Anak aku mengamuk tadi.
Mengamuk macam budak dua tahun la (padahal belum pun).
Puncanya, dia seronok naik eskalator, siap bertepuk tangan bila turun.
Lepastu dia nak ulang naik. Tapi aku tak bagi.
Mula-mula menjerit. Lepastu tangan tunjuk-tunjuk. Tepastu tarik-tarik kita suruh pergi eskalator.
Lepastu bila kita tak mahu, dia duduk.
Lepas tak mahu, dia baring.
BARING ATAS LANTAI.
"Anas, tak boleh," tu jawapan aku pada dia, dengan lembut sebaik mungkin. Tak aku hiraukan acik-acik yang lalu lalang, lantak la engko pikir apa.
Aku angkat dia lagi. Dia tunjuk-tunjuk eskalator sambil tarik aku.
Aku cakap, selembut yang boleh, dengan suara yang tahan gelak.
"Tak boleh Anas, tu eskalator turun, kalau dah turun tak boleh naik dah"
Apa dia heran, lagi meraung ada la.
No comments:
Post a Comment