Buka instagram, scroll timeline, nampaklah post baru dari ex-coursemate.
Kami aliran sains, tapi banyak betul excoursemate aku yang sudah berniaga.
Sorang buat seni hiasan kek.
Sorang buat seni hias pelamin
sorang jadi fashion designer (aku ingat makwe ni, dulu dressup nak pergi lab macam pergi pavi).
Sorang buka kedai western.
Sorang buka pusat tuisyen.
Sorang lagi tengah giat cari dropship, jual ubat katanya.
Yang jadi chef sorang (masuk kursus kat France katanya).
Yang jadi takafulmen, dua orang dah.
Ada lagi ni, tapi aku lupa dah.
Tu belum lagi yang satu sekolah. Berniaga vape ada. Jahit tudung sendiri ada. Buka syarikat bas ada, supply makanan ke sekolah ada. Jadi pelakon? Adaaaaa.
Kalau nak tahu, masa aku grad 6 tahun dulu, bersepah kerja bidang course kitorang. Masa tu pun ekonomi tengah rancak lagi, company luar negara pun ada offer jobs. Sedap masa tu, kawan aku masuk kampeni yang tauke dia caucasian french. gaji berkepuk balik rumah raya gelang emas bertindan tindan. Betullah penyelia course aku cakap, 78 persen yang grad dari course aku akan dapat kerja.
Tapi tengok lah sekarang, masing-masing bawa haluan sendiri. Jauh benar bidang sains dengan jahit baju. Bukak kedai tuisyen, ilmu kira-kira flow bendalir dalam mesin, yang kita belajar dulu, lama-lama mereput kat hujung otak. Semua tu dah kena delete untuk masukkan ilmu baru. Aku kagum, sebab diorang berani belajar semula benda baru lepas empat tahun tergolek terbaring belajar. Budak yang ambil kursus chef kat France tu contohnya--dia budak pandai. Tapi katanya "saya belajar sains untuk penuhkan impian mak bapak saya je" lalu dia pergi cari kursus kulinari. Uncle dia sudi bayarkan yuran tapi "bab makan pakai cari la sendiri". Sekarang duk jual artisan bread kat kuala lumpur.
Maka bila teringat artikel berita semalam, pasal makwe jual nasi lemak kena berenti jual sebab mak suruh kerja ikut course, aku rasa kesian. Kesian sebab mak dia masih lagi berpegang pada fikiran orang dulu - hanya 'kerja professional' saja boleh cari makan. Hanya kerja professional saja boleh bawa bekal harta sampai ke tua.
Tapi orang tua-tua kita tak tahu, dulu-dulu tak macam sekarang. Orang dulu boleh loyal kerja syarikat sama sampai mati. Sekarang, kalau untung tak tinggi, tengah tersepit, 24 hours notice dia bagi. Ada kena terminate, pampasan satu bulan gaji je. Sayang tak sayang member, untung fikir dulu. Lelaki pun boleh menangis.
At least kerja sendiri tak ada siapa nak fire engko. Tapi tiap kali bangun pagi sinsing lengan lipat ganda usaha la. Cari klien, cari customer. Setiap sen pertama dapat tu rasa macam emas seketul. Tu dia punya feel baik punya aku exaggerate.
Dan anak muda kita juga satu hal. Banyak yang fikir macam makwe nasi lemak tu. Fikir kena kerja ikut pilihan mak bapak. Fikir kalau tak dapat redha mak bapak nanti "rezeki tak berkat". Jual sampah pun, kalau cara kita berniaga tu halal, rezeki tu berkat aje.
Masa aku kerja freelance translator dulu, bayaran aku per word. Satu perkataan lima puluh sen. Bila dapat gaji, mak aku cakap: "duit ni, you simpan kat tabung haji tau."
"Apasal?" aku tanya mak.
"Ni kira duit bersih la. Setiap sen kira. Berkat la nak pi haji."
Berniaga sendiri, kerja freelance ni aku akui tak glamour. Kerja pun tak duduk pejabat. Duit pun kadang banyak, kadang sikit.
Tapi aku fikir, selagi engko buat betul-betul, ada la berkatnya.
Better la dari kerja pegawai besar, dapat redha mak bapak, tapi songlap 52 juta. kakakaka. Whoops!
No comments:
Post a Comment