Tengahari tadi, setelah pulang dari Putrajaya dan menghala ke rumah, aku terlibat dalam pelanggaran.
Tak tahu kenapa, brek aku tak respons maka aku bertembung dengan sebuah Kembara dari belakang di traffic light. Bayangkan, aku nampak kereta di hadapan aku sedang statik, tapi berapa kuat aku tekan brek pun kereta aku tetap meluncur. Maka melompatlah Kembara itu kena cium dengan aku.
Aku keluar, dan pemandu Kembara itu keluar, seorang Makcik Cina bermuka risau. Dia bertanya kenapa aku langgar dia sedangkan dia dah berhenti. Aku cuba menerangkan tentang keadaan aku.
Namun belum sempat aku habiskan ayat, seorang brader Wira Putih berhenti di kiriku. Berbaju stailo dan berambut pomade, beliau terus bersuara gaya abang-abang.
"Makcik! Lu punya salah la, apasal lu berenti? Boleh kot jalan tadi!"
Makcik tu berubah wajah. Daripada wajah risau kepada wajah marah. Dia jawab sepatah, si abang tadi sambung jawab marah-marah. Member makcik tadi keluar kereta, dengan telefon. Aduh, tak boleh ni.
"Makcik! makcik! kita cerita tepi la! Orang nak jalan ni!" aku menyampuk. Makcik tu menangguk lalu masuk kereta. Aku suruh brader tu gerak. Aku drive ke tepi jalan dan parking, bersama Kembara itu. Nasib baik jalan yang kami tuju tu terlalu sempit, maka brader Wira Putih tu pun terpaksa blah.
Bila makcik tu keluar kereta. Aku terus minta maaf. Barulah aku dapat cerita mengenai brek kereta aku yang tak makan. "Oh ye ke," kata makcik tu. "Bukan apa, I risau you. I tak ada apa (tunjuk nombor plat yang patah dua) I terkejut saja. Tu you drive bawa anak, what if you langgar lagi teruk, anak u kena wooo"
"Ya makcik, saya minta maaf ni, saya dah brek habis dah. Dari jauh saya nampak makcik berhenti. Tapi langgar jugak. Nasib baik la OK. Tak pe la makcik, kita tukar nombor phone sekarang. Nanti lepas repair kita contact semula."
Makcik tu dari marah jadilah bertenang. Kalau tadi sibuk membebel dengan membernya yang bawa telefon, sekarang borak pula dengan aku. Siap cakap mekanik dalam pekan ni ada yang tak boleh pakai punya kuat tipu, sila cari mekanik lain. (LOL)
"Ah I lega sebenarnya." kata makcik tu dihujung perbualan.
"Kenapa?"
"Lelaki tadi tulah. You Melayu, I Cina. Dia macam nak..." makcik tu tak habiskan ayat.
Aku faham. "Takpe makcik, ni memang salah saya pun, kereta saya problem."
Well makcik, aku pun lega sebenarnya. Sesungguhnya aku rasa ralat kalau aku dipertahankan atas nama "geng" biarpun salah.
Aku tahu ramai orang percaya kepada sentimen "aku geng kau, maka aku kena defend kau." "Kau geng aku, mesti kau baik punya orang." Kalau kebetulan ahli 'geng' kau baik, ok...tapi kalau sorang perangai hauk cilake batu api acane?
Defend jugak? Lepastu bila gaduh kawan kau tu jugak that will throw you under the bus. "Camni la Melayu bla bla bla." Harey betul.
Bak kata Nabi S.A.W kepada sahabatnya Abu Dzarr. Berkatalah yang benar biarpun pahit. Sebab kan, rasa pahit tu sekejap saja. Kalau geng kau salah, tegurlah, cakaplah dengan jujur. Minta maaf kalau perlu. Lepas itu, aku yakin, kau akan rasa lega.
Panjang pulak cerita, ni kedai mekanik belum google lagi. Baiklah aku beransur dulu. salam Asar semua.