Thursday 30 June 2016

Sayang anak tinggal-tinggalkan, sayang isteri tangan-tangankan. Eh!

Context: Ada orang post haritu, tentang dia jumpa laki bini yang sibuk makan buffet. Bila ditanya mana anak, katanya tinggal kejap dengan mak sebab dah leceh bawak budak masuk buffet.

YES . I AGREE WITH YOU KAK DI.

Ada taboo dalam masyarakat sekarang, terutamanya dalam voluntary stay-at-home moms, yang geng yang suka tinggal anak ni geng yang tak menghargai rezeki anak diorang, aka geng mak tak guna. Well, while there are real mak tak guna in town (aka yang tinggal anak BERBULAN dekat mak ayah tapi dia perhgi jolikatak dengan boipren baru tanpa bagi sesen pun nafkah), there's a reason why sometimes omputih selalu tinggal anak dgn pengasuh/mak ayah. Dan dating makan berdua laki bini:

1) nak ambil balik mood romantik macam zaman couple dulu.

 Ni tidak, dah lima nam tahun kawin hari-hari tengok muka sememeh baju kelawar baukari papukari dengan sudip di tangan, kunyit di jari. Yang lelakinya pulak bangun pagi pi kerja, balik rumah penat tertido besok bangun pi kerja balik.

Hujung minggu keluar rumah pun shopping kira habis dating lah tu padahal dari lima jam shopping, empat jam setengah duk tangkap anak lari simpang siur celah Tesco macam polong. Pegang tangan pun lebih kurang namblas saat sebelum anak sulung penampo anak bongsu lepastu start balik mengamuk.

Cukup lima rembulan tak dapat kasih sayang laki, si bini pun bukak post dalam grup Fesbuk. "Salam warga KRT, apa nak buat jika lelaki kita tak beri perhatian pada kita??!!" Siap extra tanda seru kot nak tunjuk superwoman dah jadi supermarah kan.

2) nak discuss hal ehwal rumahtangga dalam keadaan tenang. 

Lagi-lagi anak dah pandai mendengar dan menjawab. Nk cerita pasal tambah adik ka, tukar karier ka, pindah rumah ke, ada budak kat sebelah konpem dia tumpang sekaki dengar lepastu tambah pendapat sendiri. Dari benda boleh setel sejam terus jadi tiga jam setengah.

Nak cerita pasal perancangan untuk anak-anak tu pun, baiklah cerita tanpa mereka di sisi. Ni tidak nak cakap pasal pergi KFC pun kena eja Kap Fah Ca Ya depan-depan takut anak daripada duduk tenang terus melompat histeria.

Budak-budak. Kau fahamlah macamana. Tidur nak sekali, kalau tak meraung. Makan nak kena duduk tepi, biarpun tak mau disuap, kalau tak dia flip pinggan tu ke lantai tak pun pergi sorok bawah kerusi. Kita memasak di dapur pun dia join sekali bukak tutup peti sejuk macam chef tengah cari basil. Pergi toilet pun nak join, kalau tak meroyan. Wajib OK budak-budak ni tengok engko memerut. Apa ke best nya tengok orang memerut pun aku tak tau, siap senyum simpul tangan ke ke belakang macam YB memberi ucapan. Pelik nau budak-budak ni kadang.

Yang peliknya si pengkritik semalam pun tahu "anak kecil memang lasak". Dah tu kalau kau faham, apa alasan kau? Adakah bajet kau boleh kawal semua anak-anak kau? Atau kau jenis hauk jugak lantak la nak meroyan menyepah tempat orang, bawak jugak pi candlelight dinner, gitu? Nanti pergi honeymoon kat hotel macamana? Satu bilik ke? Camana nak beromen hanimun? Suruh anak-anak masing-masing mengadap TV sambil buka hotel channel ke? Dahlah movie hotel tak sedap! Balik2 movie sepuluh tahun lepas yang rambut pelakon pun masing-masing macam Rosmoh.

Oh ya, korang tak pergi honeymoon. Good luck.


Ya, Anak ditinggalkan dengan orang lain. Bukan tanda kita merasakan itu "bebanan". Kalau bebanan dah lama kena tinggal depan Rumah Kebajikan macam korang tinggal kucing depan Gerai Pokdin. Tapi sebab sekali-sekala kita mahu rasa ketenangan. Rasa macam manusia. Kalau 365 hari 24 jam fikir pasal si kecil, apa salahnya satu hari fikir pasal kita. Masa ni la nak fikir hala tuju diri sendiri. Nak buat refleksi diri. Nak tegur menegur luah rasa hati. Nak cakap terus terang dengan hati sendiri. Kita hari-hari rawat orang, kita lupa kita perlu satu hari untuk rawat diri sendiri. Satu hari, pun cukuplah. Kalau lebih dua tiga hari pun lagi best, Alhamdulillah. Bila balik makin rasa segar bugar macam kelahiran semula. Percayalah.

Sayang kita pada anak tu tak berkurang biarpun hari kita dengan dia berkurang satu hari, dua hari. Kita rasa begitu sebab pandangan orang. Ye, pandangan orang yang nokharom. Padahal dalam hati kita ada budak-budak tu. Dalam wallet ada gambar budak-budak tu. Dalam handphone wallpaper gambar budak tu. 
 Kalau berborak sebut juga nama budak tu. Kalau on the way balik nampak kedai kek ke kedai hadiah ke mesti ada teringat diorang, nak bawak balik sikit buah tangan. You tell me, tak ada rasa sayang ke tu?

*********************

Haritu, aku tetibe rindu masjid. Well, kalau kau nak tahu, bulan Ramadan ni sekali pun aku tak terawikh, kecuali satu hari. Sebab tiap hari pumpang pumpang siapkan anak siapkan makanan kemas rumah. Last2 aku tinggal anak dengan laki aku dan mintak izin terawikh di masjid yang aku dulu selalu lepak, for old times sake. (OK. korang boleh cakap pasal tak terawikh di rumah je macam post fesbuk yang viral tu? Wel...solat maghrib pun kena tarik kain kena baling barang kau rasa boleh complete terawikh 8 rakaat ke dengan budak umur 18 bulan gini?) Bawak gi masjid? Tah, tak sesuai lagi. Masjid aku bukan ada babysitter macam masjid hangpa.

And then aku pergi terawikh buat satu hari. Pertama kali dalam dua tahun. Sebak aku masa solat. Sebab pertama kali aku boleh concentrate. Baca AlFatihah sampai habis tanpa kain kena selak. Rukuk  tanpa terlanggar budak berlari-lari. Sujud tanpa perlu risau "bunyi apa gedengang belakang tu? anak aku jatuh ka?"  . Full, terawikh sampai solat witir aku setel. Dah lama tak feel macam tu.

Sekarang aku tengah fikir, mana nak letak si kecil ni (selagi dia belum ada kemahiran duk diam ataupun selagi takde tempat khas budak dalam masjid sini) supaya aku dapat solat dengan tenang. Rasa nak tinggal lagi dekat orang supaya boleh solat. Boleh bercakap dengan Allah betul-betul dengan penuh penghayatan.

Jahatkah aku?

Jahatkah aku, lagi-lagi kalau laki rela jaga. Adik rela jaga. Atau si mak mertua/mak sendiri pun rela hati menjaga si kecil sebab rindukan cucu.

PS. Takut nak susahkan mak ayah tinggal anak dengan diorang? ada group babysitter dalam FB ni. Orang offer jadi babysitter partime, sometimes student pun ada offer untuk mak pak pi dating. Ambil peluang.

Thursday 9 June 2016

Murtabak Bawang dan Param Param Param!


Aku selalu bernasib malang dengan murtabak.
Ada satu tahun, terbeli murtabak perlis (tak ada kuah kari).
Ada satu tahun lagi, terbeli murtabak ayam tak ada ayam. Bawang dan telur je lebih.
Ada satu tahun, tahun ini...tak ada langsung kedai murtabak.

Asipo mengadu pada aku, param area sini sudah tidak ada murtabak. Semua makanan siap (nasi berlauk, mi goreng, bubur, yang macam tu lah), desserts, kudapan, susah nak jumpa.

Jadi semalam, aku buat murtabak sendiri. Aku cari resipi online dan jumpa satu resipi dari blogger yang banyak komen best. So aku ambil yang itu. Langkah-langkahnya:

  1. Adun bahan jadi doh
  2. Uli doh
  3. Rest doh tu sekejap (10 min untuk gluten katanya)
  4. Uli lagi
  5. Rest lagi 2 jam
  6. Lepas tu siapkan inti daging
  7. potong bawang, halia, tumbuk rempah
  8. masak bawang dengan rempah dan ayam cincang, tabur sikit serbuk kari
  9. masak sampai kering lepastu sejukkan
  10. selepas 2 jam, keluarkan doh dan canai
  11. masukkan inti murtabak
  12. masak atas api

Selepas selesai sepinggan murtabak, aku cukup mengah. Pergh, dua jam kau tau. Lepas selesai buka puasa, aku dan Asipo kekenyangan, aku lap peluh dan berjanji mau respek lebih sama peniaga Param yang meniaga secara jujur.

Aku punya penat, boleh terus tidur pukul 10. Itu baru dua jam aku buat, untuk tiga keping. Kalau seratus, dua ratus keping doh? terpeleot tangan aku cakap. Masak inti lagi.

Tu belum lagi cabaran masa canai. Kau kena canai senipis yang boleh, tapi jangan terlalu nipis sampai terkoyak. Kalau dah kalau nipis memang koyak la kan? macamana kedai tu buat aku pun kagum. Pastu bayangkan masa isi inti tu terkoyak la pulak murtabak. Memang GG lah sebab doh dah bercampur dengan inti. Pandai-pandai la kau buat tampal-tampal.

Oh ya, kau tahu tak, satu paket Ramly ayam cincang tu boleh lepas tiga keping murtabak ayam je! Itu kalau betul-betul ikut resipi. Satu paket Ramly tu RM8. Bahagi tiga dalam dua ringgit lebih se-murtabak. Nak factorkan dengan bawang dan telur dan kos buat doh (oh ya doh dalam 1/2 paket tepung aku guna haritu) dah berapa? Sah-sah lah dalam RM5.

Lepas masak tu aku terfikir, kalau ada peniaga murtabak yang inti penuh, cukup sifat, bersih, RM6 pun aku sanggup bayar. Memang nilai bahan mentah kalau kau kira kurang dari tu. Tapi skil yang kau polish bertahun tu, tenaga yang kau kerah tu, orang lain tak mampu nak celen (at least bagi aku la). At least terbayar la keringat kau. Dengan berpanas berhujan nya lagi, tol minyak van dan sewa tapak lagi...

Orang lain lenggang kangkung balik pejabat datang gerai kau tengok mahal terus cop kau buat pencatutan, main harga. Masa Kepsi/McD markup harga set buka puasa diorang tiap tahun depa bising tak?



Monday 6 June 2016

Tales from daily sales #7 - Orang nak berniaga dia pun nak berniaga.




Pagi-pagi begini biasanya aku dibangunkan mesej dari customer. Biasanya untuk double-confirmkan stock apa yang ada sebelum mereka beli, sebab aku nyatakan macam tu dalam page shopee aku. So dapatlah perbualan begini harini:

"Sis ada stock tak?"




 Oh, begitu.




dropship rupanya.
well, memang kadang-kala ada juga dropshipper yang buat macam ni, tapi biasanya sebab dia ada supplier dan dia tengah cari backup supplier in case supplier tu habis barang. 

Tapi...ni terus upload ke FB?
Meaning aku ni macam indirect supplier kau?
Adakah kau tak ada supplier dan tengah cuba menjual barang untuk untung atas angin.
Kenapa tak cari supplier yang legit? bukan ada bayaran pun kadang-kadang?
Barang ni pun, aku datang sendiri kedai tu beli borong. Kenapa kau tak buat benda yang sama?

Lagipun, bahaya main atas angin camni. Dibuatnya kau jumpa seller scammer camana. Habis burn duit customer kau. Kau pula yang kena ganti. Customer pulak cop kau dishonest. Menangis wei.

Nasihat sikit.

Kalau boleh sis, sis dan bro yang baru nak mula meniaga ni, carilah dropship/supplier yang legit. Turun padang, tengok kedai dia, tengok pejabat dia. Jumpa taukeh dia. Kalau jauh sangat pejabat dia, simpan direct phone line opis atau whatsapp dia pun jadilah. Kalau ada problem tetengah malam boleh la call (aku la tu, luls). Paling penting, kau tahu siapa dia dan dia tahu siapa kau.


Itulah macam Fdaus Ahmad cakap, tiba-tiba bulan puasa ni terus nak up barang meniaga. Padahal sebelum ni semua sales pun tak amik tau.

Wednesday 1 June 2016

Tales from Daily Sales #6 - Tentang harga

Semua gambar produk aku letak harga. Hang lagi mau PM suruh calculatekan total price.

You see, lately aku ada masalah dgn login sebuah webpage supplier ni. So bila tak dapat login aku pi jelah supplier aku lain dan anggar harga dari situ (barang pun sama, anyways) + anggaran berat parcel pula aku dapat dari citylink sebelah rumah (biasa supplier pakai Airpak).

Bila aku tercalculate harga terlebih seplohinggit engko tanya balik "eh dalam iklan tadi cakap harga blablabla"

Oh baca jugak la iklan / details produk aku. Ingat tak baca. 

Jadi apa expectation hang bila tanya aku aku harga kat PM ek? Harap aku tersalah bagi harga kurang ke? Ingat nanti bila harga tu kurang hang boleh cepat2 bank in duit dengan harapan "yeaaa aku dapat kencin ini seller, padan muka depa"

Ada haritu kes lain pulak, aku pernah terkira salah. Total barang dgn pos patutnya RM55, tapi aku taip jadi RM50, maka terkurang RM5. Buyer tu siap sindir balik. "eh singgit je keww harga postage?"

Nak je jawab eh salah kira la sebenarnya RM55 la, TQ ingatkan!

Tapi kerana nak tunjuk baik aku cuma cakap "diskaun lah sis, combine postage"

Aduh pembeli. kurang tak boleh, lebih tak boleh. OK lain kali aku terus kasi akaun number je. engko pandai2 la korek product album cari harga total sendiri, OK?

Malas!