EDIT: terpaksa edit semula utk buang nombor telefon. Mana yang simpan nombor dia tu diam2 sudah. Korang jangan ngorat dia plak!
Masalah orang kita. Impian besar, tapi dalam tangan apa pun tak ada. Maka akupun ignore. Selepas itu ada hal di group whatsapp lain pula, jadi pembeli ni terabai sebentar. Dalam diam tu tak sangka pula dia begini.
Esok harinya, dari subuh ke petang meratib.
Dan berlangsunglah ia selama seminggu.
Ya, seminggu, tak percaya?
Satu lagi yang tak percaya ialah, aku ada masalah shutdown yang kronik. Shutdown di mana, pada masa-masa tertentu dalam setahun, aku takkkan bercakap dengan orang. orang akan call, mesej, teks aku dan aku akan baca tanpa jawab.
Aku tak tahu kenapa. Tapi memang hidup mati pun aku akan baca tanpa jawab. Tak kira la kawan atau famili. Macam aku hilang vokabulari untuk menulis. Kadang bukan setakat penulisan, malah IRL dunia sebenar pun aku tak bersuara. Pergi post office pun aku sengeh hulur borang konsainan, pastu sengeh lagi hulur duit. Pastu ambil resit dan blah balik rumah. Masuk cengkerang kata orang.
Teruk bukan?
Kepada akak pembeli ni, kalau ada terbaca post aku ni, aku nak cakap, jangan kecil hati. Kalau kawan baik, sedara mara, pun aku boleh ignore, apatah lagi stranger kan?