Tuesday 30 August 2016

Tales Fron Daily Sales #9 : Shut down

Malas nak cerita panjang-panjang. Cuma, biarlah screenshot berbicara. Kehkehkeh.

EDIT: terpaksa edit semula utk buang nombor telefon. Mana yang simpan nombor dia tu diam2 sudah. Korang jangan ngorat dia plak!



Kemudian, dia rekues item branded. Intex. Kalau nak tahu intex ni brand amerika. Sepuluh ringgit tu memang tak dapat lah. Tak caya tengok dekat Amazon.



Masalah orang kita. Impian besar, tapi dalam tangan apa pun tak ada. Maka akupun ignore. Selepas itu ada hal di group whatsapp lain pula, jadi pembeli ni terabai sebentar. Dalam diam tu tak sangka pula dia begini.






Esok harinya, dari subuh ke petang meratib.

Dan berlangsunglah ia selama seminggu.

Ya, seminggu, tak percaya?

Satu lagi yang tak percaya ialah, aku ada masalah shutdown yang kronik. Shutdown di mana, pada masa-masa tertentu dalam setahun, aku takkkan bercakap dengan orang. orang akan call, mesej, teks aku dan aku akan baca tanpa jawab.

Aku tak tahu kenapa. Tapi memang hidup mati pun aku akan baca tanpa jawab. Tak kira la kawan atau famili. Macam aku hilang vokabulari untuk menulis. Kadang bukan setakat penulisan, malah IRL dunia sebenar pun aku tak bersuara. Pergi post office pun aku sengeh hulur borang konsainan, pastu sengeh lagi hulur duit. Pastu ambil resit dan blah balik rumah. Masuk cengkerang kata orang.
Teruk bukan?

Kepada akak pembeli ni, kalau ada terbaca post aku ni, aku nak cakap, jangan kecil hati. Kalau kawan baik, sedara mara, pun aku boleh ignore, apatah lagi stranger kan?

Warkah buat anak kelas atasan, dari anak kelas pertengahan

Wahai gadis dari kelas atasan, aku kesian pada kamu.
Apalah ruginya kamu!

Eh, bagaimana agaknya orang kaya boleh rugi? Bukankah dia ada segalanya?
Petik jari, mintak uang, ibu dan bapa, semua diberi?

Entahlah, bagi aku banyak ruginya.

Rugi,
kerana tidak dapat merasa nikmat berfikir.
Fikir bagaimana hendak mengumpul wang untuk barang yang diingini.
berfikir, "apa perlu aku jual, apa perlu aku buat,
untuk mendapatkan duit sebanyak sekian-sekian?"

Rugi,
kerana tidak dapat merasa nikmat
excited, melihat tabung yang penuh,
lalu, dengan tabung penuh itu dikeluarkan satu-satu isinya, dimasukkan ke dalam bank,
untuk disimpan buat faedah masa depan,
atau dibawa terus ke kedai mainan, kedai hadiah,
untuk membeli apa yang diimpikan.

Rugi,
kerana tidak dapat melihat mainan kesayangan,
lalu menghargainya sepenuh hati,
kerana setiap inci mainan itu kita tahu
dari mana asal hasilnya,
kakinya mungkin dari wang hasil jualan Selasa,
tangannya mungkin dari wang kumpulan hari Rabu,
dan matanya mungkin dari wang tebusan hari Ahad.

Ruginya, rugi,
kerana wang hasil titik peluh sendiri,
rasanya menusuk sampai ke dalam hati.

Sunday 28 August 2016

Overheard

Overheard a speech on radio today, from a guy who worked in F&B (runs a restaurant)

"For every meal set I have, I sell them 10% under profit. Meaning if it's RM100 I sell RM90. I can't charge much. That's how it is in the F&B.

But do you know how I make profit?
Beverage.
A coffee, even with the very best beans, costs 50 cent a cup."

Testing

Testing post content.
This is bold. This is italic and this is superscript and all if this isnt possible without the help of Bloggerdroid

Saturday 27 August 2016

Unspoken Facbook statuses part 1 - Malay logic



Eksiden la sangat.
Ko bercucuk tanam lepastu ko ingat sperma tu taknak senyawa ke camana?
"Oh, dia dah 40an, let's give her a break" flusshh keluar balik ikut bawah. Gitu?
Mak aku lepas anak terkahir ('93) dia terus on the pill. I think her age is 40-ish too. Sampai ke sudah takde lagi dapat anak.
Kalau dapat anak lepas on the pill, baru lah logik nak terkejut, down.
Hek eleh sangat.



Unspoken Facebook statuses is is my new addition to this blog where I put down Facebook statuses which are too offensive or un-PC for normal Facebook users.