Tuesday, 11 April 2017

Serang Sama Syria

12.4.2017.

Harini netizen US bising sebab Jurucakap Trump membandingkan antara Assad dan Hitler dengan ayat "At least Hitler tak guna senjata kimia k"
-Hitler memang ada pasukan saintis khas yang kaji / buat senjata kimia. Yang banyak masa tu gas Sarin, Tabun. Dan paling femes jangan lupa, Zyklon B.  <-- ni cyanide versi gas.

-Gas chamber memang wujud dah zaman Hitler masa dia bina concentration camp. Sarin gas dia pakai, kalau tak silap. Satu yang scarynya pasal Jerman- sampai sekarang ni- memang jenis masyarakat yang efisen. Apa kerja pun dia fikir cara mana paling cepat dan paling banyak hasil. Dan dalam kes Nazi ni, fikiran dia berkisar kepada cara yang paling cepat dan paling banyak untuk bunuh orang. Oh ya, bunuh "bukan orang", sebab dia anggap mereka tu bukan orang walaupun rakyat dia sendiri.

Jadinya, bilik dibuat khas tanpa tingkap, cuma ada paip laluan kecil, tempat dia tuang Zyklon B. Tuang la sampai tawanan mati. Tapi bak kata saksi, meraung-raung jugak la orang kat dalam selama 20 minit. Dua puluh minit pun dua puluh minit la, apa diorang kisah, terus guna juga cara ni.  Alasan masa tu sebab nak jimat peluru. Lagi tahi lepas mati tu mayat kena check satu-satu, kalau pakai barang kemas atau gigi emas, semua kena cabut, buat balik modal. Ya, barang kemas, maknanya yang kena bunuh tu kebanyakannya perempuan. Dengan anak-anak sekali.

-Oh ya, penyokong Trump cakap Hitler tak pakai di medan perang, sebab dia sendiri pun pernah kena Mustard Gas masa Perang Dunia Pertama dulu. Tapi nama pun orang gila, lama-lama dia termakan hasutan pegawai dia juga. (Tak percaya pergi cari video lama Hitler hadir Olimpik. terketar-ketar sebab dia dulu rajin ambil meth). Anyway, selepas dihasut para pegawai dia yang kata "Khabarnya orang Allied pun ada banyak gas beracun, kita takkan tak ada kot?) Maka, dia naikkan production sarin dan pakai juga masa perang. Battle of Kerch, contohnya, di Crimea. Tentera Red Army dengan Nazi dah berperang tiga bulan lebih. Ramai dah terbunuh tapi ada "baki-baki yang degil" katanya. Oh ya termasuk juga penduduk yang lari masuk dalam kuari / gua. Nazi malas nak serang lagi dah, bazir masa katanya, baling jelah gas beracun. Hanya beberapa orang je yang hidup. 

Pakkal je masa tu, dia tak pakai dekat Battle of Normandy, sebab saintis dia tak dapat cara nak buat gas mask untuk kuda yang nak angkut Sarin dia bawak pergi medan perang. 

Jadi Sean Spicer, dan mungkin para politikus yang akan datang-- janganlah compare sesiapa dengan Hitler. Dia punya gila tahap kalau setan tengok, setan pun give up. Assad ni pun, aku tak cakap la dia baik ke apa. Dia pun serupa diktator juga.

Cuma beza diktator kejam dulu dan sekarang ada satu je - funding. Kalau banyak funding satu dunia dia boleh licinkan.

Tahu?

5 comments:

  1. https://www.youtube.com/watch?v=LfWcXkgyzio

    kaler hitam putih blog mcm kalut dgn text la...

    ReplyDelete
  2. Time kita membesar sbg kanak2 ribena 80s, Iraq dan Iran berperang, time tu dah guna chemical weapon. Baca buku Robert Fisk, budak remaja Iran baca Quran dlm train dgn mulut berdarah berbuih hasil serangan gas. Supplier of weapons? Bukan setakat US n Russia, negara Mr bean Dan jiran2 eropah pun join <--tiru sebijik2 komen aku kat page FB haha

    ReplyDelete
  3. eh tak perasan pulak masalah formatting ni. kejap nak tukar

    ReplyDelete
  4. ok your 4 new entry formatting ok. yg the rest before entry "bank negara" tu quite the same problem huhu.

    oh ya just share2 knowledge. aku dulu pernah ditegur one reader, bila guna setting blackground black, text white.
    http://zyraroxx.blogspot.my/2016/01/background-entri.html

    dulu aku follow u, nomi nob cobbler,n others dalam terfaktab dan pseudosaing blogspot....

    then korang punya flame mcm kurang,from 2013 to now, aku follow the young bloggers in the buasirotak production huhu https://www.facebook.com/buasirotakthekomik/

    skrg ni je start follow blk korang....ok selamat merepair blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pseudosains.blogspot...pseudosaing tu loghat ganu / typo huhu

      Delete