Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, 22 September 2017

Semua sebab ipad!




Semenjak dua menjak ni aku baca kisah tentang penutupan Toys R' Us dengan penuh minat. Untuk budak-budak zaman 80-90an, aktiviti tawaf keliling setiap blok Toy's R Us memang menjadi impian tiap kali masuk mall. Jadi bila Toys R Us mula lingkup, ramai yang menuduh hal ini disebabkan generasi zaman sekarang tak minat lagi mainan fizikal dan sibuk main iPad / Tab.

Sebagai parent dengan anak kecik, aku tergelak je baca tuduhan ni. Ya, memang budak sekarang ada iPad dan Tab. Tapi mereka juga minat mainan fizikal. Tanyalah ibubapa yang lain, budak-budak memang pantang lalu depan kedai mainan. mesti suruh mak ayah masuk dalam, pegang satu mainan tak mau lepas, macam dulu-dulu juga.

Tapi bezanya, mak ayah zaman sekarang, akan letak balik mainan tu atas shelf, dan bergerak keluar. Datang hanya untuk tengok-tengok je. Lepas tu, beli online.

Mana taknya, benda RM150 depa jual RM250. Benda RM45 dia jual RM65. Benda China jual harga Eropah. Sapa nak beli wei. Amik direct dari Amerika pun murah lagi. Pui. ibu bapa zaman sekarang dah bijak sikit berjimat. Maklumlah ekonomi masih lembap semua pun tengah fikir cara ikat wallet. Lagi satu, dah banyak persaingan dah kedai Toys R Us ni. Kalau dulu, beli mainan dari dia saja. Sekarang AEON , Parkson juga ada jual barang VTECH, Mattel dan Fisher Price. Mak bapak lebih prefer ke pasaraya terus. Alang-alang beli baju, ambil sekali mainan seketul dua. Boleh kumpul point, redeem voucher. Tu belum lagi beli dari Amazon, Ebay, malah Lazada pun ada.

Kepada peminat Toys R Us yang blame ibubapa sebagai punca toy r us lingkup, udoh la tu. Sendiri yang buat diri diorang lingkup dengan harga tak masuk akal. Bak kata pepatah, tak pandai menari blame lantai goyang-goyang. P.S. Bonus point:

Wednesday, 24 May 2017

Etika dan tips ketika membuat pre-order

Beberapa hari lepas, ada seorang rakan mengadu, bahawasanya dia telah membeli suatu makanan import dari luar negara. Dijangka sampai akhir bulan April namun kini sudah hujung bulan May, barang tidak kunjung tiba. Apabila seller mendapat tahu dia mengadu, dia dimarahi pula.

Sebagai seorang yang selalu buat pre-order dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, mungkin aku boleh bagi sikit pandangan mengenai cara dan etika mengendalikan pra-order. Terpulang pada kau mau dengar atau tidak, cuma ini pendapat aku saja. So far preorder aku kurang masalah, atau kalaupun ada masalah dengan item, aku berjaya selesai dengan baik tanpa diberi rating rendah oleh customer tersebut. (dengan famili, kawtim saja lol). Jadi sesiapa di sini peniaga, mahupun kaki shopping yang nak jimat kos dengan tong-tong transport bersama kawan, ini perkara yang perlu anda ikuti:

  1. Beritahu barang pre-order tu macamana - ada di antara seller tak cakap bahawa barangnya adalah preorder. Bila sudah dibayar, baru bagitahu pre-order. Seharusnya jika ini berlaku, tanya customer samada mahu tunggu atau pulangkan wang. Mana tahu, dia memerlukan barang tu segera. Oh ya, beritahu awal-awal jangkaan tempoh ETA barang. Ini penting atas sebab yang sama. Kalau aku biasanya lebihkan sikit ETA takut ada masalah. Dan kalau lagi awal sampai customer lagi suka, ye tak?

  2. Preorder seharusnya lebih murah dari retail -  Ini pendapat aku sahaja. Jadikan harga sebagai "reward" untuk orang yang bersabar. Lagipun kalau harga sama macam di kedai, baik beli di kedai kan? (disclaimer: kalau barang tu tak ada di Malaysia atau sentiasa habis stok, mungkin boleh harga sama seperti retail. Ini kerana bagi customer, mempunyai barang yang "rare" atau "limited edition" sudah cukup "reward" bagi mereka)

  3. Pilih opsyen transport yang betul - ada website, macam website jepun aku shopping hari tu - ada both kapal terbang dan kapal laut. Ada yang kapal terbang saja, ada yang kapal laut saja. Fahamkan mana yang sesuai untuk barang anda. Contohnya benda bermagnet dan berbateri tak boleh bawa naik kapal terbang kargo. Barang dengan saiz kecil sesuai untuk kapalterbang. Begitu juga barang yang cepat expired seperti makanan atau haiwan hidup perlu dibawa masuk segera. Tahukah anda seafood selalu mahal sebab bawa naik kapal terbang? Itulah pasal kadang-kadang kedai seafood banyak tepi airport. Oleh itu, janganlah makanan perishable bawa pakai kapal laut. Kalau sangkut kat kastam expire macamana? Sampai customer jadi cendawan? aiyokk. 

    Ada satu hari di bulan May ni, laki aku minta carikan barang. Online shop tempatan ada buat preorder. Aku tengok harga dan tempoh dia, aku banding dengan harga dari website negara asal. Rupanya dia ambil shipping laut yang paling murah, dan aku syak yang option tanpa insurans. Kalau calculate memang dapat yang tu. Apalagi menyirap la aku lalu aku suruh laki aku jangan beli dengan yang tempatan ni. Tau la barang bukan makanan, tapi mana tau pecah dan hilang. Ambillah insurans.

  4. Dapatkan tracking number barang- Kalau anda urus pre-order sendiri, ini no-brainer. Tapi kalau jenis buat dropship atas dropship atas dropship, kalau boleh dapatkan dari supplier. Kalau tak bagi tracking pun paling kurang bagi screenshot item sekarang di mana. Oh, ini berkaitan dengan poin seterusnya iaitu-- 

  5. Sentiasa update tentang keadaan barang - sekarang di port mana? docking ke belum? ada di kastam? menunggu boarding cargo? dan sebagainya. Cara yang paling baik ialah guna tracking app, seperti AFTERSHIP yang aku setia gunakan sampai sekarang. AFTERSHIP ni akan tracking barang dan buzz anda kalau barang ada update, tak kiralah tracking number China, UK, US, Malaysia, Jepun....semua ada!

    Ini penting, sebab kadang-kala masalah barang akan ditulis di tracking. Sangkut di kastam? Ada di tracking. Masalah dengan kapal? ada di tracking. Ditahan di depot courier? Ada di tracking. Destinasi salah alamat? Ada di tracking. Dengan ini, masalah boleh tahu lebih awal.

  6. In-contact dengan pihak transport - kalau pihak transport tu dropship atas dropship anda, tak dapat den nak nolong. TAPI, kalau anda sendiri yang uruskan, TOLONG, TOLONG sentiasa update. Aku dulu, check hari-hari update barang (well sekarang pun sama haha). Ada pernah barang lambat sikit dengan kastam, tanya punya tanya courier, dia cakap nanti setel 2-3 hari ni, sabar cik. Memang betul setel dalam 2 hari. Ada pernah sangkut sehari sebab berat terlebih dari dinyatakan, lepas bayar zupp dia proses naik kapal.

    Sekali tu, barang sangkut dua minggu kat cargo hold airport.  Aku pelik kenapa. Lepas contact courier, cakap ala ayam itik sikit, baru aku tau panjang packaging melebihi had kapalterbang cargo (padahal barang tak besar mana, supplier bagi kotak besar). Nasib baik tahu awal, minta courier return barang ke supplier, dan contact customer pulangkan duit. Tak ada la teriak customer tu menunggu barang tak tiba sampai sebulan ya!

  7. Jujur dengan customer - ni paling penting. Maaf la cakap, kasar-kasar aku pun, angin dengan customer dari neraka pun, aku jawab dengan dia dalam fon, chat atau dalam whatsapp, secara bersopan. Secara formal. Kau rasa aku maki customer depan-depan? Tak adanya...kalau ada dah lama viral.  Ni untuk survival jangka panjang bisnes jugak. Biar rugi duit asal tak rugi malu.

    Customer bising-bising barang lambat sampai, barang rosak, sampai design tak sama. Jawab baik-baik. Memang hak dia nak tanya. Ya, sakit hati sedikit kalau dia selalu tanya. Biasalah tu. Tapi jawab juga baik-baik. Macam kak Di (Fleur by Ms Him) pernah cerita zaman meniaga tudung importnya dulu. Barang sangkut, satu, satu customer dia email cerita. Yang baik hati suruh teruskan ada, yang minta refund tang tu jugak pun ada. Kena marah, aku imagine, mesti ada punya. Aku faham juga, letak diri sebagai customer--barang kita tak sampai, atau sampai lain macam--mesti marah kan.

    Pernah sekali terjadi kat aku, barang preorder sampai patah riuk. Supplier bangang tak bubble wrap. Aku agak dah mesti customer marah punya. Aku snap gambar dan bagitau jugak dia pasal tu. Aku expect kena maki. Sekali....

    "Nanti next shipment bagitau ya. Saya memang nak design ni."

    Allahu.

  8. Jangan angkuh - Ni yang last dan paling penting. Jangan 100% SURE yang barang tu sampai punya kat tangan kau. Aku kalau paling yakin dgn shipment tu, nanti ada la jadi Tuhan nak tunjuk. Contoh bulan lepas, barang belum sampai aku dah gebang. Sekali tracking number 4 hari tak jalan. Konfem la tu ada problem. Adudududu. Terpaksalah mintak refund. Nasib baik dapat supplier backup, lambat sikit la 2 minggu tapi sampai jugak ke tangan customer.

    Ingat, customer tu kira tolong kita la tu kerana sudi ber-pre order. Sebelum ni, seller kena keluar duit sendiri dulu, beli barang, barulah letak di kedai. Itupun gamble jugak tengok kalau ada yang membeli. Sekarang risiko dah bahagi dua - seolah customer keluarkan duit modal bagi pihak kita. Dia tolong pegang risiko kita dengan tampung perbelanjaan kita. Jadi duit yang ada boleh rolling-rolling bayar benda lain pulak (or bayar vacation kau ke PD, if that's your thing). Jadi kalau boleh value lah sistem preorder ni dan kekalkan integritinya. Kalau ramai seller buat preorder secara sistematik, efisen, dan jujur, lebih ramai lagi orang akan percaya kepada pre-order.

    OK itu saja dari aku hari ini. Kalau kau suka, sila share. Kalau tak suka, pun share dengan group gosip whatsapp kau. Kakaka. OKBAI.



Wednesday, 12 April 2017

Hartanah Songlap

Semasa melepak rumah mak aku tadi, dia ada cerita sesuatu yang menarik. Rakan sekerja dia, ada memiliki satu rumah sewa berhampiran Universiti X (rahsia, bukan Uni aku ya). Masa dia mencari penyewa baru haritu, dia dihubungi seorang pelajar Uni X, katanya nak menyewa.

Bila ditanya, pelajar tu mengaku bahawa rumah itu bukan untuk diduduki, tapi untuk diicari untung. Basically, dia sewa rumah, cari penyewa baru untuk masuk, dan markup harga tinggi sikit.

Maknanya, sewa atas sewa. Katanya, dia dah dapat beberapa buah rumah sewa untuk diniagakan dengan cara begini.

Aku risau sebenarnya. Aku harap benda ni tak menjadi trend, sebab bila dah sewa atas sewa, maknanya kadar harga rumah sewaan pun akan semakin naik. Dahlah ramai yang tak mampu membeli rumah, nanti di masa depan pula, ramai yang tak mampu menyewa.

Janganlah game-kan keperluan asas beb.

Tuesday, 11 April 2017

Serang Sama Syria

12.4.2017.

Harini netizen US bising sebab Jurucakap Trump membandingkan antara Assad dan Hitler dengan ayat "At least Hitler tak guna senjata kimia k"
-Hitler memang ada pasukan saintis khas yang kaji / buat senjata kimia. Yang banyak masa tu gas Sarin, Tabun. Dan paling femes jangan lupa, Zyklon B.  <-- ni cyanide versi gas.

-Gas chamber memang wujud dah zaman Hitler masa dia bina concentration camp. Sarin gas dia pakai, kalau tak silap. Satu yang scarynya pasal Jerman- sampai sekarang ni- memang jenis masyarakat yang efisen. Apa kerja pun dia fikir cara mana paling cepat dan paling banyak hasil. Dan dalam kes Nazi ni, fikiran dia berkisar kepada cara yang paling cepat dan paling banyak untuk bunuh orang. Oh ya, bunuh "bukan orang", sebab dia anggap mereka tu bukan orang walaupun rakyat dia sendiri.

Jadinya, bilik dibuat khas tanpa tingkap, cuma ada paip laluan kecil, tempat dia tuang Zyklon B. Tuang la sampai tawanan mati. Tapi bak kata saksi, meraung-raung jugak la orang kat dalam selama 20 minit. Dua puluh minit pun dua puluh minit la, apa diorang kisah, terus guna juga cara ni.  Alasan masa tu sebab nak jimat peluru. Lagi tahi lepas mati tu mayat kena check satu-satu, kalau pakai barang kemas atau gigi emas, semua kena cabut, buat balik modal. Ya, barang kemas, maknanya yang kena bunuh tu kebanyakannya perempuan. Dengan anak-anak sekali.

-Oh ya, penyokong Trump cakap Hitler tak pakai di medan perang, sebab dia sendiri pun pernah kena Mustard Gas masa Perang Dunia Pertama dulu. Tapi nama pun orang gila, lama-lama dia termakan hasutan pegawai dia juga. (Tak percaya pergi cari video lama Hitler hadir Olimpik. terketar-ketar sebab dia dulu rajin ambil meth). Anyway, selepas dihasut para pegawai dia yang kata "Khabarnya orang Allied pun ada banyak gas beracun, kita takkan tak ada kot?) Maka, dia naikkan production sarin dan pakai juga masa perang. Battle of Kerch, contohnya, di Crimea. Tentera Red Army dengan Nazi dah berperang tiga bulan lebih. Ramai dah terbunuh tapi ada "baki-baki yang degil" katanya. Oh ya termasuk juga penduduk yang lari masuk dalam kuari / gua. Nazi malas nak serang lagi dah, bazir masa katanya, baling jelah gas beracun. Hanya beberapa orang je yang hidup. 

Pakkal je masa tu, dia tak pakai dekat Battle of Normandy, sebab saintis dia tak dapat cara nak buat gas mask untuk kuda yang nak angkut Sarin dia bawak pergi medan perang. 

Jadi Sean Spicer, dan mungkin para politikus yang akan datang-- janganlah compare sesiapa dengan Hitler. Dia punya gila tahap kalau setan tengok, setan pun give up. Assad ni pun, aku tak cakap la dia baik ke apa. Dia pun serupa diktator juga.

Cuma beza diktator kejam dulu dan sekarang ada satu je - funding. Kalau banyak funding satu dunia dia boleh licinkan.

Tahu?