Wednesday, 26 October 2016

Macamana nak pastikan duit wasiat dapat 100% kat anak?

Selepas kes songlap duit mangsa DUKE didedahkan, aku rasa ramai marah dan terkilan dengan sikap saudara-mara mangsa yang turut komplot bolot duit tu. Apalagi dengan alasan duit tu masuk kepada dia dan dia sebagai penjaga sah berhak kepadanya. Itu membuatkan aku tertanya; apakah akan jadi benda yang sama kepada anak-anak aku nanti? Nauzubillah, aku belum lagi ada masalah kewangan dengan adik beradik ipar duai mentua ibu bapa semua, tapi duit mampu merubah orang, lagi-lagi jika orang itu terdesak. wallahualam.

Jadi aku tanyakan soalan ini kedalam facebook:


Rupanya ada yang sampaikan kepada ejen takaful yang kemudiannya bantu jawab dalam comment section (nasib baik comment section aku set open):





clear tak? clear?
haaa aku pun dah clear sikit dah ni.
noted: pakai takaful, hibah ke nama anak-anak, lepastu set pemegang amanah sebagai Amanah Raya atau trustees lain.





Tuesday, 25 October 2016

Damn it


Sorry to say this but i cringe everytime i got sabah sarawak customers.

You know why?

Beli barang 10-20 kilo, tapi demand FREE shipping.

Bila kita kata free shipping untul west malaysia saja, bising.

Sejak shopee buat diskaun poslaju utk sabah sarawak ni penuh la orang-orang cenggini masuk chat aku.

Tak sabar diskaun ini nak tamat!

Thursday, 20 October 2016

Surprise eggs




My little boy likes to watch surprise egg unboxing videos where kids collect tons of toy eggs and open them one by one. Usually they have a candy, a toy and a label in it. He would always stare at those toys whenever we stop by the candy aisles.

I planned to get him one, but he was down with the HMFD quarantine for a week. Today, he's not only disease free, but also behaving on his best. So i reached out to the counter at the petrol station and I bought him one.

He was smiling ear to ear. As soon as he got his hands on it he shakes it every couple of seconds, with a look mixed of wonder and curiosity. He waited patiently till i got home, took it from him and removed the wrapper. He gleefully cracked it open and went "wahh!" just like the kids in the video. Three things fell out, rolling everywhere. There was a pushback car, a lolly and a strip of paper with toy pictures.

Then he painstakingly collect each item, put it back, closed it...and opened it again, unboxing it, packed it up again, repeating again, and again.

And yes, the word "wahh!" he would repeat every single time.

As if he was opening a bunch of surprise eggs.

Just like the kids on the videos.

Sorry i bought you just one piece kid, maybe someday you'll have lots 😘

Wednesday, 19 October 2016

Fakiu, Amira.

Kami group budak-budak meniaga.
Selain daripada share tips meniaga, kami juga rajin borak.
Atas cadangan salah sorang dari kami, kami start lah satu group nama dia "gosip: no prejudis" supaya hat mana mana ada masalah peribadi, kerja, masalah rumahtangga malah masalah kelamin pun boleh bantai cerita kat situ. Sebab tema nya "No prejudice" la kan, siapa tanya kami akan jawab.

Malam ni dengar luahan hati ketua group pasal masalah peribadi. Layan ja semorang suh sabaq suh kuat.

Aku baca sampai habis, aku perati siling, kipas berpusing.

Aku teriok.

Sebenarnya sambil aku perati kipas tu pusing-pusing aku pun bayangkan tengah luahkan rasa hati kat depa.

Dan depa pun kasi semangat kat aku.

Napa aku tak tulis ja kat situ?

Well 1) sekarang dah pukul 3 pagi, depa sembang pukul 11 malam tadi dan
2) aku takut depa pandang serong.

Entah, walaupun group no prejudis. Dan kami semua janji taknak judge orang lain. Aku tetap takut gak.

Macam dulu la, aku duk dapat masalah besar. Masalah dgn famili masa tu. Aku pi cita kat kawan aku rapat aku Amira.
Besok Amira terus taknak kawan aku.

Katanya dia tak mau tau. Sebab dah kenai rapat , katanya, tetibe cerita benda berat camni.

Eh bukan tu ke gunanya kawan. Kalau dah rapat mesti la cerita rahsia kan?

Sumpah lepas tu, aku terus tak caya sapa dah.

Fakiu, Amira!

Tuesday, 18 October 2016

Auntie Annes tak halal! samyang ramen tak halal! secret recipe tak halal! uh. pea- nut.

Masa sekolah dulu, ada satu bakeri di tepi sekolah. Aku kena keluar ikut pagar tepi (kalau bukak la) dan lintas jalan besar untuk ke bakeri beli dessert feveret aku. Kumpul 2-3 hari untuk beli sebiji manisan coklat RM1 yang sedap pastu makan sorang-sorang tepi jalan sambil tunggu bapak pick-up. Nama dessert tu, "Rum Ball".



Ya, rum ball. Rum ball tu sebenarnya adunan sisa kek / biskut yang disalut coklat topping atau susu pekat manis dan coklat rice. Bakeri tak letak alkohol, jadi rum cuma tinggal pada nama je.
Apa-apapun, kebanyakan bakeri sekarang sudah tukar namanya kepada cake ball. Mungkin atas arahan semasa mendapatkan pensijilan halal. Wallahualam.

Sebenarnya gerakan ini dibuat untuk membezakan makanan yang dibuat di negara kita (dengan cara halal) dengan makanan yang sama yang dibuat di negara luar, yang mungkin tak halal. Takut nanti orang kita pergi melancong, nampak makanan yang sama terus duduk melantak tak ingat dunia. Ada juga yang macam ni.

Then again daripada melindungi segelintir pengguna yang mudah keliru, lebih baik usaha memberi pendidikan dan pengetahuan kepada pengguna tentang cara mencari makanan halal.


Friday, 14 October 2016

Tentang HMFD.

HMFD atau penyakit tangan kaki dan mulut (hand foot and mouth disease) jadi bila seorang budak (biasanya bawah 5 tahun) bersentuhan dengan budak lain yang berpenyakit samada terbersin, terbatuk, atau terpegang benda yang dia pegang. Kuman yang menyebabkan HMFD ni berada dalam air liur, kahak, cecair selsema dan tahi si pesakit. 

Kalau ada kes di kawasan kita, kemungkinan untuk anak kita kena ialah tinggi kalau kita selau ke tempat ramai orang seperti supermarket, playground, pos office, dan restoran. Maklumlah budak-budak, lepas bersin lap mulut, sambung main, pegang kerusi, pegang meja. Tercalit tahi, terkena kaki, seret sana-sini. Kena lagi budak lain.

Budak-budak kan, semua dia pegang, maka mudahlah berjangkit.

Aku kena jugak tulis benda ni, sebab ada warga masyarakat yang masih tak tahu HMFD tu apa. Dia ingat jadi sebab rumah engko sepah dan kotor. Terconfuse dengan kudis buta la tu.

Tuesday, 11 October 2016

Doktor Google

Ya, aku doktor google.

Anak aku tiba-tiba demam yang tersangat panas, 39c ke 40c, pada hari sabtu lalu.
Maka besok paginya, aku ke farmasi membeli suppositori paracetamol, cara penggunaan, dipelajari dengan bantuan google.

Sebab apa? sebab setiap kali anak aku demam sebelum ini, aku ke klinik 24 jam dan jawapan cukup mengecewakan.

"ok je tempreature dia ni. "

"Ala, sihat je."

Kemudian aku dihantar pulang ke rumah. Kalau pujuk lebih sikit, dapat antibiotik.

Isnin, anak aku demam kebah sikit, tapi selera makan masih tak ada, malah kali ini enggan makan. Aku lihat, bintik-bintik mula naik di tangan dan kaki.

Ya, aku doktor google.

Aku tau ni simptom apa.

Aku bawakan ke klinik berdekatan yang ada paeds dan review terbaik dalam FB.

"Ala, tak ada apa pun. Viral fever je ni. Tengok, dah nak sembuh dah tu."

"Betul tak ada apa?" aku minta kepastian. "selera makan dia tak ada. Ni bintik-bintik merah ni apa?

"Tak ada apa..." senyumnya. "by the way suppositori haritu ada lagi?"

Dia hantar aku pulang dengan suppositori empat ringgit yang sama, tapi bil konsultasi tiga puluh lima. Lantak lah, asalkan aku ada opinion daripada orang yang berlesen ternama.

Maklumlah, aku cuma doktor google.

Aku bukan ada apa.

Pagi ini, Selasa, anak aku mula menjerit menggila. Ditunjuk-tunjuk kakinya yang sudah mula kembang biji-biji. Digarunya sampai berdarah, menangis. Masih lagi enggan makan, cuma mahu air, itupun kerana terlalu dahaga. Panas? Masih panas lagi badannya.

Aku tahu ini apa. Malam itu, aku ke doktor kedua. Anak muda. Sekali pandang, dia mengangguk. HMFD, confirm! Aku dihantar pulang dengan antibiotik untuk ulser mulut dan calamine untuk bintik di tangan/kaki. Anak aku mula ceria dan makan.

Aku lega!

Cuma aku kecewa, kerana aku percayakan betul-betul cakap doktor pertama tu.
Kerana, sebaik saja dia khabarkan anak aku sebenarnya dah nak pulih demam, aku dengan gembiranya menjejak pos office hantar barang, menyinggah petronas mengisi minyak, melawati jusco membeli sayur dan ke pergi Secret Recipe makan kek!

Biarpun aku masih dengan perlakuan biasa, mengelap semua peralatan dengan tisu antibakteria, mungkin ada yang tidak kena. Bayangkanlah berapa banyak tempat aku dah jangkitkan dengan HMFD tu.

Kalau benar ada anak-anak kecil orang lain yang terkena, maafkanlah aku.

Aku betul-betul percayakan doktor tu.

Maklumlah dia, doktor universiti dan aku pula,

doktor google.



Monday, 10 October 2016

The Mind Game

"Terima kasih banyak-banyak, kerana sudi membantu saya..." begitulah ayat dia. Aku tersenyum lebar dalam hati, rasa sedikit bangga kerana dapat memudahkan urusan orang.

"Seller lain semua tak boleh. Bila tanya, mereka cakap boleh simpankan 24 jam saja, saya nak simpan 4 hari je pun..." katanya. Aku pun setuju. Apalah sangat empat hari kan? Sungguh seller seller otai ni keras betul hatinya.

Tapi baru aku tahu kenapa.

Empat hari tu dah berlalu, lajak menjadi 20 hari. Cuma yang diletaknya ialah RM30, sebagai "booking fee". Itupun selepas 2-3 hari gebang "tunggu laki saya gaji", "tunggu laki saya bawa kereta"," tunggu saya ke bank" dan banyak lagilah.

Tapi yang peliknya...
setiap kali aku upload design baju, dia lah yang bertubi-tubi mesej. "berapa harga?"
"ada lagi tak?"
"Warna apa lagi ada?"
dan kalau aku senyap sunyi fb page tak berupdate, dia tanya,
"ada design baru tak?"

"ala nak cuci mata saja kak..." katanya.

"betul ke? habis tu yang suruh saya simpankan ni, bagaimana ya?"

"ala itu simpankanlah dulu, nanti saya bayar la, saya confirm nak yang tu tau."

Aku sebenarnya bukan simpankan pun, aku bayar penuh pada pembekal, dan aku minta dia hold di stor dia sampai aku bagi alamat. dia pun dah mula tanya-tanya alamat itu. Aku cakap, payment customer belum clear lagi, customer tengah bayar ansuran tiga kali. (bohong betul)

Kemudian dia tanya pasal diskaun pula. Aku pun terangkan, harga aku memang dah diskaun habis aku bagi dia (ini betul, sebab aku dah check kedai pesaing. kakaka)



Apa-apapun, item tu masih ada di tangan pembekal, tapi customer ni buat aku stress sebab hari-hari tanya pasal design baru. Tapi hutang lama tak bayar!

Teringat dengan seorang penjual baju yang aku pernah urusniaga. Baju dia jual import bangladesh, tak ada brand tapi kualiti boleh tahan la. (tau la kan bangladesh banyak kilang baju). Dia ni selalu open untuk booking. Sehelai baju dia jual serendah RM5, satu set RM10. Dan dia tak limit bilangan booking, jadi orang boleh booking sampai dua tiga ratus, bayangkanlah berapa banyak baju tu. Tiap kali design baru keluar, yang booking sebelum ni pun booking lagi. Maka , baju ready stock makin kurang. Jadi cash flow dia makin lama makin tak ada. Dan penjual baju ni mula mesej satu-satu customer yang booking ni. Tanya payment. Kalau tak cukup duit boleh letgo, nak jual secara offline (seller tu jugak buka booth). Tau apa yang berlaku?

Segelintir minta maaf, dan cepat-cepat bayar. Segelintir lagi...left group. ada lagi, terus block seller.

Apa ke gila.


Patutlah kebanyakan seller yang aku jumpa (yang berjaya) terutamanya set booking sebagai 24 hours. Aku juga set macam tu, tapi aku juga set supaya siapa nak booking lama sikit beberapa hari, boleh bayar deposit dulu. Paling rendah orang pernah bayar RM10. Paling tinggi bayar full payment (punya la dahsyat percaya kat aku).

Tapi yang seorang ni....

aku stress, sungguh dengan dia.

sebab apa? nak beli almari sebuah, tapi asyik tanya pasal design lain. acah-acah kaya macam nak beli dua tiga almari. Tell me, siapa je yang beli banyak almari? Satu je aku dapat k, itupun peniaga baju yang memang terang cakap "saya nak cari almari untuk letak stok saya" (sic). Tak ada booking booking, bila stok yang diingini tak ada, dia senyap terus.

Tu tak pa lagi. Yang ni dahlah hutang tak mau bayar, tapi asyik miscall suruh orang update stok DEKAT WHATSAPP DIA (dekat FB dah update ok, dia tau link FB aku).



Nampak tu, Berkali-kali. Nak dijadikan cerita, dari sabtu membawa ke hari ini anak aku demam. Aku lagilah tak reply, dia lagilah menggila.

Aku teringat seller baju tadi, dan luahan rasa hati dia bila tiap bulan ada orang block dia. Makanya, aku pun tiba-tiba jadi alergik dengan pembeli melayu yang makan pakai nak sedap tapi duitnya tak nampak cuma janji air liur saja. Jadi aku pun tanya,




Tiba-tiba tak cukup duit pulak....haritu gebang "bila suami saya gaji saya bayar ye" kemain macam suami dia punya duit, dia yang kawal. Tak apalah, kerana aku menaganggap mungkin betul dia kawal duit laki dia persis Ibu Misae mengawal duit Bapak Nohara Sin Chan, aku pun menurutlah perintah.

Anyway, aku minta akaun number dia untuk pulangkan duit. Masa ni la dia start drama balik kepada aku macam narsis. Tanda-tanda narsis: tiba-tiba jadi salah kita padahal dia yang mulakan dulu. Tiba-tiba dia pula yang beriya nak duit dipulangkan sebab "takut kena scam"

Sebenarnya alasan dia yang bawah tu je, laki dia dah tak ada duit. So duit yang digebangkan tu rupanya tinggal habuk dalam wallet je. Tapi nak jugak cakap mintak duit pulang sebab konon-konon takut kita scammer. Hahahaha.


Aku pun transfer la duit dan letak page Shopee aku.



Kalau nak tahu, shopee ni memang anti-scam. Siapa tak pos barang dalam masa 7 hari memang duit return ke customer. Customer nak extend guarantee untuk return barang pun boleh. Punya la selamat Shopee ni.

Jadi kalau dia masih pikirin aku scammer...tak boleh nak kata apa la.

Saturday, 8 October 2016

Thursday, 6 October 2016

Well then.

Kalau setiap kali lepas jumpa kau aku jadi gini, agak2 kita kena selalu jumpa tak?


Tanya aje.

Wednesday, 5 October 2016

Taknak kerja "sebab mak tak bagi"

Buka instagram, scroll timeline, nampaklah post baru dari ex-coursemate.
Kami aliran sains, tapi banyak betul excoursemate aku yang sudah berniaga.

 Sorang buat seni hiasan kek.
 Sorang buat seni hias pelamin
 sorang jadi fashion designer (aku ingat makwe ni, dulu dressup nak pergi lab macam pergi pavi). Sorang buka kedai western.
 Sorang buka pusat tuisyen.
 Sorang lagi tengah giat cari dropship, jual ubat katanya.
 Yang jadi chef sorang (masuk kursus kat France katanya).
 Yang jadi takafulmen, dua orang dah.

Ada lagi ni, tapi aku lupa dah. Tu belum lagi yang satu sekolah. Berniaga vape ada. Jahit tudung sendiri ada. Buka syarikat bas ada, supply makanan ke sekolah ada. Jadi pelakon? Adaaaaa.

 Kalau nak tahu, masa aku grad 6 tahun dulu, bersepah kerja bidang course kitorang. Masa tu pun ekonomi tengah rancak lagi, company luar negara pun ada offer jobs. Sedap masa tu, kawan aku masuk kampeni yang tauke dia caucasian french. gaji berkepuk balik rumah raya gelang emas bertindan tindan. Betullah penyelia course aku cakap, 78 persen yang grad dari course aku akan dapat kerja.

 Tapi tengok lah sekarang, masing-masing bawa haluan sendiri. Jauh benar bidang sains dengan jahit baju. Bukak kedai tuisyen, ilmu kira-kira flow bendalir dalam mesin, yang kita belajar dulu, lama-lama mereput kat hujung otak. Semua tu dah kena delete untuk masukkan ilmu baru. Aku kagum, sebab diorang berani belajar semula benda baru lepas empat tahun tergolek terbaring belajar. Budak yang ambil kursus chef kat France tu contohnya--dia budak pandai. Tapi katanya "saya belajar sains untuk penuhkan impian mak bapak saya je" lalu dia pergi cari kursus kulinari. Uncle dia sudi bayarkan yuran tapi "bab makan pakai cari la sendiri". Sekarang duk jual artisan bread kat kuala lumpur.

 Maka bila teringat artikel berita semalam, pasal makwe jual nasi lemak kena berenti jual sebab mak suruh kerja ikut course, aku rasa kesian. Kesian sebab mak dia masih lagi berpegang pada fikiran orang dulu - hanya 'kerja professional' saja boleh cari makan. Hanya kerja professional saja boleh bawa bekal harta sampai ke tua. Tapi orang tua-tua kita tak tahu, dulu-dulu tak macam sekarang. Orang dulu boleh loyal kerja syarikat sama sampai mati. Sekarang, kalau untung tak tinggi, tengah tersepit, 24 hours notice dia bagi. Ada kena terminate, pampasan satu bulan gaji je. Sayang tak sayang member, untung fikir dulu. Lelaki pun boleh menangis.

 At least kerja sendiri tak ada siapa nak fire engko. Tapi tiap kali bangun pagi sinsing lengan lipat ganda usaha la. Cari klien, cari customer. Setiap sen pertama dapat tu rasa macam emas seketul. Tu dia punya feel baik punya aku exaggerate.

 Dan anak muda kita juga satu hal. Banyak yang fikir macam makwe nasi lemak tu. Fikir kena kerja ikut pilihan mak bapak. Fikir kalau tak dapat redha mak bapak nanti "rezeki tak berkat". Jual sampah pun, kalau cara kita berniaga tu halal, rezeki tu berkat aje.

Masa aku kerja freelance translator dulu, bayaran aku per word. Satu perkataan lima puluh sen. Bila dapat gaji, mak aku cakap: "duit ni, you simpan kat tabung haji tau." "Apasal?" aku tanya mak. "Ni kira duit bersih la. Setiap sen kira. Berkat la nak pi haji." Berniaga sendiri, kerja freelance ni aku akui tak glamour. Kerja pun tak duduk pejabat. Duit pun kadang banyak, kadang sikit.

Tapi aku fikir, selagi engko buat betul-betul, ada la berkatnya. Better la dari kerja pegawai besar, dapat redha mak bapak, tapi songlap 52 juta. kakakaka. Whoops!

Tuesday, 4 October 2016

Kena hina.

Entahlah.
Aku tau apa yang dia cakap tu tak benar.
Aku tau apa yang dia cakap tu tak logik.
Aku tau bukti depan mata mengatakan sebaliknya.
Tapi entahlah, mata orang, dia nampak yang dia mahu nampak.
Dan hati aku, cuma rasa apa yang ia mahu rasa.