raya gelang emas bertindan tindan. Betullah penyelia course aku cakap, 78 persen yang grad dari course aku akan dapat kerja.

 Tapi tengok lah sekarang, masing-masing bawa haluan sendiri. Jauh benar bidang sains dengan jahit baju. Bukak kedai tuisyen, ilmu kira-kira flow bendalir dalam mesin, yang kita belajar dulu, lama-lama mereput kat hujung otak. Semua tu dah kena delete untuk masukkan ilmu baru. Aku kagum, sebab diorang berani belajar semula benda baru lepas empat tahun tergolek terbaring belajar. Budak yang ambil kursus chef kat France tu contohnya--dia budak pandai. Tapi katanya "saya belajar sains untuk penuhkan impian mak bapak saya je" lalu dia pergi cari kursus kulinari. Uncle dia sudi bayarkan yuran tapi "bab makan pakai cari la sendiri". Sekarang duk jual artisan bread kat kuala lumpur.

 Maka bila teringat artikel berita semalam, pasal makwe jual nasi lemak kena berenti jual sebab mak suruh kerja ikut course, aku rasa kesian. Kesian sebab mak dia masih lagi berpegang pada fikiran orang dulu - hanya 'kerja professional' saja boleh cari makan. Hanya kerja professional saja boleh bawa bekal harta sampai ke tua. Tapi orang tua-tua kita tak tahu, dulu-dulu tak macam sekarang. Orang dulu boleh loyal kerja syarikat sama sampai mati. Sekarang, kalau untung tak tinggi, tengah tersepit, 24 hours notice dia bagi. Ada kena terminate, pampasan satu bulan gaji je. Sayang tak sayang member, untung fikir dulu. Lelaki pun boleh menangis.

 At least kerja sendiri tak ada siapa nak fire engko. Tapi tiap kali bangun pagi sinsing lengan lipat ganda usaha la. Cari klien, cari customer. Setiap sen pertama dapat tu rasa macam emas seketul. Tu dia punya feel baik punya aku exaggerate.

 Dan anak muda kita juga satu hal. Banyak yang fikir macam makwe nasi lemak tu. Fikir kena kerja ikut pilihan mak bapak. Fikir kalau tak dapat redha mak bapak nanti "rezeki tak berkat". Jual sampah pun, kalau cara kita berniaga tu halal, rezeki tu berkat aje.

Masa aku kerja freelance translator dulu, bayaran aku per word. Satu perkataan lima puluh sen. Bila dapat gaji, mak aku cakap: "duit ni, you simpan kat tabung haji tau." "Apasal?" aku tanya mak. "Ni kira duit bersih la. Setiap sen kira. Berkat la nak pi haji." Berniaga sendiri, kerja freelance ni aku akui tak glamour. Kerja pun tak duduk pejabat. Duit pun kadang banyak, kadang sikit.

Tapi aku fikir, selagi engko buat betul-betul, ada la berkatnya. Better la dari kerja pegawai besar, dapat redha mak bapak, tapi songlap 52 juta. kakakaka. Whoops!

Saturday, 10 September 2016

Semalam aku mimpi.

Semalam aku mimpi.

Dia seorang lelaki berprofil tinggi. Tinggal dalam sebuah kawasan kediaman. Tinggi, kurus, bergaya, berkot. Dihormati semua orang. Selalu memberi dan menerima. Maka sepertimana orang-orang seumpamanya, pengikut pun ramai. Rumah agamnya yang besar, persis rumah agam Jay Gatsby, cuma versi moden.

Namun, suave-nya, facade-nya sementara, lama-kelamaan perangai kuku besinya keluar. Satu-satu penduduk hilang, kematian. terutama yang tidak sebulu dengannya. Aku dan seorang yang berfikiran sama--seorang komrad-- mengumpulkan tenaga untuk memberontak. Ramai penduduk mengikut sama.

Pemberontakan berlaku. Ramai-ramai penduduk menyerang rumah agam si kaya ketika si kaya sedang berparti. Namun gagal, si kaya memanggil keluar semua pengawal peribadinya. Rupanya si bedebah itu, mempunyai pasukan penembaknya sendiri. Maka kami yang gagal itu dihimpunkan beramai-ramai di tengah laman utama rumah, dengan penembak mengawal keliling. Ketika itu, kami sudah yakin 100% kami akan ditembak. Yakin. Wajah penduduk yang mengikuti kami dengan semangat tadi kini jatuh luruh, antara redha dan meragui akan nasib mereka. Seperti tidak percaya.

Si kaya datang.

"Kau, kau kau," dilayangkan telunjuknya kepada tiga orang wanita. Termasuk aku. Prize mungkin, hasil tangkapan untuk dibawa naik ke atas. Komrad aku memandang aku dengan gusar. "Jangan risau," jawapan aku kepadanya, biarpun ayat itu hanya muncul halus, perlahan seolah hanya monolog dalam hati. Aku membetulkan skirt yang robek sedikit.

"Dia telah melepaskan aku. dia percaya kepada aku. Seharusnya aku bertindak betul-betul." fikir aku dalam hati, ketika menaiki tangga utama yang merupakan marble berpilin. Ini dia, lelaki kaya yang punya kuasa dan segala jenis senjata. Dan aku , dua orang wanita, serta seluruh penduduk kampung yang tanpa sebutir peluru. Mungkin aku harus menjadi pengikutnya? terdetik sebentar di dalam hati.

Separuh jalan tangga itu, aku, si kaya, dan dua wanita tadi terhenti di hadapan sebuah meja sisi ala victoria. Terdapat satu kunci kereta SUV. Volvo. Si kaya menghulur tangan, mahu mengambilnya. Serentak dengan itu, minda aku laju membawa kepada flashback.

Seorang lelaki, berkulit cerah, berkaca mata, bewajah lembut. Doktor bagi pekan kecil ini. Terjelepuk di dalam volvo hitam itu, tidak bernyawa. Tersadai di simpang tiga, sebelah sebuah restoran tua.

"Jangan ambil" tiba-tiba aku bersuara, jelas. 


Si kaya berhenti. Dua wanita itu ternganga.

"Itu," kataku, "Milik si doktor. Apa salah dia pada kau? Dia tak berdosa. Kau dah ambil segalanya. Sekurang-kurangnya tinggalkanlah kunci itu, biar jadi harta para warisnya."

Si kaya berdiri dan memandang aku, ada amusement dalam matanya. Amusement dan sedikit angkuh. Nampaknya kancil mahu cuba membaham buaya, fikirnya.


"Apa kau kata tadi?" dia tersengih sinis.

Ditegakkan badannya menghadap aku. Tangannya diangkat setinggi bahu, cuba mencapaiku.

Pandanganku menjadi laju. Dalam satu perlima saat aku lihat dia tunggu dengan gerak gaya tinju.

Mata aku bertemu matanya. Kaki kananku ke belakang lalu...

"Yah!" aku meluru dengan genggam tangan memacu arah. 




Tiba-tiba aku bangun. Mimpi tamat.

Ceh.

Kenapa aku ceritakan hal ini di sini:

satu; mimpi ni lain dari lain. Balik-balik aku mimpi pergi vacation atau beli belah.
dua; aku tak nak lupa mimpi ni. aku harap ada sambungan sebab aku nak tahu aku menang ke tidak!
tiga; kalau sambungan tu syok boleh buat idea novel watpad. kahkahkah.

Thursday, 8 September 2016

Ko ingat ko saperrr?


Finally, someone has said it. (someone influential lah. Sebab, kalau aku yang marhaen ni kata, sure lah kena bash). Semenjak dua menjak aku cari FB yang berkualiti untuk difollow, dah biasa dah aku nampak syarat macam ni. Kena like ramai-ramai dulu baru nak up post berkualiti. Kena share ramai-ramai dulu baru nak up post hebat. Ada yang lebih teruk, kasi syarat supaya para friends/fans dia settingkan page dia sebagai "see first" supaya post dia sentiasa dekat atas. Kalau tak nanti kena unfriend.

Amboi, kau ingat kau siapa? (walaupun kau femes)

Sampai timeline orang lain pun kau nak control.

Mana tahu yang dia set see first ialah kawan-kawan dia ke, ahli keluarga dia ke, bini dia ke, anak dia ke, mana la tau kalau ada ahli keluarga nak update status urgent kesihatan sedara di kampung, so dia perlu letak first.

Ada juga yang kalau dah dua tiga bulan tak pernah like atau komen post dia, dia nak unfollow. Amboi kemaheneneenen. Macamana kalau post engko tak sedap? Macamana kalau selama ni semua engko cakap tu dia tak setuju? Macamana kalau dia dah lima enam bulan tak masuk fesbuk sebab sibuk ke sakit ke masalah peribadi ke. Bukan semua orang duk mengadap FB hari-hari macam engko. Aku yang sentiasa login pun jarang masuk. Biar je on dekat PC. 90% masa aku jaga budak, packing barang, check stok, kemas rumah, masak lauk.


Tak perlu sampai perlulah "ugut"  untuk memberi ilmu.

Engko semua ni rasa-rasanya masih baru dalam arena FB tu.

Dulu masa aku rajin run sebuah page ni (circa 2011 rasanya) kitorg boleh dapat puluh-puluh irbu likers, yang aktif pun  ramai. Tak, kitorang tak main lah ala siakapkeli duk screenshot kopipes status orang. Kitorang buat status sendiri. Ada ramai-ramai admins. Tiap admin tu rajin-rajin la buat status, siapa ada idea dia login, bukak topik. Ramai la yang duk join jawab. Makin lama makin naik lah likers dalam tu. Masa tu admins semua siap ada whatsapp group dan secret FB group. Kat situ lah kitorg bincang isu apa nak naik, siapa nak up post, dan sekali sekala kena tegur kalau status tiba-tiba buat gaduh, lol!

Sekarang, rata-rate page dan "selebriti" FB buat taktik yang sama--kopipes isu viral, atau buat ulasan berkenaan isu viral. Dah. Selebriti FB yang konon-konon sifu atau mentor pun satu, kadang tips-tips yang diberi quote mostly dari buku je. Share pengalaman secoet dua je. Balik-balik "anda mestilah begitu, anda mestilah begini" ala, bosannya. Kalau nak baca buku baik aku start enjin pergi Kinokuniya.

Oh berbalik kepada FB "selebriti" yang beri syarat tertentu untuk dapatkan status dan friendship. Macam screenshot tadi cakap, Nabi SAW kita, ucapan dia yang berkualiti pun tak pernah tunggu ramai orang berhimpun. Tak perlu tunggu ribu-riban orang masuk Islam baru nak start dakwah. Malahan masa tu sorang dua orang pun boleh datang ketuk pintu rumah baginda malam-malam buta, kalau nak mintak nasihat. Dan baginda akan bagi nasihat free.


Ada tak baginda cakap "Wahai Umar yang kusayangi, aku ada jawapan untuk soalanmu itu, tapi kau kena bawak 10 orang lagi datang sini dengar baru aku cerita, OK?"

Silap haribulan keluar habis segala pedang tombak Umar. Hahaha.

Tuesday, 6 September 2016

Aneh kan, peniaga sendiri pun anti kapitalis.

Semenjak dua menjak kes Safiey/Sofia Ilias jadi pondan ni, timbullah juga perbincangan di kalangan geng peniaga mengenai cara dia menjalankan business. Antara yang menjadi isu besar ialah tindakan buang harga. Perlaking, produk untuk muka dan kulit terkenal dari Sfiey/Sofia. Dia jual pada "kaki" dia dengan harga RM60, tapi jual pada harga RM30 dengan pemborong. Oleh sebab Safiey/Sofia menetapkan harga untuk ejen jualan dia, sales drop teruk pada ejen jualan kerana harga di pemborong jauh lebih murah.

Sementara itu, separuh pusingan bumi ke Barat, kes Mylar-Epipen sudah heboh. Epipen ialah ubat cucuk bentuk pen untuk pesakit dengan alergi teruk (contoh alergi kacang sampai tak boleh bernafas). Harga kos Epipen dikatakan 30 dolar. Harga retail asal ialah 57 dolar tetapi Heather, CEO Mylar bertindak menaikkan harga hingga 350 dolar sebatang. Ya, dari 57 ke 350 SEBATANG!

PS. Even Martin Shkreli yang naikkan harga ubat malaria-HIV tu pun rasa Mylar ni melampau. Gila!

Apa beza dua kes ini?
Satu kes buang harga, satu kes monopoli harga. Satu pihak main turun-turun harga untuk conquer sales, satu lagi menaikkan harga sebab dia tahu dia dah conquer sales. Dua-dua pun boleh berlaku dalam perniagaan secara bebas. Nama pun free market kan.

To be honest bila aku baca dua-dua kisah, mana satu yang aku prefer berlaku?

Jawapan aku, buang harga macam kes Perlaking.
Well, ni bukan pada standpoint aku sebagai peniaga, tapi pada standpoint aku sebagai pelanggan. Apabila peniaga start buat perang harga, memanglah peniaga rugi. Tapi on a bigger scale, pelanggan untung. Sebab dia boleh membeli pada harga yang paling value iaitu harga yang close to cost. Tak adalah beli "sekadar untuk mengayakan CEO" seperti yang terjadi kepada Epipen.

Bukan aku tak sokong kaum peniaga, cuma aku dah lama tak berkenan dengan sistem doublekan atau triplekan harga untuk dapat untung bersih besar-besar gini. Kalau double sebab-sebab nak cover kos transport, kos kedai ke tax ke tak apa la, ni after tax dan transport calculated, dia doublekan lagi. Binatang apa tak tau. Nanti kalau customer tahu boleh beli direct dari pengeluar dgn harga asal, memang jatuh la seller.

Zaman sekarang semua orang tengah ikat perut. dan secara naturally, pelanggan sanggup cari siapa yang murah berbanding siapa yang established. Kau dah lima tahun berniaga, 50000k followers dalam page tapi harga double? Baik aku beli dari Lazada 11street Qoo10 Gemfive Shopee semua.

Betul. Sampai ke hari ni ada orang masih masuk ke email aku tanya pasal Taobao padahal aku post cerita pasal taobao setahun lepas. Kenapa? sebab untuk banyak barang buatan China, atau barang US yang kilang di China, harganya ialah SEPARUH daripada harga di sini. Even dengan 10 hari shipment pun.

Bagi aku memang, Safiey tu kurang sikit hal etika dia. Lagi-lagi dengan cara dia push sales, caci-maki yang dia beri kepada ejen yang tegur dia (ni cerita lain la pulak), dan ambil duit ribu-ribu dari ejen tapi tak reti jaga kebajikan ejen.

Tapi aku percaya ada sebab dia sanggup drop harga dia gitu. Lagi-lagi hantu beg LV hantu Prada hantu Gucci hantu Hummer macam Safiey. Aku percaya semua peniaga kalau boleh nak dapatkan untung maksimum, unless ada sebab tertentu. Mungkin dia rasa jangka hayat produk itu dah nak tamat. Dah tak jadi cash cow dah so dia perabis apa yang patut dekat kilang sebelum populariti produk menurun. Mungkin sebab orang mula soseh soseh produk ni ada kelulusan KKM ke tidak. Mungkin dia nak clearkan product ni untuk bawa masuk product baru (which is according to other rumors, the most likely reason).

Apa-apapun, berbelanjalah dengan bijak. Aku tahu sekarang ni ekonomi tak menentu, memasing tengah sorok duit untuk kegunaan masa depan. Biarpun aku ni peniaga, aku pun taknak lah paksa engkorang berbelanja nak rak beli itu beli ini. Aku takut nanti bila barang non-essential macam ni dah mahal sangat masing-masing pun tak nak membeli. Akhirnya cash flow pun tak ada. Ekonomi pun tak jalan. Bagi aku better ada cashflow sikit-sikit tapi berterusan, daripada cash sejelepuk lepastu gersang terus tak ada sale.

Untuk pembeli- kalau boleh diskaun, diskaun, kalau boleh pakai kupon, pakai. Kalau pemborong lagi murah beli kat pemborong. Tapi kalau kau nak beli dari orang yang jual mahal sikit atas dasar setiakawan dah lama kenal, terpulang.

Dan bagi peniaga yang baca ni lepastu berasa meluap-luap nak marah aku, tunggu dulu. Dan fahamkan--kalau engkorang jumpa ada orang jual lebih murah, maknanya ada supplier yang tolak lebih murah la tu. Takkanlah depa semua jual pada harga rugi ye dak. Ni la masanya engkorang beralih supplier!

Kakaka

Saturday, 3 September 2016

Unspoken Fb status : Durian oh Durian

Aku rasa ni tipu.

Kalau bukan tipu pun, aku tak caya.

Tisu betul hati mak-mak zaman sekarang sampai kena deactivate fb.

Mak aku dulu, kalau aku dan adik beradik ngade2 mintak makanan sebab teringin, mak aku diam je buat tak tahu.

Kalau aku ngade mintak jugak PIAP pelempang sebiji.

The end.


Nota kaki: Durian sini pun mahal jugak. Seulas pun aku tak pernah beli. Chill lah gurl.

Thursday, 1 September 2016

Tales from daily sales #10. Poslaju, kurier dan sewaktu dengannya.

"Apasal barang tak sampai lagi? Saya nak refund! Saya nak report ke admin!" Dapat lagi satu ugutan begini harini.  Bila tanya geng-geng group meniaga, mostly cakap ignore atau block. Jadinya lepas aku terangkan kepada dia, aku terus ignore. Kalau start mencarut baru aku block.

Anyway, the point is here, aku nak cerita sikit pasal Prosedur niaga. Kenapa dalam jualan biasa kita tulis "kami ambil masa 1-3 hari untuk posting."
  1.  Proses cari stok. Kadang barang overbook/habis stock, atau defect, atau stock belum sampai (kadang transport delay etc). So 1-3 hari tu ambil masa untuk contact supplier backup ambil barang. Atau cari barang tu offline. Ada setengah orang, dapat order baru dia cari supplier (pernah bertembung dgn diorg ni kat supplier dulu. Kemain gamble camni. Kalau habis kan bahaya). 
  2. Ada juga, yang macam kompeni dropship aku sorang ni, sales volume dia SANGATLAH TINGGI. Maklumlah Cainis. (byk kampeni cainis yg aku deal cenggini BTW, kaya betul) Sampai barang yang kita submit order macam masuk "beratur". Tunggu order hari isnin setel dulu baru dia urus order hari selasa. Tapi order hari isnin tu boleh ribu-ribu banyaknya. Kadang aku stress aku sendiri pergi warehouse dia, ambil barang, aku sendiri pos. 
  3. tracking number tak naik. Pun satu hal juga. Well, courier system ni kadang takleh nak buat apa. Sistem glitch ke. Ada barang contohnya, aku pos Selasa. Rabu tracking number pun tak naik "no record" katanya. Khamis baru ada tracking. Customer dah tanya-tanya. Nasib baik dia jenis chill tak maki letak smiley ja. LOL
  4. Ko salah timing order barang. Ni problem sendirilah. Lepastu bising kenapa lambat. Mengada. Nak tahu macamana salah timing?
  • Ko order hari khamis malam. Seller ko duduk Kedah. Konpem la Jumaat tak boleh pos, Ahad baru dia boleh pos. Ko pulak duduk KL. Ahad mana ada pos office buka. So item ko terperuk la, hari Isnin baru diproses.  (Ni aku la pernah kena. Hahaha)
  • Ko order barang sebelum cuti perayaan besar. Ni semua pihak kena ambil tahu, bukan seller aje OK. kadang, kampeni kurier macam Poslaju letak kat FB, pada hari sekian-sekian kami tutup so tak boleh pos barang. Kalau pos juga akan terperuk dalam cawangan sampai naik cuti. Ko FB cuma rajin duk baca viral kisah laki bini je mana tau. Tau-tau "hak pengguna! omg want a refund!!!" bila barang tak naik tracking number besok pagi.
  • Ko order barang pukul 12 malam. Besok subuh ko tanya dah pos belum. Ni binatang ke orang aku pun tak pasti. Haah aku dah pos, pakai Dreamland Express. Dreamland Express tak pernah dengar ke? La sini je cawangan dia, atas katil aku. Hahahaha
Apa-apapun, ingatlah, kalau barang dah dibeli, seller dah confirm, INSYAALLAH BARANG SAMPAI. lambat ke cepat ke tracking number tak ada ke, kalau dah pos INSYAALLAH SAMPAI. 
Kena specify ni OK, sebab ada pembeli online yang tak faham. Dropshipper seller pun, terutamanya seller jenis baru berkecimpung dalam bidang niaga, pun tak paham benda ni kadang-kadang. Mengamuk supplier nak menjawab.

Kita ni kan, terutamanya yang lahir zaman 80an dan ke atas, semua dah dimanjakan dengan sistem kurier yang efisen. Tahu tak zaman dulu hantar surat selai pun berminggu sampai? Selepas adanya pos dan kurier yang sistematik, semua benda jadi selaras. Proses di kaunter. Tentukan nak hantar ke cawangan mana. Cawangan proses. Pos ke penerima. 

Kita sekarang, rasa macam 2-3 hari tu pun lama. 

MANJA.  

Tuesday, 30 August 2016

Warkah buat anak kelas atasan, dari anak kelas pertengahan

Wahai gadis dari kelas atasan, aku kesian pada kamu.
Apalah ruginya kamu!

Eh, bagaimana agaknya orang kaya boleh rugi? Bukankah dia ada segalanya?
Petik jari, mintak uang, ibu dan bapa, semua diberi?

Entahlah, bagi aku banyak ruginya.

Rugi,
kerana tidak dapat merasa nikmat berfikir.
Fikir bagaimana hendak mengumpul wang untuk barang yang diingini.
berfikir, "apa perlu aku jual, apa perlu aku buat,
untuk mendapatkan duit sebanyak sekian-sekian?"

Rugi,
kerana tidak dapat merasa nikmat
excited, melihat tabung yang penuh,
lalu, dengan tabung penuh itu dikeluarkan satu-satu isinya, dimasukkan ke dalam bank,
untuk disimpan buat faedah masa depan,
atau dibawa terus ke kedai mainan, kedai hadiah,
untuk membeli apa yang diimpikan.

Rugi,
kerana tidak dapat melihat mainan kesayangan,
lalu menghargainya sepenuh hati,
kerana setiap inci mainan itu kita tahu
dari mana asal hasilnya,
kakinya mungkin dari wang hasil jualan Selasa,
tangannya mungkin dari wang kumpulan hari Rabu,
dan matanya mungkin dari wang tebusan hari Ahad.

Ruginya, rugi,
kerana wang hasil titik peluh sendiri,
rasanya menusuk sampai ke dalam hati.

Thursday, 9 June 2016

Murtabak Bawang dan Param Param Param!


Aku selalu bernasib malang dengan murtabak.
Ada satu tahun, terbeli murtabak perlis (tak ada kuah kari).
Ada satu tahun lagi, terbeli murtabak ayam tak ada ayam. Bawang dan telur je lebih.
Ada satu tahun, tahun ini...tak ada langsung kedai murtabak.

Asipo mengadu pada aku, param area sini sudah tidak ada murtabak. Semua makanan siap (nasi berlauk, mi goreng, bubur, yang macam tu lah), desserts, kudapan, susah nak jumpa.

Jadi semalam, aku buat murtabak sendiri. Aku cari resipi online dan jumpa satu resipi dari blogger yang banyak komen best. So aku ambil yang itu. Langkah-langkahnya:

  1. Adun bahan jadi doh
  2. Uli doh
  3. Rest doh tu sekejap (10 min untuk gluten katanya)
  4. Uli lagi
  5. Rest lagi 2 jam
  6. Lepas tu siapkan inti daging
  7. potong bawang, halia, tumbuk rempah
  8. masak bawang dengan rempah dan ayam cincang, tabur sikit serbuk kari
  9. masak sampai kering lepastu sejukkan
  10. selepas 2 jam, keluarkan doh dan canai
  11. masukkan inti murtabak
  12. masak atas api

Selepas selesai sepinggan murtabak, aku cukup mengah. Pergh, dua jam kau tau. Lepas selesai buka puasa, aku dan Asipo kekenyangan, aku lap peluh dan berjanji mau respek lebih sama peniaga Param yang meniaga secara jujur.

Aku punya penat, boleh terus tidur pukul 10. Itu baru dua jam aku buat, untuk tiga keping. Kalau seratus, dua ratus keping doh? terpeleot tangan aku cakap. Masak inti lagi.

Tu belum lagi cabaran masa canai. Kau kena canai senipis yang boleh, tapi jangan terlalu nipis sampai terkoyak. Kalau dah kalau nipis memang koyak la kan? macamana kedai tu buat aku pun kagum. Pastu bayangkan masa isi inti tu terkoyak la pulak murtabak. Memang GG lah sebab doh dah bercampur dengan inti. Pandai-pandai la kau buat tampal-tampal.

Oh ya, kau tahu tak, satu paket Ramly ayam cincang tu boleh lepas tiga keping murtabak ayam je! Itu kalau betul-betul ikut resipi. Satu paket Ramly tu RM8. Bahagi tiga dalam dua ringgit lebih se-murtabak. Nak factorkan dengan bawang dan telur dan kos buat doh (oh ya doh dalam 1/2 paket tepung aku guna haritu) dah berapa? Sah-sah lah dalam RM5.

Lepas masak tu aku terfikir, kalau ada peniaga murtabak yang inti penuh, cukup sifat, bersih, RM6 pun aku sanggup bayar. Memang nilai bahan mentah kalau kau kira kurang dari tu. Tapi skil yang kau polish bertahun tu, tenaga yang kau kerah tu, orang lain tak mampu nak celen (at least bagi aku la). At least terbayar la keringat kau. Dengan berpanas berhujan nya lagi, tol minyak van dan sewa tapak lagi...

Orang lain lenggang kangkung balik pejabat datang gerai kau tengok mahal terus cop kau buat pencatutan, main harga. Masa Kepsi/McD markup harga set buka puasa diorang tiap tahun depa bising tak?



Wednesday, 1 June 2016

Tales from Daily Sales #6 - Tentang harga

Semua gambar produk aku letak harga. Hang lagi mau PM suruh calculatekan total price.

You see, lately aku ada masalah dgn login sebuah webpage supplier ni. So bila tak dapat login aku pi jelah supplier aku lain dan anggar harga dari situ (barang pun sama, anyways) + anggaran berat parcel pula aku dapat dari citylink sebelah rumah (biasa supplier pakai Airpak).

Bila aku tercalculate harga terlebih seplohinggit engko tanya balik "eh dalam iklan tadi cakap harga blablabla"

Oh baca jugak la iklan / details produk aku. Ingat tak baca. 

Jadi apa expectation hang bila tanya aku aku harga kat PM ek? Harap aku tersalah bagi harga kurang ke? Ingat nanti bila harga tu kurang hang boleh cepat2 bank in duit dengan harapan "yeaaa aku dapat kencin ini seller, padan muka depa"

Ada haritu kes lain pulak, aku pernah terkira salah. Total barang dgn pos patutnya RM55, tapi aku taip jadi RM50, maka terkurang RM5. Buyer tu siap sindir balik. "eh singgit je keww harga postage?"

Nak je jawab eh salah kira la sebenarnya RM55 la, TQ ingatkan!

Tapi kerana nak tunjuk baik aku cuma cakap "diskaun lah sis, combine postage"

Aduh pembeli. kurang tak boleh, lebih tak boleh. OK lain kali aku terus kasi akaun number je. engko pandai2 la korek product album cari harga total sendiri, OK?

Malas!

Thursday, 26 May 2016

Tales from Daily Sales #5 - Bila Internet Down





Pagi tu, internet kejap ada kejap tak ada. dan antara pukul 12-3pm aku tengah usaha leech wifi dari shopping mall / KFC (tapi tak berjaya huhu). 3-4pm aku pergi pos barang lagi.

Orang kita....macam tak pernah berurus niaga online. Ni baru beberapa jam tak reply, sudah minta cancel sales.

Sedangkan kalau syarikat besar, 48 jam pun belum tentu dia reply enquiry stok kita. Pos barang pun sekali seminggu. Ya, ada yang macam tu--sebab mereka tak ada staf khas untuk urusan online sales. Kalau kau terbayar hari Khamis dan dia hantar Rabu sahaja, maka menangislah kau di situ seminggu.


Tak apalah sis, katanya nak beli kasut untuk raya tapi gaya urgentnya macam besok sudah Ramadan. Aku jual dekat orang lain lah. Bye!

Friday, 20 May 2016

Sorry I am Human (Unlike you)

Pada hari ini, ada seorang brader dalam FB ni mengeluarkan pos. "Siapa perempuan yang buat post mencarut tu silalah unfriend saya, saya tak suka tengok" lebih kurang begitulah. Aku, tanpa fikir panjang, terus klik page beliau, dan unfollow.

Aku tak berapa pasti berapa kerapkah aku mencarut dalam FB. (ok aku dah check, sekali awal bulan lepas kot, pada status pos "fak pemakan harta anak yatim") tapi yang pastinya, aku dah mula melatih ke arah kurang mencarut. Sekarang, kalau boleh aku alhamdulillah, ya allah, bagai. Aku latih tiap kali cakap dengan customer, ada alhamdulillah sekali. Terutama masa transfer duit atau barang sampai. Kalau kastemer marah, ada masalah, aku astaghfirullah je. Kadang-kadang terkejut kat rumah, aku astaghfirullah juga. Tapi astaghfirullah aku dengan muka rimau, kalau anak aku dengar je aku astaghfirullah muka dia terus pucat, mata terbeliak, tangan dah naik kepala macam "I surrender!" gitu. Lepastu kalau aku terus terbeliak dia start nangis minta simpati. Hekeleh!

ni dia nangis sebab aku rampas botol susu dia. Sebenarnya botol tu dah kotor jatuh bawah so aku nak basuh. Of course lah aku astaghfirullah depan dia tapi nangis jugak budaknya.

Back to the story--bukan aku nak cakap aku ni bagus--tidak.

Tapi, aku nak katakan di sini, biarpun aku tengah berusaha untuk kurangkan carutan, cacian, who's to say aku takkan buat lagi?

I am human, man.

Mana tau besok lusa aku eksiden kereta lagi ke, terkejut kena hentam kiri kanan, ataupun tercurah air panas masa masak, terjatuh kena tolak masa turun tangga, ternampak gambar orang seksa kucing, ternampak laki selingkuh dengan sundalan mana-mana--who's to say aku takkan tercarut on the spot?

Who's to say I won't?

I am human, man.

And you are, too.

Who's to say YOU are not gonna curse? Bro, kau boleh confirm kau tak akan mencarut dalam masa sebulan ni? Dua bulan ni? Setengah tahun ni? Setahun ni?

Kalau kau yakin, tipulah kau. Sebab kau bukan nabi. Kau tak maksum. Aku tak maksum. Begitu juga dengan orang lain. Sebaik-baik kita berlatih untuk menahan marah pun, akan terkeluar juga amarahnya nanti. Sebab setiap manusia ada limitnya. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Yang penting, lepas saja limit tu, meletus-letuslah kemarahan macam lava Krakatoa.

By the way, ada je perempuan yang selalu saja buat post carutan dalam FB niaga aku. Yang dah berkahwin pun ada sorang. Marah, jijik? tak adalah aku jijik sangat. Itu hal dialah. Haritu pet dog dia kena hantam dengan geng kepiah pak haji masjid. Mana tak dicarutnya pakcik tu. Walaupun sepatutnya dia boleh cakap baik-baik tapi aku paham, pet kot. Haiwan peliharaan. Satu lagi mencarut sebab perempuan sundalan buat hal kat rumah tangga orang. Perempuan hal macam ni memang sensitif. Nasib baik carut aje, kalau kena taji dengan cangkul atas kepala camana?

Kita semua ada perasaan. Lelaki ada perasaan marah, sedih, gembira; begitu juga perempuan ada perasaan marah, sedih, gembira. Dan adakalanya perasaan tu boleh naik setinggi-tingginya, dan mengeluarkan kata yang ekstrim untuk diucap. We're human.

Pada hemat aku stereotaip "perempuan tak boleh mencarut, lelaki je boleh" adalah sejenis stereotaip yang misogynistic. It implies that women should have a specific behaviour that should not be similar, or at par to, men. Like all women should be placed on a specific gender guidelines regardless of the environmental influence on that said women. Like women should not express their extreme anger and sadness, and they should remain composed and almost non-sentient.

Similar with some notion that men should not cry because it is a feminine-type of emotion--nope, CRYING is SADNESS. Sadness happens to everybody regardless of gender.

So is anger.

As long as you're human.

Since I'm human, let me be angry, cuss, and cry in peace, ok?



Thursday, 12 May 2016

Sambungan kes kena ban: Double Standard atau sabotaj?


Susulan kes dua hari lepas di mana produk aku kena ban dan aku (kononnya) akan di penalti kerana menjual produk yang tak ada autensiti, aku masih tidak mendapat jawapan daripada kedua admin dan supplier. Apa keputusan mereka, aku harap yang terbaik. Apa-apapun, bangun pagi semalam, aku dapati masih ada lagi yang sudi beli barang dari situ. Aku ingat nak tutup page tu for real, lol!

So macam biasa aku akan login untuk tengok sales dan update tracking number. Terpampang iklan featured product di laman utama. Satu benda terus menarik minat aku.






GILA LAH! RM88 JE FREE SHIPPING LAK TU!

Kalau nak tahu, Lamzac ni la yang popular dengan golongan anak muda masakini. Especially dengan trend outdoor hipsterish summer vacation backpacker types, ni macam ultimate hipster outdoor accessory. Pergh, dari RM200 harga retail dia, jadi RM88 . dahysat, paling power pun aku pernah tengok orang cuba diskaun, jadi RM150. Tu kira macam habis diskaun lah kata sellernya sebab preorder. Ni RM88. GILA, GILA.

Tapi betul ke ada yang nak jual tahap harga rugi tu?

Aku pun scroll bawah page tu ingat nak post Q and A. Tiba-tiba nampak soalan ni. Soalan No 3.



Ha, OEM , dah agak dah. (Kalau nak tahu, OEM ni maksudnya ko amik satu barang ko nak, hantar kilang, suruh tolong buatkan copy dua tiga ratus ketul, lepastu jual. Basically, FAKE.)

Aku bukan geram pasal dia jual barang murah dan aku dah terbeli yang mahal and still OTW shipping ke Msia (well, sikit lah), tapi mostly sebab aku rasa ni double standard. Tiba-tiba orang lain punya OEM boleh sampai front page. OEM kita (kata supplier lah) baru 2-3 minggu pos dah kena take down siap penalty.  Fak double standard!

Atau ini cuma sebab admin tak perasan? Ok, di situ aku mula terfikir untuk report ke admin pula. Tak pun jawab email admin tu dengan screenshot ni "apasal dia boleh aku tak boleh??" Aku dah mula nak karang ayat baik punya dan nak tekan butang send.

Tapi...aku terfikir.

Mungkinkah memang admin memang tak perasan pun siapa jual OEM siapa jual real, cuma diorang bergantung kepada report?

Apakah ada orang dah report aku?

Then it clicked
.

Dua tiga minggu lepas (tak pasti bila). Ada makwe like page jualan aku kat FB. Dia seller barang baby jugak. Jarang biasanya orang suka like competition diorang, so aku pi lah stalk dia jap.

Dia jual Newborn nest, stroller. SAMA CAM AKU.

Cuma bezanya, aku tengok harga newborn nest dia double aku punya--aku jual RM150 dia jual RM360. OK more than double. Tak pasti dia punya real ke tidak, tapi tengok jual berlonggok, packaging macam aku punya juga. (BTW if you're wondering, yes, aku jual RM150 pun still untung. Simple reason: aku bayar ke supplier pakai Yuan instead of USD like the usual. Yuan ialah 0.62 kepada RM).

Pelik kan? tak lama lepas dia follow aku terus aku kena ban? Especially DUA produk tu walaupun macam-macam produk lain pun boleh jadi isu juga? Especially bila newborn nest tu, tak ada orang lain jual melainkan kami berdua kat FB (setakat yang aku tau la).

Hm. Malas aku nak fikir panjang. Mungkin dia, mungkin seller BBNU lain juga yang naik angin sebab harga aku semacam rendah.

Sukati engko la cik. Eh, kita dalam group jualan sama kan kat FB? Aku nak terus up barang tu sampai engko meroyan. Kakaka.

P.S tibe aku takde selera dengan Lamzac aku. Sampai Malaysia kalau hati aku tak terbuka jugak untuk menerima beliau, aku nak up kat Carousell. Boleh?



Tuesday, 10 May 2016

Cuci Tangan, Kakak.

Aku terima satu email petang tadi. Daripada pihak admin portal jualan aku.


"Kami meneliti kedai anda dan menggantung dua produk ini kerana meragui ketulenan produk anda. Sila berikan salinan dokumen yang mengesahkan ketulenan dalam masa dua hari atau anda akan dikenakan penalti"

Dua produk aku disenaraikan. Salah satunya ialah attachment kepada stroller (nanti aku ceritakan mengapa) dan satu lagi ialah stroller yang dijual oleh dealer aku.

Aku pantas menghubungi dealer aku.

"Sebentar ya, kak tanya supplier"

***********************

Aku mengenali dia melalui FB. Dia lampirkan iklan untuk mencari ejen dropship. "Tanpa modal, tanpa risiko" katanya. Dropship--kepada yang pertama kali mendengarnya--adalah sistem di mana anda mempromosi produk dari pembekal. Apabila ada yang berminat, pelanggan akan bank-in kepada anda. Anda akan membayar kepada dealer, delaer menguruskan order dan menghantar barang kepada pelanggan anda, dan pelanggan akan mengucapkan terima kasih kepada anda.

Oh ya yang paling penting--anda bebas meletak harga yang anda suka. Untung seringgit? Dua ringgit? Lima puluh ringgit? Jika anda meletak harga jualan yang tinggi, maka banyaklah untung anda per item. Lebih rajin anda promosi, lebih ramai yang membeli, anda juga boleh senang-lenang. Tepuk dada, tanya ketamakan anda. Eh!

Sejujurnya aku bermula dengan beli-barang-borong-dan-jual. Tapi merasakan modal aku tidak cukup untuk menambah varieti barang, aku pun menyertai dropship untuk barangan keperluan bayi, kanak-kanak dan rumah. Dealer yang aku dapat ni pula banyak contact supplier. Baju, mainan, stroller, dan macam-macam lagi. Aku pilih untuk promot mana yang sesuai dengan kedai online aku saja.

Bila banyak barang aku promosi, maka likers dan returning customers makin meningkat.

***********************

Tapi begitulah, langit tak selalunya cerah.

Ada sekali barang yang dihantar hancur dipijak oleh brader kurier. Kena ganti.

"Barang rosak? Maaf, hanya barang yang dibeli dengan harga retail di premis kami sahaja boleh diganti" terpampang besar syarat di lamannya.

Ada sekali, barang salah dihantar.

"Macamana saya nak buat ni kak?" aku tanya kakak dealer nombor satu.

"Tak tahu, bagi gambar kepada saya"

beri gambar. tiada jawapan daripada kakak dropship, maka aku pun memulangkan wang customer tanpa banyak bunyi.

salah warna. bukan banyak pun, corak hitam ungu yang dipesan , diterima putih ungu. customer mengamuk. minta aku jumpa depan-depan COD barang yang betul. "Maaf cik, tak ada stok pada saya. saya akan refund wang ini."

"Baiklah. jangan buat begini kepada customer!" aku dapat bayang wanita yang deal dengan aku ini mencebik sambil mengira duit dalam banknya. Mana tidaknya semasa memasukkan wang, dia beri screenshot pembayaran dengan ayat "saya harap awak bukan scammer!"

Tapi tak apa, selepas mengembalikan wangnya, order mula mencurah-curah masuk. Satu hilang, ramai mengganti.

Sehingga kejadian ini.

***********************
"Status, product on hold"

tertulis pada dashboard portal jualan aku tika aku search nama produk tersebut.
Aku tak pasti apa aku yang tulis di halaman jualan aku hingga boleh digantung jualan. Aku letak nama brand kah?


Ya, tapi bukan brand terkenal. Brand China je pun. Specs nya sama macam brand yang terkenal. Apa salah brand local mereka?

Aku pernah guna, dan memang tak ada masalah.

Untuk satu lagi -- stroller attachment itu -- aku ambil direct dari supplier di sana. Pelanggan bayar di sini, aku place order di sana, dan ia sampai, selesai.

Bukan branded, tapi generic. tak ada label, tak ada corak. Attachment yang boleh pakai untuk semua jenis stroller yang serupa design (fikirkan analogi ini: generic seperti seutas tali kasut, yang boleh dipakai oleh semua jenis kasut daripada Nike ke Doc Marten ke Rebook pasar malam, faham kan?)


***********************
"Sis, tak sepatutnya menjual dalam portal jualan. "

Jawapan dealer kepada aku.

Itu sahaja jawapannya? Apakah produk hanya perlu dijual di tempat-tempat rahsia sahaja, dan kau expect berbondong-bondong orang yang membeli? Product apakah yang ada had ruang jualan, serupa  brader jual cetak rompak di pasar malam yang mencicit lari jika penguatkuasa datang?

Why do I have to do it this way, bukannya aku jual dadah!

Jawapan supplier pun tiba.

"Product yg ni hanya copy brand.. Mmg takde apa-apa documents. Banyak dealer saya dah tau dah ni memang copy brand. Kalau postal tu banyak sangat requirement, tarik balik jelah iklan tu." kata supplier lalu ditambah "Thank you for your understanding."

Produk kau banyak palsu? Kau mengaku?

Maknanya aku dipersalahkan kerana tidak tahu?

Maknanya kau boleh lepas tangan sebab aku bodoh?


Oh OK, ada drama lagi.
                                                      ***********************


Ada juga isu sebelum ini. Pasal Fisher Price, Adidas, Skiphop, dan satu jenama baju fesyen.

Dealer selalu menyuruh dropshipper tulis "FP" instead of Fisher Price" dan "AD" instead of "Adidas". Dan jangan promo "Skiphop" di IG. Nanti kena serang.

Sebab semuanya palsu!

"Sebab yang real ratus-ratus kot, so kita jual jelah yang murah." ni kata dealer.

Aku buat derk hal ini. Sebab aku mana jual tiga-tiga benda tu. So aku rasa ni mungkin masalah dengan salah satu supplier dia sahaja.

Ahad lalu ada lagi. 

Dealer membuat pengumuman, "Maaf semua, sila jangan promot lagi produk Imama buat masa ini. Ada customer mengadu, barang yang dia dapat bukan Imama ori tapi Aimama"
Ah satu lagi supplier dia lagi buat masalah. Lagi sekali, bukan hal aku, fikirku.

Semalam, ada lagi satu kes. 

Berkenaan satu butik tempatan, mengamuk kata ig shop lain mempromot baju raya menggunakan gambar yang dicuri daripadanya. ig shop itu seangkatan dengan aku, bawah dealer yang sama, cuma bezanya dia tumpu pada baju raya. habis pagenya diserang oleh peminat, pelanggan setia butik tu.

Akhirnya dealer mengakui. 

"Sebenarnya tiap tahun kita buat begini. Kita ambil gambar baju butik yang lawa-lawa, kita hantar ke pengilang suruh dia copy design sebijik-sebijik. Kemudian kita juallah di sini melalui dropship. Silaplah, kita terbagi gambar asal dekat dropshipper macam anda :emoji nangis gelak:"

Wait, so the only thing wrong here is to "accidentally" use the real picture for promotion?
How about STEALING THE WHOLE DESIGN CONCEPT FROM A LOCAL BOUTIQUE HOUSE WOI!
                                                      ***********************

OK. bila fikir-fikir balik, banyak rupanya. Aku jugak lah yang bodoh tak read the signs (or go through the discussion group listening what the other agents are saying, busy katakan).

Mungkin kakak ni tah check betul-betul supplier dia. Atau dia memang tahu dan memang berniat nak make a quick buck selling counterfeit products. Kalau hampir semua supplier dia macam ni, entah apa lagi boleh aku buat. Melainkan mengundur diri daripada menjadi ejen jualan bawah kakak ini.

Kakak, kalau kakak baca ni, maafkan aku kak. Mungkin lah barang palsu ni ada market dia, terutama untuk orang berpendapatan sederhana yang nak juga merasa ikut trend. Tapi kak, saya fikir dealer sudah lama seronok mencuci tangan dengan tindakan mereka sendiri. 

Barang rosak, barang hilang, barang lambat hantar. barang overbook, barang palsu.

Yang kena marah, kami
Yang kena maki, kami
Yang tercemar nama, kami
Yang akan diban, dilapor polis, dan dikenakan denda, kami!

Sebab kami ejen, barisan depan kakak.

Jagalah kami kak,

kalau tak jaga kami, kami lari ke ejen lain, kakak juga yang akan mengemis sale tiap hari nanti :)







Saturday, 7 May 2016

What loyalty?

Maaf, saya terpaksa curang.

"Awak, nak nombor telefon boleh?"

"OK boleh." Aku pun sebut satu-satu kepada lelaki itu. Dia salin masuk dalam phone book dia. Aku nampak business card dia. Aku pun minta izin untuk ambil satu. Maklumlah aku rasa ralat, sedang aku cuma masuk pusing-pusing kedai beliau tanpa membeli.

"Oh, boleh-boleh, tak ada hal." Aku pun ambil satu dan simpan dalam beg lampin anak aku. Maka terselit lah ia di situ selama dua tiga minggu.

Maaf, saya terpaksa curang.

"Jangan lupa berzikir, dan solat Dhuha, semua ni menjadi asbab rezeki akan bertambah, insyaallah"
"Baiklah, Sara."

Itulah dia Sara, dia memang selalu beri nasihat agama. Nampak macam orang religi. Insyaallah, Alhamdulillah, masyaallah tak lekang dari bibir. Sungguh, dia orang yang boleh dipercayai lagaknya.

Walaupun kadang-kadang barangnya selalu lambat dihantar. 

                                                        Maaf, saya terpaksa curang.

Aku terjumpa semula kad berwana ceria, dalam beg lampin anak aku semasa sedang menyusun isi beg. Lah, dah lama aku tak kelek beg aku rupanya. 

"Penjual alatan elektronik dan permainan kanak-kanak", tertulis pada business kad yang aku ambil itu. Ah kami masing-masing catat nombor, tapi tidak pula tanya khabar. Patutkah aku?

Ah, simpan dulu.

Aku letakkan kadnya di tepi komputer aku.

                                                        Maaf, saya terpaksa curang.

Perselisihan pertama aku dengan Sara. Sebab aku degil.
Sara suruh aku naikkan harga barang aku. Supaya lima puluh ringgit atas harga kos. Aku tak mahu. Sekarang kan pasaran tengah lembap, Sara. Logikkah buat begitu?

"Kamu akan bunuh pasaran dengan harga begini!" bentak Sara. Dia rasa seperti aku tak mahu mendengar katanya. Lalu ditulis pula panjang-panjang di dalam Mukabuku, dengan harapan aku membaca. 

Aku baca, aku fahami. Dan aku senyap.

Aku jumpa Iklan Sara di Mudah.my.
Dia menjual di bawah harga pasaran.
 
Harga yang Sara sendiri bangkang untuk aku jual.

Sara, kau nak bunuh kami? 

                                                      Maaf, saya terpaksa curang.

Hati kecil aku mengatakan kita tak boleh bergaduh dengan sesiapa, atas dasar networking. Sebab pusing-pusing situ juga. Tapi atas dasar networking jugalah, kita perlu buka sebanyak mana tali persahabatan yang kita mampu buat. Aku terfikir akan lelaki dengan kad niaga warna hijau itu. 

Patutkah aku?

Ah, tapi dia jual barang yang sama dengan Sara, simpan dahulu.

Tapi dia ada nombor aku kan? Kalau dia ingin hubungi aku untuk joint venture apa-apa, aku tak bolehlah menolak. Hehe

                                                      Maaf, saya terpaksa curang.

"Sara, kau ada barang ini? Yang warna pelangi." aku kirim ke Group. Group tertutup yang dibuat untuk perbincangan dengan Sara bersama rakan-rakan ejen lain.

Sara senyap sebentar.

"Tak, tapi ada yang ini, wana biru." Sara tunjuk gambar. Aku menggaru kepala. Pelanggan aku sudah bayar. Di kabinet aku terpampang satu item yang berwana pelangi. Tinggal satu saja. Satu lagi mana aku nak cekau?

dua
tiga
empat
jam.

Aku beli lagi sebuah item pelangi dari penjual lain. Pos ke pelanggan. Selesai masalah.

Sara tiba mengirim pesanan di Group.

"Hai semua. Ada ke yang duduk dalam ni bukan nak membeli, tapi, cuma nak banding harga dengan supplier lain?"

Hai...


                                                      Maaf, saya terpaksa curang.

Malam minggu.

Pelanggan memesan satu mainan elektronik. Sudahpun dibayar, tanpa menghubungi aku dahulu. Selalu macam itu, aduhai. Menggaru kepala lagi. Mana aku nak cekau!

Aku hubungi Sara. Sara tidak menjawab. Soalan orang lain, dijawabnya pula.

Sara merajuk?

Apahal, merajuk tak merajuk, urusniaga sudah berjalan.

Aku garu kepala. Aku mana ada lagi pembekal untuk barang ini!

Oh wait.

Abang kad niaga warna-warni tadi. Aku masukkan nombornya dalam whatsapp. Online.

"Hello, encik, encik dari syarikat Hadi Boys Toys kan? saya nak tanya barang ni ada?

*post gambar*

satu.
dua.
tiga.
detik.

"Ada yang hampir sama design. Besok saya hantar gambar." 

dua
tiga
empat
jam.

Sara mengirim gambar ke Group.

"Hai semua, boleh promo barang ini ya, tapi yang membeli dengan saya saja. /smile emoticon/"

/sarcastic smile emoticon/

Baiklah Sara. 

Maaf, saya terpaksa curang.

Thursday, 5 May 2016

Kerja kena kutuk, tak kerja pun kena kutuk. Baik jadi ayam Kepsi.

Haritu dalam Facebook, Elmielmo ada up status. Katanya ada seorang makcik datang premis makanan beliau, mengadu bahawa dia tidak suka anaknya bekerja di dalam premis makanan tersebut. Katanya anaknya telah membazir masa dengan bekerja situ. By the way, anaknya bekerja dengan rela hati di situ, dan dibayar 10 ringgit per jam. Amboi, tak sangka pula budaya helicopter mom dah berjangkit ke Malaysia!

Ok acah je, aku sebenarnya tak hairan pun. Banyak geng Gen Y mengalami perkara macam ini.
Diskriminasi ibu bapa terhadap pekerjaan si anak ni memang ada di mana-mana, contohnya di Jepun, semasa interview ada stage untuk mak bapaknya sekali. Ya, I'm not kidding. Mak ayah akan dijemput ke pejabat tengok macamana work environmentnya. Kalau mak ayah tak berkenan, mereka tak akan proceed untuk hire anak tu. Sebab mereka tahu kalau hire pun nanti kena pressure untuk tukar kerja/berhenti.

Di Malaysia, ada juga parents yang mengaku depan aku bahawa dia rela anaknya menanggur daripada bekerja dalam bidang yang dirasakan "menconteng arang" ke muka mereka. Eh, zaman 60 an dulu kerja yang menconteng arang tu kerja jadi call girl dan penari kabaret, dah lain pula ya zaman milenia ni--bagi mereka, "Lulusan Uni Canberra Australia takkan nak jadi fry cook kot?

Well.

Ini ada satu cerita dari aku. Ini makwe sekelas aku dulu. Dah grad, belum naik pentas lagi sudah dapat kerja jadi Pegawai Teknologi Makanan di satu syarikat makanan segera terkemuka. Bukan jawatan biasa-biasa, tapi jawatan di HQ yang di KL tu, bangunan berpuluh-puluh tingkat megah tinggi di kotaraya kosanostra kita tu (cewah ayat).

Tapi lepas diterima bekerja, kau tahu apa syarat majikan?

"Engko kena kerja kat outlet dulu, selama enam bulan."

Yes, tak ada kerja berbaju kurung dalam aircond untuknya. Dia dibawa ke satu outlet kecil di kawasan bandar. Jadi frycook goreng ayam dan burger. Berdiri berjam kat kaunter amik duit hulur duit. Deal dengan customer yang paling berbahaya- yang hangry- kombinasi hungry dan angry. Belajar tinggi-tinggi last-last bergelumang minyak panas bersalut maki hamun customer.

you know why? cause it builds character. Make you understand how things work.

Kau tahu macamana nak deal dengan orang. Kau tahu apa limitasi manusia dan apa yang boleh diatasi dan di-improve dengan lebih baik. Dan yang penting mungkin kau dapat korek sikit rahsia kejayaan company.

Itulah juga prinsip Jack Ma, pengasas Alibaba.


Eh bukan quote yang ni lah! (walaupun might give you a clue, huehuehue)
Tapi quote yang ini.

 "Before 20 years old, be a good student. If possible, get some work experience. Before 30 years old, follow somebody.. work for a smaller company."

"Before 30 years old, it's not which company you go to but the boss you work for. A good boss will teach you a lot of good things."

"In next ten years, you have to think clearly and work for yourself. Think if you want to be an entrepreneur."

"Between 40-50 years work on things that you are good at. Don't jump into a new field."

"When you are 50-60, work for young people because they can work better."

"When you are over 60 years old, take care of yourself. Have fun!"

Ini antara sebabnya masa aku grad dulu, aku ada kerja kejap dekat retail outlet dan juga jadi kerani pejabat. Penat tak payah nak cerita la. Tapi honestly memang banyak engko belajar bila duduk di bawah. (Espacially masa aku jadi kerani. tu. peh, macam-macam krisis aku tengok diorang handle, tu belum lagi aku jadi bidan terjun bab tender, HR, penggajian, accounting dan jaga stok--terima kasih kepada pekerja wanita yang rajin beranak. LOL). Dengan kerja bermula dari bawah, ilmu yang penuh masuk kepala tu, boleh jadi bargaining chip untuk dapatkan kerja yang lebih elok. Tak pun start kerja sendiri.

Itulah silapnya mak bapak helicopter ni. Dia nak start dari enjoi dulu. Padahal enjoy tu last sekali bak kata Jack Ma. Lepas tu bila anak dia umur 30-40 masih tanam anggur di rumah tau pulak dia malu ke jiran-jiran. kih kih kih.

Mostly aku rasa kaum middle class yang fikir macam ini. sebab inferiority complex tinggi kan. Lower class got nothing to lose, readh je. Upper class, depa tahu ni build character. 

Ada seorang Datuk (yang rajin funding sekolah kami dulu) pernah kata, anaknya dia paksa kerja restoran. Bukan sebab takda duit tapi nak suruh dia belajar nilai duit. Last time aku jumpa anak dia, dia ada restoran berkonsep di Bangi. Sedap pulak tu.

OK dah I made up my mind. Anak aku pun aku nak kerah bekerja keras ni!

Anas, burger satu!