Semenjak dua menjak ni aku baca kisah tentang penutupan Toys R' Us dengan penuh minat. Untuk budak-budak zaman 80-90an, aktiviti tawaf keliling setiap blok Toy's R Us memang menjadi impian tiap kali masuk mall. Jadi bila Toys R Us mula lingkup, ramai yang menuduh hal ini disebabkan generasi zaman sekarang tak minat lagi mainan fizikal dan sibuk main iPad / Tab.
Sebagai parent dengan anak kecik, aku tergelak je baca tuduhan ni. Ya, memang budak sekarang ada iPad dan Tab. Tapi mereka juga minat mainan fizikal. Tanyalah ibubapa yang lain, budak-budak memang pantang lalu depan kedai mainan. mesti suruh mak ayah masuk dalam, pegang satu mainan tak mau lepas, macam dulu-dulu juga.
Tapi bezanya, mak ayah zaman sekarang, akan letak balik mainan tu atas shelf, dan bergerak keluar. Datang hanya untuk tengok-tengok je. Lepas tu, beli online.
Mana taknya, benda RM150 depa jual RM250. Benda RM45 dia jual RM65. Benda China jual harga Eropah. Sapa nak beli wei. Amik direct dari Amerika pun murah lagi. Pui.
ibu bapa zaman sekarang dah bijak sikit berjimat. Maklumlah ekonomi masih lembap semua pun tengah fikir cara ikat wallet.
Lagi satu, dah banyak persaingan dah kedai Toys R Us ni. Kalau dulu, beli mainan dari dia saja. Sekarang AEON , Parkson juga ada jual barang VTECH, Mattel dan Fisher Price. Mak bapak lebih prefer ke pasaraya terus. Alang-alang beli baju, ambil sekali mainan seketul dua. Boleh kumpul point, redeem voucher. Tu belum lagi beli dari Amazon, Ebay, malah Lazada pun ada.
No comments:
Post a Comment