Wednesday, 1 February 2017

The Saga of Abu Hannah

Merujuk kepada entri ini Manusia ni, by default, suka bersangka baik. Lagi-lagi yang perempuan. Sebab itu, kalau diajak berborak dengan random people, memang boleh aje. Perempuan kan suka berborak.

Tapi ada yang tak sedar, dalam borak-borak tu karang ada niat lain. Soalan yang nampak biasa-biasa, sebenarnya mukadimah untuk pancing maklumat yang lebih sensitif.

Kadang-kadang dapat DM/PM ajak berbual. tanya pasal meniaga. kemudian tanya khabar, lalu berbual kosong.

Lalu datang soalan-soalan sensitif. Dan kemudiannya datang soalan yang paling bahaya,
"mintak gambar sikit?"

Aduhh.
Dia bukan yang pertama, dan dia bukan juga yang terakhir. Ada seorang alim ulama berkata, seharusnya kaum lelaki (suami/bapa/abang) mengambil peranan menjadi tempat soalan-soalan ilmu ditanya. BIARPUN ANDA TAK TAHU JAWAPANNYA. (penting ni!) Ini kerana, kaum lelaki tersebut BERTANGGUNGJAWAB mencari orang berilmu yang boleh jawab soalan tersebut. Dan SAMPAIKAN kepada si isteri/anak. Sebagai ketua keluarga, anda juga bertanggungjawab menjadi kaunter pertanyaan. Ya, nampak leceh tapi fikirkanlah, melindunginya dari segi ilmu dan kerohanian adalah sama pentingnya dengan melindungi dari segi fizikal.
Jadi berhati-hatilah semua. Kaum suami/bapa, ambil peranan dan jadikan berbual dengan si isteri/anak gadis sebagai kegiatan harian. Biarpun borak yang sia-sia. Kalau tidak mereka letakkan kepercayaan kepada anda, siapa lagi?

No comments:

Post a Comment