Wednesday 12 April 2017

Hartanah Songlap

Semasa melepak rumah mak aku tadi, dia ada cerita sesuatu yang menarik. Rakan sekerja dia, ada memiliki satu rumah sewa berhampiran Universiti X (rahsia, bukan Uni aku ya). Masa dia mencari penyewa baru haritu, dia dihubungi seorang pelajar Uni X, katanya nak menyewa.

Bila ditanya, pelajar tu mengaku bahawa rumah itu bukan untuk diduduki, tapi untuk diicari untung. Basically, dia sewa rumah, cari penyewa baru untuk masuk, dan markup harga tinggi sikit.

Maknanya, sewa atas sewa. Katanya, dia dah dapat beberapa buah rumah sewa untuk diniagakan dengan cara begini.

Aku risau sebenarnya. Aku harap benda ni tak menjadi trend, sebab bila dah sewa atas sewa, maknanya kadar harga rumah sewaan pun akan semakin naik. Dahlah ramai yang tak mampu membeli rumah, nanti di masa depan pula, ramai yang tak mampu menyewa.

Janganlah game-kan keperluan asas beb.

"Saya tak mahu beli lagi dah"

Industri kosmetik tempatan kita umur dah lebih sedekad. Patutnya dah boleh pergi antarabangsa. Serupa industri buku indie; pun berapa tahun je, dah boleh import buku anak tempatan ke luar negara.  
Tapi malangnya, industri kosmetik kita ni, sudah tembak kaki mereka sendiri. Bak kata orang putih "Shooting themselves in the foot". Orang dulu beli kosmetik kerana sayang dengan produk anak tempatan. Nak beri peluang produk tempatan naik. Nak tolong kawan-kawan yang sama berniaga. Nak mempercayai jaminan yang mereka beri bahawa semua bahannya "bahan asli turun-temurun". 

Tapi founder tamak. Cakap letak temulawak. Cakap letak kunyit. Tapi dalam diam letak hidrokuinoin, tretinoin. Paling caharam, krim tak buat sendiri pun, beli timbang je dari luar negara, lepastu repacking dalam bekas cantik. Bila kita kena side effect, bising. Tak mahu mengaku. Kata kita rosakkan bisnes dia. 

 Dan akhirnya, sekarang, dah ada golongan pengguna yang tak mahu dah sentuh dah kosmetik tempatan. Gerakan "Anti kosmetik buatan Malaysia". Lagi rela beli dari US daripada sentuh yang Melayu punya. Sebulan tunggu shipment pun tak apa. Asal tested selamat. Sedih kan? Sedih. Kesian yang baru nak berjinak-jinak dalam industri kosmetik tempatan, kena struggle nak dapatkan trust pengguna balik. 

 I don't know. Mungkin lepas ni pengasas kosmetik perlu fikirkan lebih sikit tentang kebajikan pengguna, bukan kebajikan dan keceriaan rumah banglo yang kesepuluh anda beli tu. 

 Ni nasihat untuk anda.

Tuesday 11 April 2017

Serang Sama Syria

12.4.2017.

Harini netizen US bising sebab Jurucakap Trump membandingkan antara Assad dan Hitler dengan ayat "At least Hitler tak guna senjata kimia k"
-Hitler memang ada pasukan saintis khas yang kaji / buat senjata kimia. Yang banyak masa tu gas Sarin, Tabun. Dan paling femes jangan lupa, Zyklon B.  <-- ni cyanide versi gas.

-Gas chamber memang wujud dah zaman Hitler masa dia bina concentration camp. Sarin gas dia pakai, kalau tak silap. Satu yang scarynya pasal Jerman- sampai sekarang ni- memang jenis masyarakat yang efisen. Apa kerja pun dia fikir cara mana paling cepat dan paling banyak hasil. Dan dalam kes Nazi ni, fikiran dia berkisar kepada cara yang paling cepat dan paling banyak untuk bunuh orang. Oh ya, bunuh "bukan orang", sebab dia anggap mereka tu bukan orang walaupun rakyat dia sendiri.

Jadinya, bilik dibuat khas tanpa tingkap, cuma ada paip laluan kecil, tempat dia tuang Zyklon B. Tuang la sampai tawanan mati. Tapi bak kata saksi, meraung-raung jugak la orang kat dalam selama 20 minit. Dua puluh minit pun dua puluh minit la, apa diorang kisah, terus guna juga cara ni.  Alasan masa tu sebab nak jimat peluru. Lagi tahi lepas mati tu mayat kena check satu-satu, kalau pakai barang kemas atau gigi emas, semua kena cabut, buat balik modal. Ya, barang kemas, maknanya yang kena bunuh tu kebanyakannya perempuan. Dengan anak-anak sekali.

-Oh ya, penyokong Trump cakap Hitler tak pakai di medan perang, sebab dia sendiri pun pernah kena Mustard Gas masa Perang Dunia Pertama dulu. Tapi nama pun orang gila, lama-lama dia termakan hasutan pegawai dia juga. (Tak percaya pergi cari video lama Hitler hadir Olimpik. terketar-ketar sebab dia dulu rajin ambil meth). Anyway, selepas dihasut para pegawai dia yang kata "Khabarnya orang Allied pun ada banyak gas beracun, kita takkan tak ada kot?) Maka, dia naikkan production sarin dan pakai juga masa perang. Battle of Kerch, contohnya, di Crimea. Tentera Red Army dengan Nazi dah berperang tiga bulan lebih. Ramai dah terbunuh tapi ada "baki-baki yang degil" katanya. Oh ya termasuk juga penduduk yang lari masuk dalam kuari / gua. Nazi malas nak serang lagi dah, bazir masa katanya, baling jelah gas beracun. Hanya beberapa orang je yang hidup. 

Pakkal je masa tu, dia tak pakai dekat Battle of Normandy, sebab saintis dia tak dapat cara nak buat gas mask untuk kuda yang nak angkut Sarin dia bawak pergi medan perang. 

Jadi Sean Spicer, dan mungkin para politikus yang akan datang-- janganlah compare sesiapa dengan Hitler. Dia punya gila tahap kalau setan tengok, setan pun give up. Assad ni pun, aku tak cakap la dia baik ke apa. Dia pun serupa diktator juga.

Cuma beza diktator kejam dulu dan sekarang ada satu je - funding. Kalau banyak funding satu dunia dia boleh licinkan.

Tahu?