Wednesday 24 May 2017

Etika dan tips ketika membuat pre-order

Beberapa hari lepas, ada seorang rakan mengadu, bahawasanya dia telah membeli suatu makanan import dari luar negara. Dijangka sampai akhir bulan April namun kini sudah hujung bulan May, barang tidak kunjung tiba. Apabila seller mendapat tahu dia mengadu, dia dimarahi pula.

Sebagai seorang yang selalu buat pre-order dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, mungkin aku boleh bagi sikit pandangan mengenai cara dan etika mengendalikan pra-order. Terpulang pada kau mau dengar atau tidak, cuma ini pendapat aku saja. So far preorder aku kurang masalah, atau kalaupun ada masalah dengan item, aku berjaya selesai dengan baik tanpa diberi rating rendah oleh customer tersebut. (dengan famili, kawtim saja lol). Jadi sesiapa di sini peniaga, mahupun kaki shopping yang nak jimat kos dengan tong-tong transport bersama kawan, ini perkara yang perlu anda ikuti:

  1. Beritahu barang pre-order tu macamana - ada di antara seller tak cakap bahawa barangnya adalah preorder. Bila sudah dibayar, baru bagitahu pre-order. Seharusnya jika ini berlaku, tanya customer samada mahu tunggu atau pulangkan wang. Mana tahu, dia memerlukan barang tu segera. Oh ya, beritahu awal-awal jangkaan tempoh ETA barang. Ini penting atas sebab yang sama. Kalau aku biasanya lebihkan sikit ETA takut ada masalah. Dan kalau lagi awal sampai customer lagi suka, ye tak?

  2. Preorder seharusnya lebih murah dari retail -  Ini pendapat aku sahaja. Jadikan harga sebagai "reward" untuk orang yang bersabar. Lagipun kalau harga sama macam di kedai, baik beli di kedai kan? (disclaimer: kalau barang tu tak ada di Malaysia atau sentiasa habis stok, mungkin boleh harga sama seperti retail. Ini kerana bagi customer, mempunyai barang yang "rare" atau "limited edition" sudah cukup "reward" bagi mereka)

  3. Pilih opsyen transport yang betul - ada website, macam website jepun aku shopping hari tu - ada both kapal terbang dan kapal laut. Ada yang kapal terbang saja, ada yang kapal laut saja. Fahamkan mana yang sesuai untuk barang anda. Contohnya benda bermagnet dan berbateri tak boleh bawa naik kapal terbang kargo. Barang dengan saiz kecil sesuai untuk kapalterbang. Begitu juga barang yang cepat expired seperti makanan atau haiwan hidup perlu dibawa masuk segera. Tahukah anda seafood selalu mahal sebab bawa naik kapal terbang? Itulah pasal kadang-kadang kedai seafood banyak tepi airport. Oleh itu, janganlah makanan perishable bawa pakai kapal laut. Kalau sangkut kat kastam expire macamana? Sampai customer jadi cendawan? aiyokk. 

    Ada satu hari di bulan May ni, laki aku minta carikan barang. Online shop tempatan ada buat preorder. Aku tengok harga dan tempoh dia, aku banding dengan harga dari website negara asal. Rupanya dia ambil shipping laut yang paling murah, dan aku syak yang option tanpa insurans. Kalau calculate memang dapat yang tu. Apalagi menyirap la aku lalu aku suruh laki aku jangan beli dengan yang tempatan ni. Tau la barang bukan makanan, tapi mana tau pecah dan hilang. Ambillah insurans.

  4. Dapatkan tracking number barang- Kalau anda urus pre-order sendiri, ini no-brainer. Tapi kalau jenis buat dropship atas dropship atas dropship, kalau boleh dapatkan dari supplier. Kalau tak bagi tracking pun paling kurang bagi screenshot item sekarang di mana. Oh, ini berkaitan dengan poin seterusnya iaitu-- 

  5. Sentiasa update tentang keadaan barang - sekarang di port mana? docking ke belum? ada di kastam? menunggu boarding cargo? dan sebagainya. Cara yang paling baik ialah guna tracking app, seperti AFTERSHIP yang aku setia gunakan sampai sekarang. AFTERSHIP ni akan tracking barang dan buzz anda kalau barang ada update, tak kiralah tracking number China, UK, US, Malaysia, Jepun....semua ada!

    Ini penting, sebab kadang-kala masalah barang akan ditulis di tracking. Sangkut di kastam? Ada di tracking. Masalah dengan kapal? ada di tracking. Ditahan di depot courier? Ada di tracking. Destinasi salah alamat? Ada di tracking. Dengan ini, masalah boleh tahu lebih awal.

  6. In-contact dengan pihak transport - kalau pihak transport tu dropship atas dropship anda, tak dapat den nak nolong. TAPI, kalau anda sendiri yang uruskan, TOLONG, TOLONG sentiasa update. Aku dulu, check hari-hari update barang (well sekarang pun sama haha). Ada pernah barang lambat sikit dengan kastam, tanya punya tanya courier, dia cakap nanti setel 2-3 hari ni, sabar cik. Memang betul setel dalam 2 hari. Ada pernah sangkut sehari sebab berat terlebih dari dinyatakan, lepas bayar zupp dia proses naik kapal.

    Sekali tu, barang sangkut dua minggu kat cargo hold airport.  Aku pelik kenapa. Lepas contact courier, cakap ala ayam itik sikit, baru aku tau panjang packaging melebihi had kapalterbang cargo (padahal barang tak besar mana, supplier bagi kotak besar). Nasib baik tahu awal, minta courier return barang ke supplier, dan contact customer pulangkan duit. Tak ada la teriak customer tu menunggu barang tak tiba sampai sebulan ya!

  7. Jujur dengan customer - ni paling penting. Maaf la cakap, kasar-kasar aku pun, angin dengan customer dari neraka pun, aku jawab dengan dia dalam fon, chat atau dalam whatsapp, secara bersopan. Secara formal. Kau rasa aku maki customer depan-depan? Tak adanya...kalau ada dah lama viral.  Ni untuk survival jangka panjang bisnes jugak. Biar rugi duit asal tak rugi malu.

    Customer bising-bising barang lambat sampai, barang rosak, sampai design tak sama. Jawab baik-baik. Memang hak dia nak tanya. Ya, sakit hati sedikit kalau dia selalu tanya. Biasalah tu. Tapi jawab juga baik-baik. Macam kak Di (Fleur by Ms Him) pernah cerita zaman meniaga tudung importnya dulu. Barang sangkut, satu, satu customer dia email cerita. Yang baik hati suruh teruskan ada, yang minta refund tang tu jugak pun ada. Kena marah, aku imagine, mesti ada punya. Aku faham juga, letak diri sebagai customer--barang kita tak sampai, atau sampai lain macam--mesti marah kan.

    Pernah sekali terjadi kat aku, barang preorder sampai patah riuk. Supplier bangang tak bubble wrap. Aku agak dah mesti customer marah punya. Aku snap gambar dan bagitau jugak dia pasal tu. Aku expect kena maki. Sekali....

    "Nanti next shipment bagitau ya. Saya memang nak design ni."

    Allahu.

  8. Jangan angkuh - Ni yang last dan paling penting. Jangan 100% SURE yang barang tu sampai punya kat tangan kau. Aku kalau paling yakin dgn shipment tu, nanti ada la jadi Tuhan nak tunjuk. Contoh bulan lepas, barang belum sampai aku dah gebang. Sekali tracking number 4 hari tak jalan. Konfem la tu ada problem. Adudududu. Terpaksalah mintak refund. Nasib baik dapat supplier backup, lambat sikit la 2 minggu tapi sampai jugak ke tangan customer.

    Ingat, customer tu kira tolong kita la tu kerana sudi ber-pre order. Sebelum ni, seller kena keluar duit sendiri dulu, beli barang, barulah letak di kedai. Itupun gamble jugak tengok kalau ada yang membeli. Sekarang risiko dah bahagi dua - seolah customer keluarkan duit modal bagi pihak kita. Dia tolong pegang risiko kita dengan tampung perbelanjaan kita. Jadi duit yang ada boleh rolling-rolling bayar benda lain pulak (or bayar vacation kau ke PD, if that's your thing). Jadi kalau boleh value lah sistem preorder ni dan kekalkan integritinya. Kalau ramai seller buat preorder secara sistematik, efisen, dan jujur, lebih ramai lagi orang akan percaya kepada pre-order.

    OK itu saja dari aku hari ini. Kalau kau suka, sila share. Kalau tak suka, pun share dengan group gosip whatsapp kau. Kakaka. OKBAI.



kemalangan

Tengahari tadi, setelah pulang dari Putrajaya dan menghala ke rumah, aku terlibat dalam pelanggaran.



Tak tahu kenapa, brek aku tak respons maka aku bertembung dengan sebuah Kembara dari belakang di traffic light. Bayangkan, aku nampak kereta di hadapan aku sedang statik, tapi berapa kuat aku tekan brek pun kereta aku tetap meluncur. Maka melompatlah Kembara itu kena cium dengan aku.

 Aku keluar, dan pemandu Kembara itu keluar, seorang Makcik Cina bermuka risau. Dia bertanya kenapa aku langgar dia sedangkan dia dah berhenti. Aku cuba menerangkan tentang keadaan aku.

Namun belum sempat aku habiskan ayat, seorang brader Wira Putih berhenti di kiriku. Berbaju stailo dan berambut pomade, beliau terus bersuara gaya abang-abang.

"Makcik! Lu punya salah la, apasal lu berenti? Boleh kot jalan tadi!" Makcik tu berubah wajah. Daripada wajah risau kepada wajah marah. Dia jawab sepatah, si abang tadi sambung jawab marah-marah. Member makcik tadi keluar kereta, dengan telefon. Aduh, tak boleh ni.

"Makcik! makcik! kita cerita tepi la! Orang nak jalan ni!" aku menyampuk. Makcik tu menangguk lalu masuk kereta. Aku suruh brader tu gerak. Aku drive ke tepi jalan dan parking, bersama Kembara itu. Nasib baik jalan yang kami tuju tu terlalu sempit, maka brader Wira Putih tu pun terpaksa blah.

Bila makcik tu keluar kereta. Aku terus minta maaf. Barulah aku dapat cerita mengenai brek kereta aku yang tak makan. "Oh ye ke," kata makcik tu. "Bukan apa, I risau you. I tak ada apa (tunjuk nombor plat yang patah dua) I terkejut saja. Tu you drive bawa anak, what if you langgar lagi teruk, anak u kena wooo" "Ya makcik, saya minta maaf ni, saya dah brek habis dah. Dari jauh saya nampak makcik berhenti. Tapi langgar jugak. Nasib baik la OK. Tak pe la makcik, kita tukar nombor phone sekarang. Nanti lepas repair kita contact semula."

Makcik tu dari marah jadilah bertenang. Kalau tadi sibuk membebel dengan membernya yang bawa telefon, sekarang borak pula dengan aku. Siap cakap mekanik dalam pekan ni ada yang tak boleh pakai punya kuat tipu, sila cari mekanik lain. (LOL)

"Ah I lega sebenarnya." kata makcik tu dihujung perbualan.

"Kenapa?"

"Lelaki tadi tulah. You Melayu, I Cina. Dia macam nak..." makcik tu tak habiskan ayat.

Aku faham. "Takpe makcik, ni memang salah saya pun, kereta saya problem." Well makcik, aku pun lega sebenarnya. Sesungguhnya aku rasa ralat kalau aku dipertahankan atas nama "geng" biarpun salah.

Aku tahu ramai orang percaya kepada sentimen "aku geng kau, maka aku kena defend kau." "Kau geng aku, mesti kau baik punya orang." Kalau kebetulan ahli 'geng' kau baik, ok...tapi kalau sorang perangai hauk cilake batu api acane?

Defend jugak? Lepastu bila gaduh kawan kau tu jugak that will throw you under the bus. "Camni la Melayu bla bla bla." Harey betul.

 Bak kata Nabi S.A.W kepada sahabatnya Abu Dzarr. Berkatalah yang benar biarpun pahit. Sebab kan, rasa pahit tu sekejap saja. Kalau geng kau salah, tegurlah, cakaplah dengan jujur. Minta maaf kalau perlu. Lepas itu, aku yakin, kau akan rasa lega.

Panjang pulak cerita, ni kedai mekanik belum google lagi. Baiklah aku beransur dulu. salam Asar semua.