Thursday, 15 June 2017

Betul ke orang Malaysia semakin ganas lately, atau...

"Apa dah jadi dengan masyarakat Malaysia kita?!! Lately banyak kes mengganas, membuli, membelasah ramai-ramai, membunuh...tu belum lagi yang kes gaduh di bazar ramadan, mencarut sebab rebut parking, pandu agresif sampai eksiden, haih, kata bulan puasa, apa nak jadi..."

Aku pasti ramai yang terperasan benda yang sama.
- paling baru kes seksa dan liwat ramai-ramai.
 -kes UPNM "Torture seterika", yang diseksa dan dibunuh kejam oleh rakan batch sendiri.
-Kes "Naveen" di mana dia dipukul dan diliwat kerana dia dan kawannya melawan semasa dibuli
-kes "Aku Imam" di mana seorang lelaki Melayu bergaduh dengan penderma kurma berbangsa Cina,
-kes "kakak selipar terbang" - iaitu kes carut dan rosakkan kereta kerana rebut parking
-kes "video belasah jurujual" di mana 5 orang lelaki dan 1 wanita ditangkap kerana tersebar video mereka membelasah jurujual yang salah masuk tandas
-kes rogol ramai ramai di mana gadis diugut seks dengan mercun dalam mulut,
-Kes "Pemandu Uber cabul" di mana pemandu dibelasah rama-ramai akibat dituduh mencabul penumpang. dan banyak lagi.
 
Perlakuan agresif dan jenayah melonjak sejak beberapa minggu yang lalu. Benarkah masyarakat kita dah jadi makin ganas? Well, boleh jadi, tapi aku fikir ada penyebab lain juga.

Ada beberapa kajian di Amerika mendapati, kes jenayah, kekejaman, tindakan agresif meningkat ketika musim panas. Kajian pada 2001 dan 2010 mendapati, semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar keganasan yang berlaku. Seperti kata Profesor yang membuat kajian ini, "the scientific evidence shows that uncomfortably hot temperatures increase irritability, which in turn increases aggressive behavior, including violent crime."
 
Dan kalau anda perhati, puasa kali ini memang bertindih dengan musim panas yang terik sampai ke petang.

Apa-apapun, aku berharap tak ada lagi keganasan la dalam minggu-minggu akhir puasa ni. Tapi menurut weather card dalam telefon aku, suhu kita dalam sepuluh hari yang akan datang berkisar antara 30 ke 32 darjah selsius. Panas tu. Jadi bersedialah dengan apa-apa kemungkinan.
 
 


No comments:

Post a Comment