Showing posts with label facebookstatus. Show all posts
Showing posts with label facebookstatus. Show all posts

Friday, 17 March 2017

Bank Negara

Semalam pada waktu hampir tengah malam, aku ke KK Shop untuk membeli susu anak. Semasa membayar, aku hulur beberapa helai wang kertas. Dia belek wang itu dan hulur balik satu ringgit yang aku bayar tadi.

"Ni mau dalam syiling boleh?"
Aku korek wallet, jumpa syiling beberapa ketul.
"Nah seringgit."
Aku perasan brader Bangla tu macam cekidaut wallet aku tadi. Aku pandang mata dia. Dia keluarkan lagi seringgit dan hulur pada aku.
"Ni mau syiling juga."

Aku keluarkan semua duit sepuluh sen dua puluh sen lalu bagi pada dia. Dia pun puas hati lalu key in cashier.
Sebenarnya kan, memang selalu jadi macam ni--kalau cashier malam minggu mesti sudah kehabisan duit kecik. Sebab satu, ramai membeli, dua bank dah tutup jadi tak boleh tukar duit dan tiga--

sebab perangai orang kita bayar pakai cash je. Malas keluarkan duit syiling. Dapat baki syling letak entah mana-mana. Lagi jahat, kalau terjatuh dari tangan taknak kutip balik."seposen je pun".Patutlah Bank Negara kita cakap duit syiling kita tak circulate.

Monday, 14 November 2016

Pagi tadi.

Pagi tadi.

Dalam pukul sembilan, laki aku pergi kerja. Aku dengar bunyi pagar dibuka. Lalu aku pun berfikir; hah, apa kata aku tidur sekejap sampai pukul 10, lepas tu baru aku siap settlekan order hari ini.

Sedang aku lena (tak lena sangat pun lebih kurang tidur-tidur ayam juga), aku terdengar bunyi pintu dibuka.


Kemudian bunyi kuis-kuis. (ah, kucing)

Kemudian bunyi tolak sofa.

Kemudian bunyi geledah.

Aku pasang telinga, dengar pula bunyi org kuis dulang duit syiling atas meja.

Fak, aku fikir dalam kepala, ni mesti pencuri!

Aku terngiang ngiang kisah yang adik aku cetritakan, di mana dia bertembung dengan pencuri di ruang tamu rumahnya.

Aku bangun, cari senjata di tingkat atas. Tak ada.

Cuma ada mainan-mainan anak aku selonggok. Ada rocking horse anak aku. Lebih kurang lebar semeter, plastik keras.

Jadilah. Aku tunggu tepi tangga, nak menyerang.

Tetiba...laki aku yang lalu. Tak ada salam tak ada hai, terus laju masuk bilik menggeladah. Semua dia tunggang. Patah kelambu aku dibuatnya.

Aku perati je.

Dia sedar ke tidak sikit lagi nak kene hempuk dgn aku.

Oh ya, selepas itu aku tanya dia apa yang dia cari. Katanya kunci dan cermin mata. Lepas dia keluar, aku jumpa kunci atas meja (tepi dulang syiling tadi) dan kunci rumah di luar, antara beberapa buah tin cat.

Entahlah labuuuuuuu.

Wednesday, 26 October 2016

Macamana nak pastikan duit wasiat dapat 100% kat anak?

Selepas kes songlap duit mangsa DUKE didedahkan, aku rasa ramai marah dan terkilan dengan sikap saudara-mara mangsa yang turut komplot bolot duit tu. Apalagi dengan alasan duit tu masuk kepada dia dan dia sebagai penjaga sah berhak kepadanya. Itu membuatkan aku tertanya; apakah akan jadi benda yang sama kepada anak-anak aku nanti? Nauzubillah, aku belum lagi ada masalah kewangan dengan adik beradik ipar duai mentua ibu bapa semua, tapi duit mampu merubah orang, lagi-lagi jika orang itu terdesak. wallahualam.

Jadi aku tanyakan soalan ini kedalam facebook:


Rupanya ada yang sampaikan kepada ejen takaful yang kemudiannya bantu jawab dalam comment section (nasib baik comment section aku set open):





clear tak? clear?
haaa aku pun dah clear sikit dah ni.
noted: pakai takaful, hibah ke nama anak-anak, lepastu set pemegang amanah sebagai Amanah Raya atau trustees lain.





Friday, 14 October 2016

Tentang HMFD.

HMFD atau penyakit tangan kaki dan mulut (hand foot and mouth disease) jadi bila seorang budak (biasanya bawah 5 tahun) bersentuhan dengan budak lain yang berpenyakit samada terbersin, terbatuk, atau terpegang benda yang dia pegang. Kuman yang menyebabkan HMFD ni berada dalam air liur, kahak, cecair selsema dan tahi si pesakit. 

Kalau ada kes di kawasan kita, kemungkinan untuk anak kita kena ialah tinggi kalau kita selau ke tempat ramai orang seperti supermarket, playground, pos office, dan restoran. Maklumlah budak-budak, lepas bersin lap mulut, sambung main, pegang kerusi, pegang meja. Tercalit tahi, terkena kaki, seret sana-sini. Kena lagi budak lain.

Budak-budak kan, semua dia pegang, maka mudahlah berjangkit.

Aku kena jugak tulis benda ni, sebab ada warga masyarakat yang masih tak tahu HMFD tu apa. Dia ingat jadi sebab rumah engko sepah dan kotor. Terconfuse dengan kudis buta la tu.