Beberapa hari lepas viral di dalam Twitter dan Facebook kisah seorang pengusaha butik membelanja sehelai kurta kepada pelanggannya yang teringin berpakaian sedondon dengan anak-anak dan isteri. Tindakan pengusaha butik itu amatlah terpuji dan harus dikagumi.
Namun apa yang aku nak tumpukan di sini bukanlah penjual baju itu, tetapi pembeli tersebut. Pembeli sekarang, yang sedar bahawa ekonomi tidak segagah dahulu, tapi masih berkeinginan sama seperti tahun 2003. Tak ada kewajipan untuk membeli baju betul-betul sama warna pada pagi Aidilfitri - tu cuma trend popular facebook yang memberi tekanan bawah sedar kepada anda. Baju baru pun bukan kewajipan - yang perlu cumalah baju bersih dan kemas untuk satu keluarga (itupun sunat).
OK aku bukan nak hapuskan trend sedondon sekaler- aku juga penjual baju yang menawarkan set sedondon Aidilfitri. Tapi aku juga menawarkan baju "bajet" untuk sesiapa yang ingin berbaju baru tetapi masih mahu menepati belanjawan mereka. Begitu juga peniaga lain di luar sana - ada di kawasan aku ni menawarkan jubah arab serendah RM39 dan baju raya ala kelawar RM25. Bawa gambar warna baju dalam telefon, dan menapaklah ke setiap jualan murah sampai anda jumpa yang anda cari.
Pokoknya banyak pilihan kalau kita ingin berjimat -- kalau butik yang anda lawati tak mempunyai baju yang mampu dibeli, tak perlu bersedih bermuram durja - terus ke peniaga lain. Memang kena gigih sikit, tapi tak apa.
Kalau nak usahakan cari sama kaler, peranh la keringat sikit.
Tapi jangan sampai memakan diri.
Sebab kita ni pun, nak hidup lagi lepas raya.
sekian daripada aku yang telah beli kain baju anak slightly off-color dari baju aku, sebab harga dia murah nokarom 32 ringgit. kakaka
No comments:
Post a Comment