Masa sekolah dulu, ada satu bakeri di tepi sekolah. Aku kena keluar ikut pagar tepi (kalau bukak la) dan lintas jalan besar untuk ke bakeri beli dessert feveret aku. Kumpul 2-3 hari untuk beli sebiji manisan coklat RM1 yang sedap pastu makan sorang-sorang tepi jalan sambil tunggu bapak pick-up. Nama dessert tu, "Rum Ball".
Ya, rum ball. Rum ball tu sebenarnya adunan sisa kek / biskut yang disalut coklat topping atau susu pekat manis dan coklat rice. Bakeri tak letak alkohol, jadi rum cuma tinggal pada nama je.
Apa-apapun, kebanyakan bakeri sekarang sudah tukar namanya kepada cake ball. Mungkin atas arahan semasa mendapatkan pensijilan halal. Wallahualam.
Sebenarnya gerakan ini dibuat untuk membezakan makanan yang dibuat di negara kita (dengan cara halal) dengan makanan yang sama yang dibuat di negara luar, yang mungkin tak halal. Takut nanti orang kita pergi melancong, nampak makanan yang sama terus duduk melantak tak ingat dunia. Ada juga yang macam ni.
Then again daripada melindungi segelintir pengguna yang mudah keliru, lebih baik usaha memberi pendidikan dan pengetahuan kepada pengguna tentang cara mencari makanan halal.
No comments:
Post a Comment