Tuesday 21 February 2017

BR1M dan kenangan.

Empat tahun yang lalu, lebih kurang masa-masa begini, aku dapat tahu BR1M sudah di bank in kepada aku. Masa itu aku seorang penanggur, baru 2-3 bulan berhenti kerja. Harini, aku dapat notifikasi duit sama nilai yang masuk, tapi duit bank-in customer.

BR1M pun tak ada lagi untuk aku. Mungkin dalam semakan mereka mendapati aku sudah ada SSM, dan wang sentiasa masuk dalam akaun, agaknya. Pada saat ni, aku pun dah tak berapa kisah - itu tandanya mereka mungkin dah tahu aku sudah reti berdikari.

Masa masuk BR1M empat tahun dulu, aku turun dari rumah, cash out duit tu dan ke kedai kain Tewah. Aku jahit beberapa jenis nursing cover, bantal, kusyen, dan aku jual on-line. Untung dia, aku pusing lagi buat jual lebih banyak barang. Kini aku dah ada banyak barang, dan ada SSM. Nak kata kaya, tak kaya, tapi bolehlah nak turun naik kedai kek hipstur minum kopi.

Sebenarnya aku nak kata di sini , tak semua perkara tu sia-sia. Ada yang kata BR1M tu tak cukup, ada yang kata BR1M tu nanti orang salah guna buat beli handphone etc, terpulanglah. Not all people who are poor, squander. Maybe it's just the push we need to go to a bigger place.

Wednesday 1 February 2017

The Saga of Abu Hannah

Merujuk kepada entri ini Manusia ni, by default, suka bersangka baik. Lagi-lagi yang perempuan. Sebab itu, kalau diajak berborak dengan random people, memang boleh aje. Perempuan kan suka berborak.

Tapi ada yang tak sedar, dalam borak-borak tu karang ada niat lain. Soalan yang nampak biasa-biasa, sebenarnya mukadimah untuk pancing maklumat yang lebih sensitif.

Kadang-kadang dapat DM/PM ajak berbual. tanya pasal meniaga. kemudian tanya khabar, lalu berbual kosong.

Lalu datang soalan-soalan sensitif. Dan kemudiannya datang soalan yang paling bahaya,
"mintak gambar sikit?"

Aduhh.
Dia bukan yang pertama, dan dia bukan juga yang terakhir. Ada seorang alim ulama berkata, seharusnya kaum lelaki (suami/bapa/abang) mengambil peranan menjadi tempat soalan-soalan ilmu ditanya. BIARPUN ANDA TAK TAHU JAWAPANNYA. (penting ni!) Ini kerana, kaum lelaki tersebut BERTANGGUNGJAWAB mencari orang berilmu yang boleh jawab soalan tersebut. Dan SAMPAIKAN kepada si isteri/anak. Sebagai ketua keluarga, anda juga bertanggungjawab menjadi kaunter pertanyaan. Ya, nampak leceh tapi fikirkanlah, melindunginya dari segi ilmu dan kerohanian adalah sama pentingnya dengan melindungi dari segi fizikal.
Jadi berhati-hatilah semua. Kaum suami/bapa, ambil peranan dan jadikan berbual dengan si isteri/anak gadis sebagai kegiatan harian. Biarpun borak yang sia-sia. Kalau tidak mereka letakkan kepercayaan kepada anda, siapa lagi?