Wednesday, 26 October 2016

Macamana nak pastikan duit wasiat dapat 100% kat anak?

Selepas kes songlap duit mangsa DUKE didedahkan, aku rasa ramai marah dan terkilan dengan sikap saudara-mara mangsa yang turut komplot bolot duit tu. Apalagi dengan alasan duit tu masuk kepada dia dan dia sebagai penjaga sah berhak kepadanya. Itu membuatkan aku tertanya; apakah akan jadi benda yang sama kepada anak-anak aku nanti? Nauzubillah, aku belum lagi ada masalah kewangan dengan adik beradik ipar duai mentua ibu bapa semua, tapi duit mampu merubah orang, lagi-lagi jika orang itu terdesak. wallahualam.

Jadi aku tanyakan soalan ini kedalam facebook:


Rupanya ada yang sampaikan kepada ejen takaful yang kemudiannya bantu jawab dalam comment section (nasib baik comment section aku set open):





clear tak? clear?
haaa aku pun dah clear sikit dah ni.
noted: pakai takaful, hibah ke nama anak-anak, lepastu set pemegang amanah sebagai Amanah Raya atau trustees lain.





No comments:

Post a Comment