Showing posts with label salediary. Show all posts
Showing posts with label salediary. Show all posts

Wednesday, 25 January 2017

Wahai siti rohani.

Aku terkena dugaan lagi.

Aku ambil barang stock, satu barang yang memang jenis laris terjual. Aku plan nak push benda ni sebelum Raya Cina. Aku place order, seller ship pada 24 haribulan.
25 haribulan, kurier sampai rumah. Airpak.

Tapi satu je barang keluar dair perut kurier. Tunggu punya tunggu, yang kedua tak ada.


Tengok-tengok, dalam tracking app aku bertulis--
DELIVERED- Siti Rohani Chop and Signed!
Aku ada 3 persoalan:

  1. Siapa Siti Rohani ni, jiran aku ke?
  2. Tersalah rumah ke sebab pukul 2 petang tu aku memang ada di rumah?
  3. Kalau jiran aku, apasal dia ada chop dan sign?
Aku call Airpak. Mula-mula ta layan sebab yang angkat tu budak part time je. Dia tak boleh akses data. Aku contact sender, dia tak reply whatsapp. Aku kemudian call lagi Airpak. Dia kata alamat dan nombor telefon aku betul. Dia ambil nama dan alamat aku lagi untuk submit report dan kemudian minta aku tunggu panggilan seterusnya dari mereka nanti.

Panggilan tu tak datang-datang.

Ah, nampaknya stok barang aku sudah consider loss. Tak apa lah, mesti seorang Siti Rohani tua gemuk hitam sedang gembira melihat barang-barang cool turun depan rumah dia. Mesti dia ingat tu "rezeki". Biasalah orang kita, barang jumpa tengah jalan, barang orang yang dia tak tahu pemilik, terus dia chop sebagai "rezeki". Padahal dia lupa, tu ujian dari Allah untuk tengok sikap amanah dia.


(BTW ingat tak kisah gadis Malaysia yang belajar di Australia tu? Bila dapat unlimited overdraf dari bank seronok beli beg tangan mahal belas-belas biji. Bila bank minta pulangkan duit gelabah nak cabut lari. Ni dah naik turun mahkamah, gelap masa depan).

Apa-apapun, aku beritahu diri aku, tak perlulah sedih sangat. Adat orang meniaga yang pegang stok, mesti ada stok hilang, kena rampas, atau kena khianat. Macam rakan seniaga aku baru-baru ni, barang stok dia diambil hampir 90%, lalu dibakar orang yang sakit hati dengan dia. Tengok gambar whatsapp, menjulang-julang api membakar barang jualan dia.

Gila.
Apalah sangat kan dengan barang stok aku tu.
Bangun semula dan teruskan.

Thursday, 26 May 2016

Tales from Daily Sales #5 - Bila Internet Down





Pagi tu, internet kejap ada kejap tak ada. dan antara pukul 12-3pm aku tengah usaha leech wifi dari shopping mall / KFC (tapi tak berjaya huhu). 3-4pm aku pergi pos barang lagi.

Orang kita....macam tak pernah berurus niaga online. Ni baru beberapa jam tak reply, sudah minta cancel sales.

Sedangkan kalau syarikat besar, 48 jam pun belum tentu dia reply enquiry stok kita. Pos barang pun sekali seminggu. Ya, ada yang macam tu--sebab mereka tak ada staf khas untuk urusan online sales. Kalau kau terbayar hari Khamis dan dia hantar Rabu sahaja, maka menangislah kau di situ seminggu.


Tak apalah sis, katanya nak beli kasut untuk raya tapi gaya urgentnya macam besok sudah Ramadan. Aku jual dekat orang lain lah. Bye!

Friday, 20 May 2016

Tales from Daily Sales #2 - The Lowballer






Kau pernah tak, jumpa orang yang sebegini-- setiap kali kau upload product, setiap kali tu lah dia inbox kau, dan setiap kali tulah dia mintak kurang?

Bukan sekali nama dia naik. Asal ko upload product, dia mintak kurang. Balik-balik muka dia mintak kurang. Dah kena reject, naik lagi.

Tapi yang peliknya, mintak kurang sikit je. Mula-mula dia nak diskaun RM5. Bila kau tolak, dia cakap nak 2 ringgit, tolak lagi, jadi seringgit. Kau tolak lagi.


nak jugakkk.

Kau tak reply, di Hello, hello kan kau sampai kau reply.

Tapi mostly kan, dia akan mintak kurang lima ringgit.
Bukan aku taknak bagi tapi, aku pelik kenapa dia asyik spam. Tak de benda lain nak cerita. Salam, Hai apa pun tidak tau-tau mintak kurang singgit limahinggit.

Tu aku pelik bin ajaib bin hairan bin takjub tu.

Oh ya ada sekali dia mintak benda harga RM5 terus. WOI POSLAJU PUN RM6 tau!

Apa sebabnya kena kurang RM5?
Mati ke kalau tak bayar lima ringgit?

Menggelupur ke kalau lima ringgit kurang dari wallet?
Harini tak dapat lunch nasi campur ke kalau takde lima ringgit?
Ke kau bangga dapat mintak kurang walaupun seringgit dua? Macam achievement gitu?

Aku tertanya-tanya la, kau pernah pergi KFC mintak kurang limahengget tak?



Sunday, 15 May 2016

Tales From Daily Sales #1

Backstory: A friend said that I should have a page separate for different sales items. So I made a page called affordable racks.

Customer: Hello, PM me price of your racks.

(she writes this in Private message on Facebook)

Me: Which rack?

Customer: Rack that I can buy for my school kids.

Me: Yes, but which? I have 2 tier racks three tier racks four tier racks six tier racks eight tier racks nine tier racks twelve tier racks sixteen tier racks and twenty tier racks

(luckily I didn't cramp up my fingers typing this)

Customer: Can you show me all of them?

(mentally calculating how many pictures should I upload because there's literally a one GB file of products in My Documents)

Me: Miss, I have like 50++ different designs and sizes. why don't you just go to my album, scroll through and tell me which one you like.

Customer:                                                                  

(30 minutes later, feeling bad from my "rude reply", I went through the stock to find one item to suggest)

Me: Miss, Would you like to buy this one? It comes in boy or girl design, tough, and perfect for school-age kids.

Customer: Childish design. Nope.

Me:



Tales From Daily sales will be a new addition to this blog, consisting of stories about daily life as an online-shop owner. I sell mostly on FB, Mudah, Carousell and other ipay-based shopping website.