Admin satu group jualbeli dalam FB mengadu di groupnya hari ini. Katanya ada seorang ni bukan jual barang, tapi duk mencari ahli untuk dimasukkan ke dalam group whatsappnya. Katanya "boleh buat duit goyang kaki". Dia pun delete pos itu. Diposnya lagi sekali. Admin delete juga. Maka si gadis perang mulut dengan Admin, lalu blah begitu sahaja. Oh ya, dia pula yang block Admin!
Sebenarnya, admin menerangkan. Ahli group ramai mengadu penipuan dalam group whatsapp sejak akhir-akhir ini, yang gebang boleh buat duit ribu-ribu hanya dengan main telefon. Tapi sebenarnya kena bayar duit pendaftaran dulu, lepastu kena cari orang lagi untuk dapatkan modal balik. Macam MLM je baunya...
Aku pun pergi stalk page makwe yang gaduh dengan Admin tu kejap. Oh, ada gambar majlis penganugerahan top Trainer ke apa entah di header. Ada beberapa gambar. Meriah nampaknya. Skrol ke bawah dan teliti pula produk jualan gadis ini, dia jual produk kesihatan. Asal dia komen saja, ada saja beberapa orang yang puji2 melambung produk tu. Bagus, tak cari lain, berasa segar sentiasa, dan macam-macam lagi. Aku pun klik la profile setiap orang. Hah, header yang sama, majlis penganugerahan top trainer diamond apanatang. Baju sama. Member rupanya.
Amboi, solidariti member sungguh!
Moral of the story: Sometimes peniaga dengan testimonial yg melambak tu jenis mintak kawan-kawan tulis je. Kemudian orang yang membaca tu pun percaya. Lepas tu beli. Lepastu tak jadi. Bila complaint dekat seller, seller jawab secara kerek. Lepas tu customer memendam rasa, pergi balai polis sambil mengadu dalam video viral.
kakaka!
Memang seperti yang dikatakan Bella, ramai peniaga terutama makanan dan produk kesihatan menipu bab keberkesanan produk. Aku tau la aku meniaga, lol (tabur pasir ke periuk nasi nampaknya aku ni). Berpuluh-puluh seller aku friends dalam Seller FB account aku so aku perati pe'el diorang agak lama. Yang terang-terang jual tiruan tapi pass off as real ada satu geng. Ada juga geng yang duk cancang produk dia boleh kombo 20 dalam 1 semua dia boleh. Peniaga yang macam ini aku tengok pantang orang up pertanyaan pasal masalah kesihatan, dia terus diagnose "cik ada masalah penyakit YYY ini, guna produk saya insyaallah bole"
Lepas tu SEMUA ORANG punya pertanyaan dia jawab dengan produk dia , daripada sakit kulit, sakit jantung, diabetes, anak demam kuning, kena kanser. muka tak berseri, sampai lemah tenaga dalaman semua dia cakap boleh pakai produk dia. Wow, mana kau jumpa Fountain of Life tu? Bak sini sikit aku nak kasi dekat cast Game Of Thrones. Asyik mampos je mereka.
Yang ini satu hal, yang cuba sembunyikan testimonial buruk satu hal. Ya, aku pernah kena begitu--krim muka. Chemical burn siap. Aku mengadu ke seller. Dia cuma kata tu temporary reaction, rehat dulu dan try lagi sekali. Kau rasa? Mestilah TAK! Kemudian seller tu pula benci dengan aku sambil main personal attack. Kata aku belajar tinggi tapi tak kemana. (btw dia pelajar PhD tapi perangai begini tak apa pula?)
Tak, aku bukan nak defend Bella Nabella dalam hal ini. Dia pun satu hal, produk tak panas katanya tak menjadi. Setahu aku, hanya bahan aktif capsaisin saja ada both efek panas dan slimming yang berkesan. Some things, macam halia, tak panas, cuma berangin, still slimming. (produk halia ni cadangan tukang urut aku, aku pakai memang slim lah perut). Nak pulak dia kata boleh saja dia habiskan 10k di slimming centre. Tahukah anda di slimming center dia akan nasihatkan anda supaya puasa pizza, nasi, kek dan roti putih, SELAMA-LAMANYA? Itulah kata lecturer aku yang cuba satu sesi dengan slimming centre 10k tersebut, lalu bila mendengar tentang puasa makanan terus givap dan gemuk hingga kini.
Dan lagi satu, untuk Bella dan penghidap obesiti lain--kalau kau high birth weight (aka lahir2 dah gemuk gebu) peratusan untuk turun berat badan itu amatlah rendah. Adipose tissue kau lebih banyak berbanding dengan orang lain. Sel adipos tu tempat simpan lemak. Lagi banyak sel lagi banyak la lemak boleh masuk parking. Dan kalau hormon kau pun problem, lagilah lambat nak keluarkan lemak yang tersimpan tu.
Boleh turunkan berat badan, tapi ambil masa.
Dan yang paling penting, tak ada SATU cara yang boleh fully hilangkan obesiti kau. Kalau ada satu, kemungkinan cara itu berbahaya adalah tinggi. At least DUA cara kau kena kombo. Jaga makan dan senaman. Insyaallah kurus. Nak tambah kombo jadi tiga empat lima dengan sapu krim pakai waist trainer tadahal, tapi nanti ko berjaya kurus janganlah attribute kan kekurusan kau tu solely atas waist trainer/krim kau tu. Nanti ada yang percaya, beli krim saja, lepastu berulanglah kisah Bella tertipu tertipu aku tak tahu tak tahu!
No comments:
Post a Comment