Pagi tadi.
Dalam pukul sembilan, laki aku pergi kerja. Aku dengar bunyi pagar dibuka. Lalu aku pun berfikir; hah, apa kata aku tidur sekejap sampai pukul 10, lepas tu baru aku siap settlekan order hari ini.
Sedang aku lena (tak lena sangat pun lebih kurang tidur-tidur ayam juga), aku terdengar bunyi pintu dibuka.
Kemudian bunyi kuis-kuis. (ah, kucing)
Kemudian bunyi tolak sofa.
Kemudian bunyi geledah.
Aku pasang telinga, dengar pula bunyi org kuis dulang duit syiling atas meja.
Fak, aku fikir dalam kepala, ni mesti pencuri!
Aku terngiang ngiang kisah yang adik aku cetritakan, di mana dia bertembung dengan pencuri di ruang tamu rumahnya.
Aku bangun, cari senjata di tingkat atas. Tak ada.
Cuma ada mainan-mainan anak aku selonggok. Ada rocking horse anak aku. Lebih kurang lebar semeter, plastik keras.
Jadilah. Aku tunggu tepi tangga, nak menyerang.
Tetiba...laki aku yang lalu. Tak ada salam tak ada hai, terus laju masuk bilik menggeladah. Semua dia tunggang. Patah kelambu aku dibuatnya.
Aku perati je.
Dia sedar ke tidak sikit lagi nak kene hempuk dgn aku.
Oh ya, selepas itu aku tanya dia apa yang dia cari. Katanya kunci dan cermin mata. Lepas dia keluar, aku jumpa kunci atas meja (tepi dulang syiling tadi) dan kunci rumah di luar, antara beberapa buah tin cat.
Entahlah labuuuuuuu.
Showing posts with label momlife. Show all posts
Showing posts with label momlife. Show all posts
Monday, 14 November 2016
Tuesday, 11 October 2016
Doktor Google
Ya, aku doktor google.
Anak aku tiba-tiba demam yang tersangat panas, 39c ke 40c, pada hari sabtu lalu.
Maka besok paginya, aku ke farmasi membeli suppositori paracetamol, cara penggunaan, dipelajari dengan bantuan google.
Sebab apa? sebab setiap kali anak aku demam sebelum ini, aku ke klinik 24 jam dan jawapan cukup mengecewakan.
"ok je tempreature dia ni. "
"Ala, sihat je."
Kemudian aku dihantar pulang ke rumah. Kalau pujuk lebih sikit, dapat antibiotik.
Isnin, anak aku demam kebah sikit, tapi selera makan masih tak ada, malah kali ini enggan makan. Aku lihat, bintik-bintik mula naik di tangan dan kaki.
Ya, aku doktor google.
Aku tau ni simptom apa.
Aku bawakan ke klinik berdekatan yang ada paeds dan review terbaik dalam FB.
"Ala, tak ada apa pun. Viral fever je ni. Tengok, dah nak sembuh dah tu."
"Betul tak ada apa?" aku minta kepastian. "selera makan dia tak ada. Ni bintik-bintik merah ni apa?
"Tak ada apa..." senyumnya. "by the way suppositori haritu ada lagi?"
Dia hantar aku pulang dengan suppositori empat ringgit yang sama, tapi bil konsultasi tiga puluh lima. Lantak lah, asalkan aku ada opinion daripada orang yang berlesen ternama.
Maklumlah, aku cuma doktor google.
Aku bukan ada apa.
Pagi ini, Selasa, anak aku mula menjerit menggila. Ditunjuk-tunjuk kakinya yang sudah mula kembang biji-biji. Digarunya sampai berdarah, menangis. Masih lagi enggan makan, cuma mahu air, itupun kerana terlalu dahaga. Panas? Masih panas lagi badannya.
Aku tahu ini apa. Malam itu, aku ke doktor kedua. Anak muda. Sekali pandang, dia mengangguk. HMFD, confirm! Aku dihantar pulang dengan antibiotik untuk ulser mulut dan calamine untuk bintik di tangan/kaki. Anak aku mula ceria dan makan.
Aku lega!
Cuma aku kecewa, kerana aku percayakan betul-betul cakap doktor pertama tu.
Kerana, sebaik saja dia khabarkan anak aku sebenarnya dah nak pulih demam, aku dengan gembiranya menjejak pos office hantar barang, menyinggah petronas mengisi minyak, melawati jusco membeli sayur dan ke pergi Secret Recipe makan kek!
Biarpun aku masih dengan perlakuan biasa, mengelap semua peralatan dengan tisu antibakteria, mungkin ada yang tidak kena. Bayangkanlah berapa banyak tempat aku dah jangkitkan dengan HMFD tu.
Kalau benar ada anak-anak kecil orang lain yang terkena, maafkanlah aku.
Aku betul-betul percayakan doktor tu.
Maklumlah dia, doktor universiti dan aku pula,
doktor google.

Saturday, 8 October 2016
Tuesday, 20 September 2016
Sabo jelah
Anak aku mengamuk tadi.
Mengamuk macam budak dua tahun la (padahal belum pun).
Puncanya, dia seronok naik eskalator, siap bertepuk tangan bila turun.
Lepastu dia nak ulang naik. Tapi aku tak bagi.
Mula-mula menjerit. Lepastu tangan tunjuk-tunjuk. Tepastu tarik-tarik kita suruh pergi eskalator.
Lepastu bila kita tak mahu, dia duduk.
Lepas tak mahu, dia baring.
BARING ATAS LANTAI.
"Anas, tak boleh," tu jawapan aku pada dia, dengan lembut sebaik mungkin. Tak aku hiraukan acik-acik yang lalu lalang, lantak la engko pikir apa.
Aku angkat dia lagi. Dia tunjuk-tunjuk eskalator sambil tarik aku.
Aku cakap, selembut yang boleh, dengan suara yang tahan gelak.
"Tak boleh Anas, tu eskalator turun, kalau dah turun tak boleh naik dah"
Apa dia heran, lagi meraung ada la.

Monday, 19 September 2016
Lepak Luar Lepas Kahwin (LLLK) - Kupasan Khas
Amboi, Kupasan Khas wok lu!
Anyway, semenjak dua menjak ni isu laki suka lepak dengan member jadi isu hangat sekejap. Terutama bila FB influencers (yg ni term aku kasi sendiri kepada gang2 FB yang asal depa tulis je ribu-ribu shares dapat) tulis pasal hal ini. Nak pulak ramai yang setuju dan ramai yang tak.
Berikut ialah postnya (post asal di sini)

Jadi dengan 28k shares boleh disimpulkan yang ini sebenarnya pendapat ramai juga wanita. Pendapat aku?
Hm..Aku tak setuju.
Mesti engkorang rasa aku acah-acah nak jadi "Cool Girl" Amy Dunne kan , konon sporting padahal dalam hati terbakar? Hahaha. Dah agak dah. Tapi bagi aku, keperluan lepak luar ni berkadar terus kepada jenis lelaki tersebut.
Jenis intorvert dan extrovert? Ya. Macam yang korang tau (kalau tak tau google lah sendiri, dah banyak orang bincang hal ni kot) extrovert ni kena "recharge" semula dengan social situation. Maknanya kalau kerja pumpangpumpang penat gila siap OT kena tembak dengan boss lagi, last thing dalam fikiran ialah "kena pi lepak ni, kat mana eh?"
Sebab diorang dah drained, dah habis emosi, dan lagi ramai orang dia dapat ketemu, lagi banyak la tenaga dia 're-energize balik'. Aku ada kenal juga beberapa orang begini, lelaki dan perempuan. Ada yang pasangan chill boleh memahami. Ada yang break juga sebab tak puas hati.
"Nak release tension? Saya kan ada, ceritalah kat saya!" Tak juga miss, borak dengan member ni lain daripada borak dengan pasangan. Satu, mungkin diorang tak faham 100% apa kita cakap, dan dua, kalau nak pandangan pasal apa-apa, lebih baik la dapatkan pandangan dari neutral third party. Also, ketiga: banyak benda yang tak tahu jadi tau bila lepak dengan member. Lagi-lagi ada member yang jenis "aku punya kawan punya kawan kan..." pergh yang ni sedap betul dengar cerita dia.
Extrovert macam tu. Introvert pula, diorang jarang lepak, sebab lepak ni menghabiskan tenaga diorang. Kalau dapat yang cenggini, memang ramailah kaum perempuan yang gembira. Sebab terperuk dalam rumah aje tengok tv surf internet sampai gemok.
Begitulah laki aku, jenis tak suka keluar. Macam best, tapi kadangkala aku rasa kesian dengan dia. Hidup dia dalam empat segi bilik opis di siang hari, dan empat segi bilik rumah di malam hari. Kalau kami bermalam rumah MIL aku mesti akan sebut "Bang, alang-alang abang dah balik sini abang taknak hangout dengan exschoolmates ke?" Kemudian barulah dia akan mesej exschoolmates dia, ada yang terima pelawaan, ada yang tidak. Ada yang dia rasa segan tinggalkan aku, aku join sekali dengan anak. Apakedehal, asalkan bagitau nama tempat lepak, bila dan berapa lama nak lepak. Also bawak balik roti nan cheese kalau tak siap!
Antara sebab aku buat camni ialah, laki aku ni pendiam, macam aku. Dan bila pendiam, kawan pun tak banyak lah. Bila kawan tak banyak, makin lama makin tua makin la berkurangnya. Aku risau part ni je. Kang umur 40 an kawan tu jumpa sekadar kat kenduri member je. Itupun kalau ada member yang kahwin lagi sekali!
Gitulah pendapat aku. Cumanya bila socializing samada lepak mamak atau lepak mancing ke lepak DOTA ke, pastikanlah dah bagitau awal-awal kat mana, balik pukul berapa, dengan siapa. Hat tu la paling penting. Handphone tak boleh silent (dan bini jugak kena berjanji takkan call lebih dari sekali kecuali urgent) dan angkat bila di call. Bukan bini engko nak tuduh engko balik lewat sebab pi romen dengan belen, tapi depa takut lewat tu sebab eksiden ke, kena rompak ke, motor pancit ke, bolehlah tolong.
Socializing is the oldest need of human. Kalau tidak taklah wujudnya bahasa berbagai dialek dan slanga. Lagipun, zaman dulu-dulu (tak ada lah dulu sangat, zaman mak bapak kita pun), perempuan pun ada melepak gak tahu? Kalau laki keluar rumah pi menoreh pi meraih ikan ke, hat perempuan duk rumah je ke? Tak aih, sarung selipar pakai selendang, turun pi rumah member hujung jalan. Gosiplah berjam-jam sambil kunyah biskut. Untung nasib sikit gosiplah sambil belek kain pasang, set barang kemas tak pun pinggan mangkuk.
Tu la pasal bisnes Avon dan Tupperware naik masa tu tau dak? Sebab budaya lepak ni la. Zaman sekarang janganlah nak harap ada. Buka pintu tutup pintu siram bunga sangkut baju, hello, byebye. Lepastu mengadu kat lelaki, bosan lah bang! Lepastu duk jaki sebab abang ada member tapi ayang takdak member, di mana kah keadilan bang!!! Saya dah lupakan semua member saya lepas kahwin tapi abang boleh kawan dengan diorang!!! Saya jeles bang jeles!!!
Opss! Terlebih sudah.
Opss! Terlebih sudah.
Moral of the story:
Semua orang ada keperluan bersosial. Dua-dua laki bini kena komunikasi. Bila, berapa lama, berapa kerap, kenalah bincang supaya dua-dua puas hati. Masing-masing kena tahu dengan siapa pasangan nak berkawan. Dan bagi yang takdak kawan tu....berkawanlah. Bila tak dak kawan tu yang kepala duk fikir bukan-bukan tu. Paham kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)