Monday 19 June 2017

Padan muka kapitalis celaka!

"Aku nak beli wallet lah," kata M.
"Apa?"
"Aku nak beli wallet, jenama terkenal ni, untuk bini aku. Kau tahu mana nak cari?"

Aku search dalam website. Dapat harga wallet. Aku tunjuk pada dia. 

"Hmm," katanya. dia pun google juga. Kemudian dia dapat website official pengeluar wallet tu. "Ha, ni dia rupanya. Kau tengok, kalau beli in bulk, dapat diskaun."

Aku lihat link itu. "Wow, betullah!"

Jadi rakan aku membuat satu idea: beli borong, dan jual selebihnya pada harga pasaran. Bini dapat wallet, dia dapat untung. Maka dalam 2-3 minggu seterusnya dia berusaha menjual wallet itu. Habis laku, nasib baik sebab kualitinya elok.

*******

Biasanya kalau kita mempunyai minda berniaga, tentu apa yang kita nak buat, mesti mendapat untung. Tapi fikir-fikir juga, pada masa yang sama kita mahu memenuhi kehendak pengguna. Dan kehendak pengguna paling penting sekarang - dalam ekonomi ini - ialah harga.

Lately disebabkan environment perniagaan yang agak mencabar, muncul lagi isu mengenai pembuangan atau pertambahan harga melampau. Kadang-kadang aku melihat jualan murah di sana-sini, dan peniaga kecil-kecilan mengambil kesempatan untuk memborong barang tersebut dan menjual semula dengan berkali ganda.  Aku tidak pasti apa hukumnya dalam AlQuran, tapi yang aku pasti, kalau terjadi pada aku sebagai pengguna, aku kecil hati.

Sebab itu, aku ambil langkah seperti kawan aku tadi - apa benda yang aku nak jual, aku cari pemborong dulu. Kemudian aku beli banyak dan jual balik pada harga pasaran - atau mungkin rendah sikit je (biasalah kadang harga pasaran ada tinggi ada rendah, aku ambil yang paling rendah. Biasanya aku match dengan harga dekat Lelong.com). Customer puji harga aku yang berpatutan. Aku pun tak ada lah sakit hati sangat, sebab aku pun masih untung.


**********

Satu yang aku tak faham - ialah orang yang baru berjinak dengan berniaga - dan tak pandai cari supplier. Yang dia tahu ambil barang, then markup sesuka hati. Kemudian dia marah apabila konsumer / bakal pelanggan mula mempersoal harga dia yang tinggi. Well, macamana tak tanya - kau rasa, pelanggan tak tahu google? Tak pernah tengok barang tu di kedai? Apa perasaan mereka kalau kau jual barang 69 pada harga 250? Kau rasa pelanggan tu tak menyumpah?


**********

Actually, pernah terjadi - pada satu masa dulu, Giant membuat promosi kiddie pool jenama INTEX. Harganya diletakkan RM15, berbanding harga pool lain dalam 30-50RM. Maka virallah kiddie pool tersebut dan ramai ke Giant. Aku juga turut begitu, namun aku kecewa kerana rak Giant tu kosong! Aku pulang ke rumah kecewa.

Malam itu aku bermain Facebook sejam dua. Alangkah terkejutnya aku ada orang post di group jualan, INTEX pool yang sama. Dibelinya hampir 10 kotak dan diletakkan harga RM35!

Siapa tak kecewa. Dua kali ganda aku kecewa. Sudahlah anak aku suka main kiddie pool, ada pulak nokharom cuba memonopoli jualan sampai aku tak dapat beli.

Aku, dalam rasa sakit hati dan kempunan, menyumpah peniaga tadi. Nasib menyebelahi aku, pada minggu-minggu dan bulan seterusnya - hingga kini - Giant mengekalkan harga INTEX pool pada RM15.

Permintaan Intex pool itupun mula jatuh mendadak setelah ia mudah dan murah didapati.

PADAN MUKA KAPITALIS CELAKA ITU!

Tak dapat pergi haji balik hari, berenang dalam kiddie pool lima inci pun sedap jugak lah kan? Hahaha.

No comments:

Post a Comment