Ya, aku doktor google.
Anak aku tiba-tiba demam yang tersangat panas, 39c ke 40c, pada hari sabtu lalu.
Maka besok paginya, aku ke farmasi membeli suppositori paracetamol, cara penggunaan, dipelajari dengan bantuan google.
Sebab apa? sebab setiap kali anak aku demam sebelum ini, aku ke klinik 24 jam dan jawapan cukup mengecewakan.
"ok je tempreature dia ni. "
"Ala, sihat je."
Kemudian aku dihantar pulang ke rumah. Kalau pujuk lebih sikit, dapat antibiotik.
Isnin, anak aku demam kebah sikit, tapi selera makan masih tak ada, malah kali ini enggan makan. Aku lihat, bintik-bintik mula naik di tangan dan kaki.
Ya, aku doktor google.
Aku tau ni simptom apa.
Aku bawakan ke klinik berdekatan yang ada paeds dan review terbaik dalam FB.
"Ala, tak ada apa pun. Viral fever je ni. Tengok, dah nak sembuh dah tu."
"Betul tak ada apa?" aku minta kepastian. "selera makan dia tak ada. Ni bintik-bintik merah ni apa?
"Tak ada apa..." senyumnya. "by the way suppositori haritu ada lagi?"
Dia hantar aku pulang dengan suppositori empat ringgit yang sama, tapi bil konsultasi tiga puluh lima. Lantak lah, asalkan aku ada opinion daripada orang yang berlesen ternama.
Maklumlah, aku cuma doktor google.
Aku bukan ada apa.
Pagi ini, Selasa, anak aku mula menjerit menggila. Ditunjuk-tunjuk kakinya yang sudah mula kembang biji-biji. Digarunya sampai berdarah, menangis. Masih lagi enggan makan, cuma mahu air, itupun kerana terlalu dahaga. Panas? Masih panas lagi badannya.
Aku tahu ini apa. Malam itu, aku ke doktor kedua. Anak muda. Sekali pandang, dia mengangguk. HMFD, confirm! Aku dihantar pulang dengan antibiotik untuk ulser mulut dan calamine untuk bintik di tangan/kaki. Anak aku mula ceria dan makan.
Aku lega!
Cuma aku kecewa, kerana aku percayakan betul-betul cakap doktor pertama tu.
Kerana, sebaik saja dia khabarkan anak aku sebenarnya dah nak pulih demam, aku dengan gembiranya menjejak pos office hantar barang, menyinggah petronas mengisi minyak, melawati jusco membeli sayur dan ke pergi Secret Recipe makan kek!
Biarpun aku masih dengan perlakuan biasa, mengelap semua peralatan dengan tisu antibakteria, mungkin ada yang tidak kena. Bayangkanlah berapa banyak tempat aku dah jangkitkan dengan HMFD tu.
Kalau benar ada anak-anak kecil orang lain yang terkena, maafkanlah aku.
Aku betul-betul percayakan doktor tu.
Maklumlah dia, doktor universiti dan aku pula,
doktor google.
Showing posts with label childcare. Show all posts
Showing posts with label childcare. Show all posts
Tuesday, 11 October 2016
Thursday, 30 June 2016
Sayang anak tinggal-tinggalkan, sayang isteri tangan-tangankan. Eh!
![]() |
Context: Ada orang post haritu, tentang dia jumpa laki bini yang sibuk makan buffet. Bila ditanya mana anak, katanya tinggal kejap dengan mak sebab dah leceh bawak budak masuk buffet. |
YES . I AGREE WITH YOU KAK DI.
Ada taboo dalam masyarakat sekarang, terutamanya dalam voluntary stay-at-home moms, yang geng yang suka tinggal anak ni geng yang tak menghargai rezeki anak diorang, aka geng mak tak guna. Well, while there are real mak tak guna in town (aka yang tinggal anak BERBULAN dekat mak ayah tapi dia perhgi jolikatak dengan boipren baru tanpa bagi sesen pun nafkah), there's a reason why sometimes omputih selalu tinggal anak dgn pengasuh/mak ayah. Dan dating makan berdua laki bini:

1) nak ambil balik mood romantik macam zaman couple dulu.
Ni tidak, dah lima nam tahun kawin hari-hari tengok muka sememeh baju kelawar baukari papukari dengan sudip di tangan, kunyit di jari. Yang lelakinya pulak bangun pagi pi kerja, balik rumah penat tertido besok bangun pi kerja balik.
Hujung minggu keluar rumah pun shopping kira habis dating lah tu padahal dari lima jam shopping, empat jam setengah duk tangkap anak lari simpang siur celah Tesco macam polong. Pegang tangan pun lebih kurang namblas saat sebelum anak sulung penampo anak bongsu lepastu start balik mengamuk.

Cukup lima rembulan tak dapat kasih sayang laki, si bini pun bukak post dalam grup Fesbuk. "Salam warga KRT, apa nak buat jika lelaki kita tak beri perhatian pada kita??!!" Siap extra tanda seru kot nak tunjuk superwoman dah jadi supermarah kan.
2) nak discuss hal ehwal rumahtangga dalam keadaan tenang.
Lagi-lagi anak dah pandai mendengar dan menjawab. Nk cerita pasal tambah adik ka, tukar karier ka, pindah rumah ke, ada budak kat sebelah konpem dia tumpang sekaki dengar lepastu tambah pendapat sendiri. Dari benda boleh setel sejam terus jadi tiga jam setengah.
Nak cerita pasal perancangan untuk anak-anak tu pun, baiklah cerita tanpa mereka di sisi. Ni tidak nak cakap pasal pergi KFC pun kena eja Kap Fah Ca Ya depan-depan takut anak daripada duduk tenang terus melompat histeria.
Budak-budak. Kau fahamlah macamana. Tidur nak sekali, kalau tak meraung. Makan nak kena duduk tepi, biarpun tak mau disuap, kalau tak dia flip pinggan tu ke lantai tak pun pergi sorok bawah kerusi. Kita memasak di dapur pun dia join sekali bukak tutup peti sejuk macam chef tengah cari basil. Pergi toilet pun nak join, kalau tak meroyan. Wajib OK budak-budak ni tengok engko memerut. Apa ke best nya tengok orang memerut pun aku tak tau, siap senyum simpul tangan ke ke belakang macam YB memberi ucapan. Pelik nau budak-budak ni kadang.
Yang peliknya si pengkritik semalam pun tahu "anak kecil memang lasak". Dah tu kalau kau faham, apa alasan kau? Adakah bajet kau boleh kawal semua anak-anak kau? Atau kau jenis hauk jugak lantak la nak meroyan menyepah tempat orang, bawak jugak pi candlelight dinner, gitu? Nanti pergi honeymoon kat hotel macamana? Satu bilik ke? Camana nak beromen hanimun? Suruh anak-anak masing-masing mengadap TV sambil buka hotel channel ke? Dahlah movie hotel tak sedap! Balik2 movie sepuluh tahun lepas yang rambut pelakon pun masing-masing macam Rosmoh.
Oh ya, korang tak pergi honeymoon. Good luck.
Ya, Anak ditinggalkan dengan orang lain. Bukan tanda kita merasakan itu "bebanan". Kalau bebanan dah lama kena tinggal depan Rumah Kebajikan macam korang tinggal kucing depan Gerai Pokdin. Tapi sebab sekali-sekala kita mahu rasa ketenangan. Rasa macam manusia. Kalau 365 hari 24 jam fikir pasal si kecil, apa salahnya satu hari fikir pasal kita. Masa ni la nak fikir hala tuju diri sendiri. Nak buat refleksi diri. Nak tegur menegur luah rasa hati. Nak cakap terus terang dengan hati sendiri. Kita hari-hari rawat orang, kita lupa kita perlu satu hari untuk rawat diri sendiri. Satu hari, pun cukuplah. Kalau lebih dua tiga hari pun lagi best, Alhamdulillah. Bila balik makin rasa segar bugar macam kelahiran semula. Percayalah.
Sayang kita pada anak tu tak berkurang biarpun hari kita dengan dia berkurang satu hari, dua hari. Kita rasa begitu sebab pandangan orang. Ye, pandangan orang yang nokharom. Padahal dalam hati kita ada budak-budak tu. Dalam wallet ada gambar budak-budak tu. Dalam handphone wallpaper gambar budak tu. Kalau berborak sebut juga nama budak tu. Kalau on the way balik nampak kedai kek ke kedai hadiah ke mesti ada teringat diorang, nak bawak balik sikit buah tangan. You tell me, tak ada rasa sayang ke tu?

*********************
Haritu, aku tetibe rindu masjid. Well, kalau kau nak tahu, bulan Ramadan ni sekali pun aku tak terawikh, kecuali satu hari. Sebab tiap hari pumpang pumpang siapkan anak siapkan makanan kemas rumah. Last2 aku tinggal anak dengan laki aku dan mintak izin terawikh di masjid yang aku dulu selalu lepak, for old times sake. (OK. korang boleh cakap pasal tak terawikh di rumah je macam post fesbuk yang viral tu? Wel...solat maghrib pun kena tarik kain kena baling barang kau rasa boleh complete terawikh 8 rakaat ke dengan budak umur 18 bulan gini?) Bawak gi masjid? Tah, tak sesuai lagi. Masjid aku bukan ada babysitter macam masjid hangpa.
And then aku pergi terawikh buat satu hari. Pertama kali dalam dua tahun. Sebak aku masa solat. Sebab pertama kali aku boleh concentrate. Baca AlFatihah sampai habis tanpa kain kena selak. Rukuk tanpa terlanggar budak berlari-lari. Sujud tanpa perlu risau "bunyi apa gedengang belakang tu? anak aku jatuh ka?" . Full, terawikh sampai solat witir aku setel. Dah lama tak feel macam tu.
Sekarang aku tengah fikir, mana nak letak si kecil ni (selagi dia belum ada kemahiran duk diam ataupun selagi takde tempat khas budak dalam masjid sini) supaya aku dapat solat dengan tenang. Rasa nak tinggal lagi dekat orang supaya boleh solat. Boleh bercakap dengan Allah betul-betul dengan penuh penghayatan.
Jahatkah aku?

Jahatkah aku, lagi-lagi kalau laki rela jaga. Adik rela jaga. Atau si mak mertua/mak sendiri pun rela hati menjaga si kecil sebab rindukan cucu.
PS. Takut nak susahkan mak ayah tinggal anak dengan diorang? ada group babysitter dalam FB ni. Orang offer jadi babysitter partime, sometimes student pun ada offer untuk mak pak pi dating. Ambil peluang.
Subscribe to:
Posts (Atom)