Wednesday 25 January 2017

Wahai siti rohani.

Aku terkena dugaan lagi.

Aku ambil barang stock, satu barang yang memang jenis laris terjual. Aku plan nak push benda ni sebelum Raya Cina. Aku place order, seller ship pada 24 haribulan.
25 haribulan, kurier sampai rumah. Airpak.

Tapi satu je barang keluar dair perut kurier. Tunggu punya tunggu, yang kedua tak ada.


Tengok-tengok, dalam tracking app aku bertulis--
DELIVERED- Siti Rohani Chop and Signed!
Aku ada 3 persoalan:

  1. Siapa Siti Rohani ni, jiran aku ke?
  2. Tersalah rumah ke sebab pukul 2 petang tu aku memang ada di rumah?
  3. Kalau jiran aku, apasal dia ada chop dan sign?
Aku call Airpak. Mula-mula ta layan sebab yang angkat tu budak part time je. Dia tak boleh akses data. Aku contact sender, dia tak reply whatsapp. Aku kemudian call lagi Airpak. Dia kata alamat dan nombor telefon aku betul. Dia ambil nama dan alamat aku lagi untuk submit report dan kemudian minta aku tunggu panggilan seterusnya dari mereka nanti.

Panggilan tu tak datang-datang.

Ah, nampaknya stok barang aku sudah consider loss. Tak apa lah, mesti seorang Siti Rohani tua gemuk hitam sedang gembira melihat barang-barang cool turun depan rumah dia. Mesti dia ingat tu "rezeki". Biasalah orang kita, barang jumpa tengah jalan, barang orang yang dia tak tahu pemilik, terus dia chop sebagai "rezeki". Padahal dia lupa, tu ujian dari Allah untuk tengok sikap amanah dia.


(BTW ingat tak kisah gadis Malaysia yang belajar di Australia tu? Bila dapat unlimited overdraf dari bank seronok beli beg tangan mahal belas-belas biji. Bila bank minta pulangkan duit gelabah nak cabut lari. Ni dah naik turun mahkamah, gelap masa depan).

Apa-apapun, aku beritahu diri aku, tak perlulah sedih sangat. Adat orang meniaga yang pegang stok, mesti ada stok hilang, kena rampas, atau kena khianat. Macam rakan seniaga aku baru-baru ni, barang stok dia diambil hampir 90%, lalu dibakar orang yang sakit hati dengan dia. Tengok gambar whatsapp, menjulang-julang api membakar barang jualan dia.

Gila.
Apalah sangat kan dengan barang stok aku tu.
Bangun semula dan teruskan.

Saturday 14 January 2017

Sebab itulah kau miskin.


Masa aku bekerja pejabat dulu (apa, kau ingat aku ni jobless sejak grad ke, hekeleh), aku pernah OT sampai malam. Dan kebetulan ketika itu bos ada, sedang check fail; dan aku terdengar perbualannya dengan pak guard, dan PA. Pak guard sedang mempersoalkan kenapa gajinya kecil bulan ini, dan aku dengar PA menerangkan perkiraan yang digunakan. Pak guard berpuas hati lalu menamatkan perbualan. Si PA menggeleng kepala dengan silap kira siPak Guard. Kemudian, si boss berkata sesuatu yang aku ingat sampai harini.

"Dia bodoh sebab itulah dia jadi pak guard. Kalau dia pandai dia jadi boss."

Aku terkedu dengan ayat tadi. Mungkin aku juga terasa, kerana gaji aku limakali ganda kecilnya daripada si Mem Boss.

Atau mungkin kerana itu kebenarannya?

Entahlah, aku kira zaman sekarang kemahiran/intelligence tak naik selaras dengan gaji. Di sesetengah bidang, gaji masih kekal pada gaji pemula sedangkan dalam bidang lain ia naik meninggi.

Begitu juga dengan berniaga. Kau dapat niche area, target market yang betul, kau naik. Kalau niche kau sungguh spesifik dan niche itu hilang dengan peredaran zaman, kau juga turut hilang. Contoh, mesin proses gambar filem Kodak. Ada lagi tak? Atau fon buka-katup motorola. Dulu kool, sekarang ada lagi ke?

Oh ya, dan penting -- kadangkala tak semua memiliki peluang yang serupa.

Ketika aku balik kampung mertua dahulu. Aku diperkenalkan dengan saudara maranya. "Ini Salbiah," kata si  kakak mertua, "Salbiah cemerlang dalam pelajaran, cuma Makcik tak ada wang untuk hantar dia belajar diploma. Sekarang dia jadi kerani di syarikat Cina. Kesian dia, teringin sangat nak belajar."

Kalau Salbiah dapat belajar diploma perakaunan yang diminatinya, mungkin juga dia boleh sambung ke ijazah, dan mengambil peperiksaan untuk meluluskan dia menjadi akauntan bertauliah, dan bekerja di bank dengan gaji ribu-ribu. Tapi sekarang, Salbiah harus redha dengan menjadi kerani di sebuah daerah kecil.

Maka inilah kesimpulan aku--mentaliti "kau tak kerja kuat macam aku sebab tu kau tak kaya macam aku" adalah mentaliti yang salah sama sekali. Aku yakin, kadangkala dengan membanting tulang 20 jam sehari pun belum tentu ada yang mencapai ribuan ringgit. Macam seorang Pak Guard contohnya - 12 jam sehari, 7 hari seminggu - gaji minimum wage RM900. Sedangkan kau yang mungkin bekerja sejam boleh dapat 5-8k. Itu belum lagi kalau kau bekerja sepenuh hari, mana taknya kau jutawan!

Ini bukan niat aku untuk menempelak orang kaya. Jauh sekali merasa dengki dengan kejayaan hasil usaha peluh kau. Cuma aku mahu beritahu, jangan lupa, ketika kau di atas itu, ramai lagi yang tergapai-gapai di bawah, tak dapat keluar kerana ada siling kaca yang menghalang. Apa yang mereka boleh buat ialah merenung melihat kesenangan kau dari jauh. Dan jangan juga pandang serong mereka yang bekerja "bawah-bawahan" - cashier, waiter, receptionist, salesrep - sebagai orang yang menyedihkan (kalau kau pernah kerja kecil-kecil seperti ini kau tau lah macamana orang kaya pandang dan cakap dengan kau).

Maka dengan itu kalau ada peluang, berkongsilah. Kau jumpa makcik gerai tepi jalan, kau beli kuih dia semua jenis walaupun kau makan goreng pisang saja (pastu bagi la orang lain kuih tu, itupun susah). Rezeki yang kau dapat sejam 5-8k itu bukan saja rezeki kau, tapi rezeki dia juga. Kau jumpa member baru start khidmat lukis ilustrasi, kau bagilah dia job, DAN tak minta bayar kurang (yang viral duit sale ratus ribu-ratus ribu pun nak minta design kad diskaun tu, apahal? Sakit jantung ke kalau duit titik peluh kau tu kena serah kat orang lain? Titik peluh MEREKA macam mana?).

Also yang paling penting--ialah jangan menempelak kegagalan mereka mencari rezeki. Mereka berada di situ bukan kerana mereka bodoh atau malas. Berilah mereka galakan dan doa. Tak ada orang nak jadi miskin. Ramai juga nak jadi kaya, atau sekurang-kurangnya cukup harta untuk memastikan anak bini ada rumah dan ada pinggan penuh makanan setiap hari.

Dan percayalah, mereka juga berusaha untuk dapatkan wang sebanyak mungkin. Mungkin sama banyak dengan kau, atau mungkin lebih. Dan kerana nasibnya di mana rezekinya belum tiba lagi, dia harus redha dengan beberapa butir nasi dan beberapa helai not merah dalam dompet.

Mereka juga ingin membeli skaf bertatah swarovski lapan ratus ringgit tanpa berkata, "Mahalnya! Kalis api neraka ke tu?"

Monday 9 January 2017

Plastik untuk orang Plastik.



Semasa aku masih belajar di sebuah institusi di Selangor dulu, tiap kali aku lalu deretan kedai nasi campur di gate belakang, aku akan bertembung dengan student membeli lauk. Yang peliknya, mereka bawa tupperware sendiri. Satu demi satu lauk dipilih, dimasukkan dalam tupperware. kemudian dibawa ke kaunter untuk bayaran. Kadangkala bukan seorang dua, tapi tiga, empat orang. Beramai ramai dengan tupperware sendiri. Kemudian aku mula terperasan mereka pakai baju yang berlogo sama, pada hari yang sama.

Aku dapat kesimpulan--bahawa mereka mungkin dari sebuah kelab/persatuan dalam IPTA yang memulakan gerakan anti-polisterin.

Itulah yang paling awal aku mendengar mengenai "gerakan hijau" di kawasan ini. Ini jauh lagi sebelum kewujudan Azmin sebagai kuasa besar PKR, dan Khalid masih bersayang-sayangan dengan abam Nuar. Mungkin pada masa itu kelab itu terpengaruh dengan kebanyakan negara Eropah yang lebih dahulu membuat ban terhadap beg plastik dan polisterin.

Kemudian, lebih kurang sedekad tahun kemudian, muncullah gerakan hijau yang wajib bagi negeri Selangor ini - iaitu gerakan anti beg plastik dan polisterin. Bermula dengan pemisahan sampah kepada sampah dapur dan sampah boleh kitar semula, hinggalah bayaran bagi setiap plastik yang diberikan oleh pihak kedai.

Aku dengar, sejak mulanya gerakan hijau di negari Selangor ni, banyak betul rungutan, bahawa pihak kerajaan hanya mahu mendapatkan keuntungan dengan harga plastik dua puluh sen sehelai. Bagi aku, ya mungkin kerajaan juga ada sedikit pentingkan diri sendiri--mungkin sekali mereka dah tak cukup landfill untuk buang sampah atau kos dah semakin tinggi--jadi terpaksa enforce benda ini.

Tapi kenapa dua puluh sen bagi beg plastik?

Bagi aku, lima puluh sen pun boleh. Hah!

Bukan aku kaya tapi, aku faham nilai ini ialah sekadar nilai arbitrari yang mereka letak. Nilai beg plastik sebenar bukanlah dua puluh sen.

Nilai dua puluh sen ini adalah cukup rendah bagi orang yang betul-betul urgent memerlukannya (eg beli barang susah pegang), tetapi cukup tinggi untuk orang merungut.

Supaya orang berkata "fak mahalnya! Baik aku bawa plastik sendiri!"

Dan apabila orang berkata begitu-- dan berhenti meminta beg plastik lima enam helai untuk satu orang hanya kerana "tak suka barang bercampur"-- lama-lama supermarket tidak perlu lagi menghulur beg plastik--dan objektif Gerakan Hijau yang sebenar akan tercapai.

Aku--secara jujurnya, tak terkesan sangat dengan caj beg plastik ni. Oleh sebab semenjak-dua-menjak ni produk / syarikat selalu menghadiahkan non-woven bag untuk pembelian barang atau atas dasar promosi. Aku ada non woven bag dari Texas Chicken, KFC, Simplot, Tesco, Lejen, Dubook, Terfaktab...dan beg yang dibeli sendiri juga ada beberapa buah. Aku rasa ini juga adalah satu bentuk dari Gerakan Hijau -- bukan negara kita saja tapi seluruh dunia, iaitu menggalakkan penggunaan beg guna semula berbanding beg biasa.

Ahad lepas aku kembali ke kawasan tempat aku belajar dulu, dan aku singgah di KFC. Student yang ada di situ--bukan saja yang berbaju logo kelab--namun yang berselipar dan baju biasa pun join sekali dalam gerakan hijau. Masa penjaga kaunter beritahu dia tapau kena caj beg plastik 20 sen, student tu keluarkan beg plastik dia sendiri!

Mungkin sekali, dia lakukan ini kerana mahu jima duit. Siapa tahu dengan syarat pinjaman Mara / PTPTN diketatkan, mungkin pelajar dah tak cukup dana jadi mereka terpaksa jimat di mana mampu.
Tapi aku yakin, bermula dengan penjimatan "secara paksa" ini, lama-lama ia akan diterima dengan hati terbuka dan semua orang pun akan bawa beg sendiri seperti mana di negara Ireland. Penggunaan beg plastik di Ireland berkurangan sejak mereka meletakkan caj beg plastik. Daripada 200+ beg perkapita, turun ke bawah 15 perkapita dalam sedekad!

Tentunya usaha ni kena berterusan, baru menjadi. Ada kajian mengatakan beg kanvas dapat melawan impak beg plastik kepada alam sekitar jika digunakan sekurang-kurangnya 171 kali. Nampak banyak kan--tapi memandangkan kita pun keluar rumah 2-3 kali seminggu--tak ada masalah untuk offset impak ni dalam setahun.

Kepada yang sudah mula menggunakan beg kanvas/non-woven sekarang, teruskanlah. Biarlah geng-geng tertentu mengapi-apikan isu dua puluh sen ini. Biarlah mereka sayang sangat pada plastik.

Sebab itulah cerminan mereka.


Thursday 5 January 2017

Cara Selesaikan Masalah Online Payment Sangkut

Alang-alang sekarang kecoh pasal debit kad makan wang orang, aku ingin ceritakan juga tentang online payment channel yang makan duit orang dan cara mengendalikannnya.
Kadang-kala server mereka (atau internet connection anda) bermasalah. Lepas key in TAC number dan confirm payment, tak ada notification sucessful.
JANGAN RETRY LAGI SEKALI.
CHECK AKAUN BANK ANDA.
Dah check?

Kalau anda penolakan, maknanya mungkin antara dua:
-Dah bayar tapi notification je tak ada
-Tak bayar pun, duit tu sangkut dekat payment channel.

contoh: kalau website yg bermasalah bukan payment channel. setiap page mesti ada email address kat bawah..
p.s. korek korek email aku, rupanya dah 2 kali aku hantar email ni kat myeg. tahun ni kena hantar lagi copypaste jelah. kahkahkah


Kalau dah bayar tapi notification tak ada, tunggu kejap 2-3 jam, atau email seller/customer service website tu. Bagitau Reference number transaksi dan bagi screenshot payment.

Kalau seller/admin website CONFIRM bayaran memang tak masuk pada dia. Tu tandanya sangkut kat payment channel (bukan bank macam debit kad bank pun tak boleh release (ya, aku pernah tanya dah).

Bila terjadi macam ni, INGAT BALIK apa payment channel yang anda pakai. GHL? iPay88? Revenue Harvest? Cari FB mereka. Google nama website mereka, cari email address. PM / email mereka dengan screenshot semua benda.

Berikut adalah isi email tersebut (kot la hangpa nak tiru kan)

"Hello mr/mrs,
I need prompt help from customer service I made a transaction in <website name>. The amount was deducted from my account and send to <payment channel> but till today <website name> still hasn't showed it as "payment cleared". Below are the transactions:

<date/time>, Reference number :<xxxxx> for RM<price>

Amount has been deducted from my <bank name> As proof, I will attach screenshots from my <website> and <bank>. Please check the corresponding date and time as proof of transaction.

Do respond promptly as <letak la alasan apa pun sini>. You can contact me at <phone no.>. Thank you."


Kalau email tersebut email yang betul, mereka akan cari balik transaksi anda dan minta nombor akaun untuk pulangkan balik wang yang float tu. Ya! (tapi tunggu je lah 2-3 minggu paling lama)
Sebagai hantu online buying (also jarang keluar rumah) benda ni sangatlah selalu terjadi. Lali dah. Tapi harapnya sistem perbankan online kita boleh dipertingkatkan satu hari nanti. Maklumlah dah nak masuk 2020 takkanlah pakai paper money lagi ye tak.
sekian,

daripada yang pernah dan sedang mengalaminya.