Showing posts with label jualan. Show all posts
Showing posts with label jualan. Show all posts

Wednesday, 22 March 2017

Beauty and The Beast review - Gay LeFou?

Sebenarnya, semalam aku dah tengok Beauty And The Beast tu (jangan tanya mana aku dapat ya). Dan pada pendapat aku, watak LeFou pengikut Gaston yang dicanang-canangkan gay tu, tak gay pun. Watak tu sebenarnya lebih menggambarkan macam seorang tipikal....
macai yang obses dengan pemimpin. Ala, yang jenis kalau boleh nak cium tangan sujud pemimpin tu.


Gaston ni macam seorang pemimpin yang narsisis. Bila dia buat salah, "Hmm kenapa Belle reject aku", Le Fou akan cepat point out yang dia tak bermasalah. Gaston hebat, Gaston pandai, Gaston kuat, sikit pun bukan salah Gaston. "Tak apa Gaston, ni banyak perempuan ni beratur nak kat awak" Padahal Gaston tu sungguh kasar dan kurang ajar, siap menyindir Belle kerana mengajar anak kecil membaca.
Bila Gaston ada idea jahat, "Eh jom kita pergi tolong Maurice" LeFou sokong saja asalkan dapat naikkan pengaruh dia. Walaupun dia macam tak senang hati pergi tempat menakutkan macam hutan tempat tinggalnya sang raksasa. Asal dapat, bukan.
Dan bila Gaston naik darah dan melakukan cubaan membunuh kepada Maurice, dibiarkan saja. Syukur Maurice umurnya panjang, dibantu seorang wanita pencuci kain. Tiba di kampung, Maurice menceritakan perkara sebenar kepada penduduk lain sambil berkata, "LeFou! Kau saksi kejadian kan? Ceritakan kepada semua orang!"

LeFou sanggup menipu, dan membiarkan Maurice ditangkap. Dan bila Belle kesayangan Gaston sendiri datang terangkan keadaan, Gaston menuduh Belle terpengaruh dengan orang jahat, dia juga dilambung sekali dalam kandang pesalah.
Sesungghnya LeFou dan Gaston ni adalah cerminan watak sebenar zaman sekarang - LeFou cuma seorang marhaen yang berdampingan dengan pempimpin, mendewakan pemimpin, sampai lupa dirinya pun tak kemana dengan obsesnya itu. Dan Gaston--seorang pemimpin narsisis yang merasakan kerana kehebatannya, dia berhak berkuasa dan memimpin.

Padahal ada sejuta lagi orang yang lebih layak daripadanya.

Wednesday, 25 January 2017

Wahai siti rohani.

Aku terkena dugaan lagi.

Aku ambil barang stock, satu barang yang memang jenis laris terjual. Aku plan nak push benda ni sebelum Raya Cina. Aku place order, seller ship pada 24 haribulan.
25 haribulan, kurier sampai rumah. Airpak.

Tapi satu je barang keluar dair perut kurier. Tunggu punya tunggu, yang kedua tak ada.


Tengok-tengok, dalam tracking app aku bertulis--
DELIVERED- Siti Rohani Chop and Signed!
Aku ada 3 persoalan:

  1. Siapa Siti Rohani ni, jiran aku ke?
  2. Tersalah rumah ke sebab pukul 2 petang tu aku memang ada di rumah?
  3. Kalau jiran aku, apasal dia ada chop dan sign?
Aku call Airpak. Mula-mula ta layan sebab yang angkat tu budak part time je. Dia tak boleh akses data. Aku contact sender, dia tak reply whatsapp. Aku kemudian call lagi Airpak. Dia kata alamat dan nombor telefon aku betul. Dia ambil nama dan alamat aku lagi untuk submit report dan kemudian minta aku tunggu panggilan seterusnya dari mereka nanti.

Panggilan tu tak datang-datang.

Ah, nampaknya stok barang aku sudah consider loss. Tak apa lah, mesti seorang Siti Rohani tua gemuk hitam sedang gembira melihat barang-barang cool turun depan rumah dia. Mesti dia ingat tu "rezeki". Biasalah orang kita, barang jumpa tengah jalan, barang orang yang dia tak tahu pemilik, terus dia chop sebagai "rezeki". Padahal dia lupa, tu ujian dari Allah untuk tengok sikap amanah dia.


(BTW ingat tak kisah gadis Malaysia yang belajar di Australia tu? Bila dapat unlimited overdraf dari bank seronok beli beg tangan mahal belas-belas biji. Bila bank minta pulangkan duit gelabah nak cabut lari. Ni dah naik turun mahkamah, gelap masa depan).

Apa-apapun, aku beritahu diri aku, tak perlulah sedih sangat. Adat orang meniaga yang pegang stok, mesti ada stok hilang, kena rampas, atau kena khianat. Macam rakan seniaga aku baru-baru ni, barang stok dia diambil hampir 90%, lalu dibakar orang yang sakit hati dengan dia. Tengok gambar whatsapp, menjulang-julang api membakar barang jualan dia.

Gila.
Apalah sangat kan dengan barang stok aku tu.
Bangun semula dan teruskan.

Monday, 6 June 2016

Tales from daily sales #7 - Orang nak berniaga dia pun nak berniaga.




Pagi-pagi begini biasanya aku dibangunkan mesej dari customer. Biasanya untuk double-confirmkan stock apa yang ada sebelum mereka beli, sebab aku nyatakan macam tu dalam page shopee aku. So dapatlah perbualan begini harini:

"Sis ada stock tak?"




 Oh, begitu.




dropship rupanya.
well, memang kadang-kala ada juga dropshipper yang buat macam ni, tapi biasanya sebab dia ada supplier dan dia tengah cari backup supplier in case supplier tu habis barang. 

Tapi...ni terus upload ke FB?
Meaning aku ni macam indirect supplier kau?
Adakah kau tak ada supplier dan tengah cuba menjual barang untuk untung atas angin.
Kenapa tak cari supplier yang legit? bukan ada bayaran pun kadang-kadang?
Barang ni pun, aku datang sendiri kedai tu beli borong. Kenapa kau tak buat benda yang sama?

Lagipun, bahaya main atas angin camni. Dibuatnya kau jumpa seller scammer camana. Habis burn duit customer kau. Kau pula yang kena ganti. Customer pulak cop kau dishonest. Menangis wei.

Nasihat sikit.

Kalau boleh sis, sis dan bro yang baru nak mula meniaga ni, carilah dropship/supplier yang legit. Turun padang, tengok kedai dia, tengok pejabat dia. Jumpa taukeh dia. Kalau jauh sangat pejabat dia, simpan direct phone line opis atau whatsapp dia pun jadilah. Kalau ada problem tetengah malam boleh la call (aku la tu, luls). Paling penting, kau tahu siapa dia dan dia tahu siapa kau.


Itulah macam Fdaus Ahmad cakap, tiba-tiba bulan puasa ni terus nak up barang meniaga. Padahal sebelum ni semua sales pun tak amik tau.

Wednesday, 1 June 2016

Tales from Daily Sales #6 - Tentang harga

Semua gambar produk aku letak harga. Hang lagi mau PM suruh calculatekan total price.

You see, lately aku ada masalah dgn login sebuah webpage supplier ni. So bila tak dapat login aku pi jelah supplier aku lain dan anggar harga dari situ (barang pun sama, anyways) + anggaran berat parcel pula aku dapat dari citylink sebelah rumah (biasa supplier pakai Airpak).

Bila aku tercalculate harga terlebih seplohinggit engko tanya balik "eh dalam iklan tadi cakap harga blablabla"

Oh baca jugak la iklan / details produk aku. Ingat tak baca. 

Jadi apa expectation hang bila tanya aku aku harga kat PM ek? Harap aku tersalah bagi harga kurang ke? Ingat nanti bila harga tu kurang hang boleh cepat2 bank in duit dengan harapan "yeaaa aku dapat kencin ini seller, padan muka depa"

Ada haritu kes lain pulak, aku pernah terkira salah. Total barang dgn pos patutnya RM55, tapi aku taip jadi RM50, maka terkurang RM5. Buyer tu siap sindir balik. "eh singgit je keww harga postage?"

Nak je jawab eh salah kira la sebenarnya RM55 la, TQ ingatkan!

Tapi kerana nak tunjuk baik aku cuma cakap "diskaun lah sis, combine postage"

Aduh pembeli. kurang tak boleh, lebih tak boleh. OK lain kali aku terus kasi akaun number je. engko pandai2 la korek product album cari harga total sendiri, OK?

Malas!

Tuesday, 24 May 2016

Tales from daily sales #4 - Please help me lie.

Ni tak lain tak bukan sek sek meniaga jugak la ni. Mementang harga dia bayar +-RM15 kurang retail price. (aku rasa dia pakai kupon kot).

Teringat lah dulu aku beli dekat oomori.my. Tauke besar dia Koktan mesej aku cakap

"Bak mai no akaun, nak pulangkan baki."
"Kenapa?"
"Aku amik dari supplier lain. Harga dia murah sikit dari yang aku tulis."

Tuesday, 10 May 2016

Cuci Tangan, Kakak.

Aku terima satu email petang tadi. Daripada pihak admin portal jualan aku.


"Kami meneliti kedai anda dan menggantung dua produk ini kerana meragui ketulenan produk anda. Sila berikan salinan dokumen yang mengesahkan ketulenan dalam masa dua hari atau anda akan dikenakan penalti"

Dua produk aku disenaraikan. Salah satunya ialah attachment kepada stroller (nanti aku ceritakan mengapa) dan satu lagi ialah stroller yang dijual oleh dealer aku.

Aku pantas menghubungi dealer aku.

"Sebentar ya, kak tanya supplier"

***********************

Aku mengenali dia melalui FB. Dia lampirkan iklan untuk mencari ejen dropship. "Tanpa modal, tanpa risiko" katanya. Dropship--kepada yang pertama kali mendengarnya--adalah sistem di mana anda mempromosi produk dari pembekal. Apabila ada yang berminat, pelanggan akan bank-in kepada anda. Anda akan membayar kepada dealer, delaer menguruskan order dan menghantar barang kepada pelanggan anda, dan pelanggan akan mengucapkan terima kasih kepada anda.

Oh ya yang paling penting--anda bebas meletak harga yang anda suka. Untung seringgit? Dua ringgit? Lima puluh ringgit? Jika anda meletak harga jualan yang tinggi, maka banyaklah untung anda per item. Lebih rajin anda promosi, lebih ramai yang membeli, anda juga boleh senang-lenang. Tepuk dada, tanya ketamakan anda. Eh!

Sejujurnya aku bermula dengan beli-barang-borong-dan-jual. Tapi merasakan modal aku tidak cukup untuk menambah varieti barang, aku pun menyertai dropship untuk barangan keperluan bayi, kanak-kanak dan rumah. Dealer yang aku dapat ni pula banyak contact supplier. Baju, mainan, stroller, dan macam-macam lagi. Aku pilih untuk promot mana yang sesuai dengan kedai online aku saja.

Bila banyak barang aku promosi, maka likers dan returning customers makin meningkat.

***********************

Tapi begitulah, langit tak selalunya cerah.

Ada sekali barang yang dihantar hancur dipijak oleh brader kurier. Kena ganti.

"Barang rosak? Maaf, hanya barang yang dibeli dengan harga retail di premis kami sahaja boleh diganti" terpampang besar syarat di lamannya.

Ada sekali, barang salah dihantar.

"Macamana saya nak buat ni kak?" aku tanya kakak dealer nombor satu.

"Tak tahu, bagi gambar kepada saya"

beri gambar. tiada jawapan daripada kakak dropship, maka aku pun memulangkan wang customer tanpa banyak bunyi.

salah warna. bukan banyak pun, corak hitam ungu yang dipesan , diterima putih ungu. customer mengamuk. minta aku jumpa depan-depan COD barang yang betul. "Maaf cik, tak ada stok pada saya. saya akan refund wang ini."

"Baiklah. jangan buat begini kepada customer!" aku dapat bayang wanita yang deal dengan aku ini mencebik sambil mengira duit dalam banknya. Mana tidaknya semasa memasukkan wang, dia beri screenshot pembayaran dengan ayat "saya harap awak bukan scammer!"

Tapi tak apa, selepas mengembalikan wangnya, order mula mencurah-curah masuk. Satu hilang, ramai mengganti.

Sehingga kejadian ini.

***********************
"Status, product on hold"

tertulis pada dashboard portal jualan aku tika aku search nama produk tersebut.
Aku tak pasti apa aku yang tulis di halaman jualan aku hingga boleh digantung jualan. Aku letak nama brand kah?


Ya, tapi bukan brand terkenal. Brand China je pun. Specs nya sama macam brand yang terkenal. Apa salah brand local mereka?

Aku pernah guna, dan memang tak ada masalah.

Untuk satu lagi -- stroller attachment itu -- aku ambil direct dari supplier di sana. Pelanggan bayar di sini, aku place order di sana, dan ia sampai, selesai.

Bukan branded, tapi generic. tak ada label, tak ada corak. Attachment yang boleh pakai untuk semua jenis stroller yang serupa design (fikirkan analogi ini: generic seperti seutas tali kasut, yang boleh dipakai oleh semua jenis kasut daripada Nike ke Doc Marten ke Rebook pasar malam, faham kan?)


***********************
"Sis, tak sepatutnya menjual dalam portal jualan. "

Jawapan dealer kepada aku.

Itu sahaja jawapannya? Apakah produk hanya perlu dijual di tempat-tempat rahsia sahaja, dan kau expect berbondong-bondong orang yang membeli? Product apakah yang ada had ruang jualan, serupa  brader jual cetak rompak di pasar malam yang mencicit lari jika penguatkuasa datang?

Why do I have to do it this way, bukannya aku jual dadah!

Jawapan supplier pun tiba.

"Product yg ni hanya copy brand.. Mmg takde apa-apa documents. Banyak dealer saya dah tau dah ni memang copy brand. Kalau postal tu banyak sangat requirement, tarik balik jelah iklan tu." kata supplier lalu ditambah "Thank you for your understanding."

Produk kau banyak palsu? Kau mengaku?

Maknanya aku dipersalahkan kerana tidak tahu?

Maknanya kau boleh lepas tangan sebab aku bodoh?


Oh OK, ada drama lagi.
                                                      ***********************


Ada juga isu sebelum ini. Pasal Fisher Price, Adidas, Skiphop, dan satu jenama baju fesyen.

Dealer selalu menyuruh dropshipper tulis "FP" instead of Fisher Price" dan "AD" instead of "Adidas". Dan jangan promo "Skiphop" di IG. Nanti kena serang.

Sebab semuanya palsu!

"Sebab yang real ratus-ratus kot, so kita jual jelah yang murah." ni kata dealer.

Aku buat derk hal ini. Sebab aku mana jual tiga-tiga benda tu. So aku rasa ni mungkin masalah dengan salah satu supplier dia sahaja.

Ahad lalu ada lagi. 

Dealer membuat pengumuman, "Maaf semua, sila jangan promot lagi produk Imama buat masa ini. Ada customer mengadu, barang yang dia dapat bukan Imama ori tapi Aimama"
Ah satu lagi supplier dia lagi buat masalah. Lagi sekali, bukan hal aku, fikirku.

Semalam, ada lagi satu kes. 

Berkenaan satu butik tempatan, mengamuk kata ig shop lain mempromot baju raya menggunakan gambar yang dicuri daripadanya. ig shop itu seangkatan dengan aku, bawah dealer yang sama, cuma bezanya dia tumpu pada baju raya. habis pagenya diserang oleh peminat, pelanggan setia butik tu.

Akhirnya dealer mengakui. 

"Sebenarnya tiap tahun kita buat begini. Kita ambil gambar baju butik yang lawa-lawa, kita hantar ke pengilang suruh dia copy design sebijik-sebijik. Kemudian kita juallah di sini melalui dropship. Silaplah, kita terbagi gambar asal dekat dropshipper macam anda :emoji nangis gelak:"

Wait, so the only thing wrong here is to "accidentally" use the real picture for promotion?
How about STEALING THE WHOLE DESIGN CONCEPT FROM A LOCAL BOUTIQUE HOUSE WOI!
                                                      ***********************

OK. bila fikir-fikir balik, banyak rupanya. Aku jugak lah yang bodoh tak read the signs (or go through the discussion group listening what the other agents are saying, busy katakan).

Mungkin kakak ni tah check betul-betul supplier dia. Atau dia memang tahu dan memang berniat nak make a quick buck selling counterfeit products. Kalau hampir semua supplier dia macam ni, entah apa lagi boleh aku buat. Melainkan mengundur diri daripada menjadi ejen jualan bawah kakak ini.

Kakak, kalau kakak baca ni, maafkan aku kak. Mungkin lah barang palsu ni ada market dia, terutama untuk orang berpendapatan sederhana yang nak juga merasa ikut trend. Tapi kak, saya fikir dealer sudah lama seronok mencuci tangan dengan tindakan mereka sendiri. 

Barang rosak, barang hilang, barang lambat hantar. barang overbook, barang palsu.

Yang kena marah, kami
Yang kena maki, kami
Yang tercemar nama, kami
Yang akan diban, dilapor polis, dan dikenakan denda, kami!

Sebab kami ejen, barisan depan kakak.

Jagalah kami kak,

kalau tak jaga kami, kami lari ke ejen lain, kakak juga yang akan mengemis sale tiap hari nanti :)