"Seller lain semua tak boleh. Bila tanya, mereka cakap boleh simpankan 24 jam saja, saya nak simpan 4 hari je pun..." katanya. Aku pun setuju. Apalah sangat empat hari kan? Sungguh seller seller otai ni keras betul hatinya.
Tapi baru aku tahu kenapa.
Empat hari tu dah berlalu, lajak menjadi 20 hari. Cuma yang diletaknya ialah RM30, sebagai "booking fee". Itupun selepas 2-3 hari gebang "tunggu laki saya gaji", "tunggu laki saya bawa kereta"," tunggu saya ke bank" dan banyak lagilah.
Tapi yang peliknya...
setiap kali aku upload design baju, dia lah yang bertubi-tubi mesej. "berapa harga?"
"ada lagi tak?"
"Warna apa lagi ada?"
dan kalau aku senyap sunyi fb page tak berupdate, dia tanya,
"ada design baru tak?"
"ala nak cuci mata saja kak..." katanya.
"betul ke? habis tu yang suruh saya simpankan ni, bagaimana ya?"
"ala itu simpankanlah dulu, nanti saya bayar la, saya confirm nak yang tu tau."
Aku sebenarnya bukan simpankan pun, aku bayar penuh pada pembekal, dan aku minta dia hold di stor dia sampai aku bagi alamat. dia pun dah mula tanya-tanya alamat itu. Aku cakap, payment customer belum clear lagi, customer tengah bayar ansuran tiga kali. (bohong betul)
Kemudian dia tanya pasal diskaun pula. Aku pun terangkan, harga aku memang dah diskaun habis aku bagi dia (ini betul, sebab aku dah check kedai pesaing. kakaka)
Apa-apapun, item tu masih ada di tangan pembekal, tapi customer ni buat aku stress sebab hari-hari tanya pasal design baru. Tapi hutang lama tak bayar!
Teringat dengan seorang penjual baju yang aku pernah urusniaga. Baju dia jual import bangladesh, tak ada brand tapi kualiti boleh tahan la. (tau la kan bangladesh banyak kilang baju). Dia ni selalu open untuk booking. Sehelai baju dia jual serendah RM5, satu set RM10. Dan dia tak limit bilangan booking, jadi orang boleh booking sampai dua tiga ratus, bayangkanlah berapa banyak baju tu. Tiap kali design baru keluar, yang booking sebelum ni pun booking lagi. Maka , baju ready stock makin kurang. Jadi cash flow dia makin lama makin tak ada. Dan penjual baju ni mula mesej satu-satu customer yang booking ni. Tanya payment. Kalau tak cukup duit boleh letgo, nak jual secara offline (seller tu jugak buka booth). Tau apa yang berlaku?
Segelintir minta maaf, dan cepat-cepat bayar. Segelintir lagi...left group. ada lagi, terus block seller.
Apa ke gila.
Patutlah kebanyakan seller yang aku jumpa (yang berjaya) terutamanya set booking sebagai 24 hours. Aku juga set macam tu, tapi aku juga set supaya siapa nak booking lama sikit beberapa hari, boleh bayar deposit dulu. Paling rendah orang pernah bayar RM10. Paling tinggi bayar full payment (punya la dahsyat percaya kat aku).
Tapi yang seorang ni....
aku stress, sungguh dengan dia.
sebab apa? nak beli almari sebuah, tapi asyik tanya pasal design lain. acah-acah kaya macam nak beli dua tiga almari. Tell me, siapa je yang beli banyak almari? Satu je aku dapat k, itupun peniaga baju yang memang terang cakap "saya nak cari almari untuk letak stok saya" (sic). Tak ada booking booking, bila stok yang diingini tak ada, dia senyap terus.
Tu tak pa lagi. Yang ni dahlah hutang tak mau bayar, tapi asyik miscall suruh orang update stok DEKAT WHATSAPP DIA (dekat FB dah update ok, dia tau link FB aku).
Nampak tu, Berkali-kali. Nak dijadikan cerita, dari sabtu membawa ke hari ini anak aku demam. Aku lagilah tak reply, dia lagilah menggila.
Tiba-tiba tak cukup duit pulak....haritu gebang "bila suami saya gaji saya bayar ye" kemain macam suami dia punya duit, dia yang kawal. Tak apalah, kerana aku menaganggap mungkin betul dia kawal duit laki dia persis Ibu Misae mengawal duit Bapak Nohara Sin Chan, aku pun menurutlah perintah.
Anyway, aku minta akaun number dia untuk pulangkan duit. Masa ni la dia start drama balik kepada aku macam narsis. Tanda-tanda narsis: tiba-tiba jadi salah kita padahal dia yang mulakan dulu. Tiba-tiba dia pula yang beriya nak duit dipulangkan sebab "takut kena scam"
Aku pun transfer la duit dan letak page Shopee aku.
Kalau nak tahu, shopee ni memang anti-scam. Siapa tak pos barang dalam masa 7 hari memang duit return ke customer. Customer nak extend guarantee untuk return barang pun boleh. Punya la selamat Shopee ni.
Jadi kalau dia masih pikirin aku scammer...tak boleh nak kata apa la.
No comments:
Post a Comment